Ketahui Cara Dan Tips Adakah Artikel Anda Telah di Copy Paste
Entry ini terdetik dihati saya untuk mengarang bila saya terjumpa sebuah artikel yang pernah saya karang 4 tahun lalu boleh berada disebuah laman web orang lain....bila saya amati memang sebijik ayatnya macam apa yang saya karang dahulu.
Anda boleh membuat semakan samada blog atau website anda bebas dari copy paste (tiru semula) atau tidak.
Adalah amat penting untuk anda ketahui kenapa bebas dari copy paste ini amat penting pada blog atau website anda seperti ulasan dibawah:
1. Perkara utama yang amat penting sekali adalah index SEO google kerana konten yang original/asli yang mula-mula sekali akan terindex dan berada pada rangking pertama enjin carian google pada halaman pertama (front page).
2. Ada sesetengah dikalangan kita inginkan sebuah website atau blog yang telah kuat SEO yakni berada dirangking tertinggi dan sanggup membeli blog atau web tersebut dengan harga yang tinggi. Maka inilah cara terbaik untuk anda membuat semakan. Jangan membeli pada harga yang tinggi tetapi anda bakal kecewa disebabkan Copy Paste.
3. Kalau anda ada mengupah seseorang untuk menulis sesuatu artikel berkaitan produk yang anda jual secara online atau offline sudah semestinya anda mahukan sebuah artikel yang hebat dan sewajibnya Original...maka cara ini amat membantu anda..
1. Copyscape.com- http://www.copyscape.com
Website yang cukup terkenal dan sering diguna pakai oleh bloger dan pengarang artikel untuk memastikan samada artikel mereka bebas Copy Paste.
Cukup mudah digunakan, anda hanya perlu masukan Url blog atau website anda sahaja untuk semakan. Juga akan dimaklumkan blog-blog atau website yang mempunyai persamaan dengan artikel anda akan ditampilkan.
No comments :
Post a Comment