Ali Mamak Nasi Kandaq Ketagih
Istilah Gian dalam loghat Pulau Pinang bermakna Ketagih. Dengan ertikata kena sekali pasti nak lagi. Bawang Kicap yang meleleh cukup membuka selera siapa sahaja yang pernah menikmati air tangan Ali sebab memang dipegang dengan tangan huhuhu.
Ali Nasi Kandaq yang memang sudah terkenal sejak zaman berzaman lagi. Sejak saya masih disekolah rendah lagi hingga ke menengah ertinya sudah hampir 42 tahun bertapak di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Lokasi bersebelahan stesen teksi veteran sebab pemandu teksi disitu majoriti dah berusia 50an keatas.
Mempunyai pelanggan dalam pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan warga asing tidak pernah putus-putus datang berbaris. Dibuka sewal jam 6.30 pagi sehingga jam 6 petang cukup terkenal didaerah sini, kedai tidaklah sebesar mana cuma kedai lot kecil boleh memuatkan 15 meja sentiasa menjadi kegilaan peminat-peminat nasi kandaq.
Hari ini saya bertuah sebab Mamu Ali (gambar diatas) sendiri yang menyediakan hidangan buat pelanggan-pelanggan. Adakalanya mamu Ali akan hanya tunggu dikaunter sebab keuzuran dan dah tak mampu berdiri lama. Pembantu beliau akan mengambil alih tugas melayan menu permintaan pelanggan.
Menu-menu yang disediakan sememangnya cukup klasik sebab kita tidak akan jumpa di kedai nasi kandaq moden seperti Nashmir atau Zubaidah. Ayam goreng kicap menjadi menu kegilaan ramai dan juga bawang goreng kicap yang menjadi tambahan utama selepas pilihan lauk pauk yang kita minta. Kecekapan mengendali permintaan yang datangnya dari pelbagai kerenah pelanggan amat dikagumi.
Walaupun saya pernah mengalami sakit perut makan Nasi Kandaq Ali namun disebabkan gian/ketagih saya lupakan sakit perut . Tidak pernah terlepas dari mengunjungi kedai Mamu Ali, setiap Isnin dan Jumaat adalah hari wajib bagi saya "Pekena", nasi kandaq Ali.
Disebabkan lokasi berhampiran pasar besar Bukit Mertajam maka kelompok pelanggan yang hadir memang menakjubkan dan kalau lewat "sold out", acara berbaris sampai 30 orang itu perkara biasa bagi kami penggemar nasi kandaq di Pulau Pinang.
Paling saya "respek", harga yang cukup murah .....ya memang cukup murah saya ulangi. Macam tak masuk akal gayanya.
Nasi putih, daging kicap, sotong kicap, kacang panjang dan teh o panas hanya RM7.80. Boleh ke anda dapat ditempat lain dengan RM7.80.
Kalau ada tunjukan pada saya. Dan yang paling saya kagum dan terkejut dah 3 tahun harga tu masih sama juga walaupun dengan kenaikan harga yang gila-gila sekarang ni dengan GST lagi, anda fikir la sendiri, logik ke nak dapat harga macam tu.
$$$Apa yang anda fikirkan lagi$$$
Jangan dok buang masa lagi jom serbu Kedai Ali Nasi Kandaq Gian di Bukit Mertajam, Seberang Perai.....
Memang sempoiiii raaaaa nak habag kat hampa semua....mai kaihhhh
No comments :
Post a Comment