Penolong Pegawai Perubatan Tonggak Jabatan Kecemasan
Selamat menyambut hari pembantu perubatan buat seluruh Malaysia kepada yang mereka yang bergelar Penolong Perubatan.
Untuk makluman gelaran atau nama banyak ditukar dan sudah 110 tahun jawatan ini bertapak di Malaysia.
Kalau zaman saya kecil 30 tahun yang lalu disebut Deresa kemudian ditukar kepada Pembantu Perubatan dan terkini disebut Penolong Pegawai Perubatan bila taraf perjawatan di naikan kepada diploma.
Penolong Pegawai Perubatan kebanyakanya ditempatkan di jabatan kecemasan hospital samada awam atau swasta dan begitu juga di Hospital Angkatan Tentera Malaysia seperti di Hospital Angkatan Tentera Lumut, HAT Terendak Melaka dan Hospital Tuanku Mizan Wadieburn Setapak K.Lumpur.
Bidang tugas Penolong Perubatan adalah memberi rawatan awal kepada pesakit dan membantu merawat sekiranya ketiadaan Pegawai Perubatan (UD41).
Semakin berlalunya masa, kini jawatan Penolong Pegawai Perubatan juga telah dibuka untuk dipohon oleh kaum wanita merupakan langkah pro aktif Kerajaan Malaysia kerana kalau 10 tahun yang lalu tiada perjawatan ini buat wanita. Begitu juga perjawatan Jururawat yang kini telah dibuka untuk kaum lelaki , kalau dahulu wujud hanya didalam perkhidmatan ATM sahaja (Nursing Side).
Penolong Pegawai Perubatan adalah merupakan tulang belakang dan nadi pada setiap hospital dan mereka dilatih secukupnya bagi menghadapi situasi sukar dalam menyelamatkan nyawa pesakit. Komitmen yang tinggi amat diperlukan dalam diri setiap mereka tanpa prajudis.
Maka tanpa mereka yakni Penolong Pegawai Perubatan tidak akan berfungsilah sesuatu jabatan kecemasan dan hospital berkenaan....
No comments :
Post a Comment