nuffnang1

.:)

Mar 6, 2016

Murtabak Gempaqqq Pasar Malam Taman Pauh

Murtabak Paling Laris Di Pasar Malam Taman Pauh.

Minat dan kegemaran terhadap Murtabak memang tidak dapat dipisahkan dari sesetengah orang, bila nak ke pasar malam hanya dengan satu tujuan iaitu mencari murtabak.

Saya akan bawa anda bertemu seorang sahabat saya yang menjalankan perniagaan murtabak yang paling hangat dan gempaqqq di pasar malam seluruh S.Perai. 

Firdaus aka Hj Paw merupakan peniaga murtabak warisan yang mewarisi daripada keluarga beliau sendiri dan murtabak mereka dengan jenama Murtabak Tok Kun cukup hangat diperkatakan dan dibualkan oleh peminat-peminat Murtabak seluruh Pulau Pinang.

Orangnya yang masih muda sekitar lewat 20an dan perwarakan yang kacak serta hensem menjadi sebutan pembeli-pembeli dikalangan wanita...."abg kacak murtabak",sering kedengaran semasa mereka berbaris menunggu giliran mendapatkan murtabak masing-masing.

Telur ayam berbasuh yang tertera pada banner merek membuatkan murtabak Hj Paw semakin hari semakin maju dan jualan semakin meningkat. Resipi tradisi turun temurun yang diwarisi tidak keterlaluan jika saya katakan yang anda tak akan jumpa murtabak sesedap, selazat dan se'enak ini dilain-lain tempat waema di Restoran 5 bintang mahupun pada jenama house of Murtabak.


Tahukah anda tempahan setiap tahun beliau terima dari Penang Port semasa majlis jamuan makan sambutan Hariraya Aidil fitri sebanyak 3000 keping, banyakkkkkk tu....mau melecet tangan dan jari jemari nak tebar sebanyak itu.
Juga beliau banyak mendapat tempahan pada majlis- majlis kenduri kahwin disekitar sini.

Tidak pernah lokek dek senyuman dan cukup ramah serta berbudi bahasa dan sangat menghormati mereka yang lebih tua dan tidak pernah menyakiti hati orang membuatkan beliau disenangi semua peniaga pasar malam dan pelanggan-pelanggan.


Anda boleh lihat sendiri betapa nampak cukup menyelerakan murtabak yang sedang disediakan, penjagaan kesihatan dan kebersihan yang dititik beratkan oleh saudara Firdaus amat dipuji. Maka tidak hairanlah kalau 1000 keping murtabak beliau habis hanya pada jam 8 malam.Kenapa! tak 
percaya ke???.

Jangan tak percaya.....
Datanglah sendiri dan nikmati sendiri betapa hebatnya murtabak beliau.

♡♡♡Apa anda tunggu lagi♡♡♡

" Cepat setkan temujanji anda ke pasar malam Kuala Mengkuang petang dan malam nanti kerana beliau beroperasi di sini hari ini".

No comments :