nuffnang1

.:)

Apr 29, 2016

Sumbangan Berbeza Mengikut Individu

Kenapa Tak Derma Pada Rumah Ibadat Atau Anak-Anak Yatim


Masing-masing mempunyai cara yang berbeza dalam menyalurkan bantuan peribadi kepada yang amat memerlukan dan persepsi yang berbeza juga dilontarkan oleh individu yang negatif.
Tak perlu kita ambil pusing persepsi masyarakat sekeliling dan yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Set minda positif apa yang kita lakukan sebab tak perlu bagitau berapa banyak telah kita sumbangkan kepada masjid dan rumah anak yatim serta zakat.

Serupa juga yang telah kita baca dalam laman sosial kecaman terhadap sesetengah pengguna media sosial terhadap Datuk Sri Asmiza atau Datuk Vida pengasas produk kecantikan yang menaja Skuad PQPTRW dengan nilai RM16 juta. Pendapat negatif banyak ditaburkan terhadap jutawan kosmetik itu. Tapi pernahkah mereka yang negatif itu siasat berapa banyakkah sumbangan yang jutawan itu telah sumbang kepada persatuan kebajikan di Malaysia.

Manusia mudah menghukum tanpa usul periksa. Kenapa yang kaki komplen itu saja yang beri sumbangan dan kalau tak puas hati usaha sendiri cari kekayaan sendiri.


Satu lagi ingin saya perkatakan adalah pegang dalam diri sendiri satu prinsip, tak perlu nak tunggu kaya raya baru nak bagi sumbangan sebab nak kaya dengan wang ringgit bukanlah mudah. Apa yang kita inginkan adalah kaya dengan budi bahasa dan kaya dengan kemurahan hati. Saya pun tidak kaya, hidup susah sebab itu terpaksa siang malam berniaga mencari wang di pasar malam.

Namun saya berasa puas dan senang hati dengan memberi sumbangan tiket percuma pertandingan yang saya adakan di fb milik kami suami isteri. Memang niat di hati saya memberi sumbangan kepada yang rajin berusaha . Rajin bagaimana yang saya maksudkan. Kalau orang yang rajin menyertai pertandingan maka satu hari akan menangi hadiah yang pelbagai rupa. Ada dalam bentuk wang tunai dan barangan.

Saya amat memuji manusia di kalangan yang rajin berusaha tanpa pernah jemu dalam mencapai hasrat mendapat sesuatu kerana setiap usaha pasti ada hasilnya. Saya pernah terbaca seorang lelaki yang pernah memenangi 7 hadiah berupa wang tunai dengan nilai RM300,000 kalau di campur semua sekali. Ada juga yang kurang percaya dengan peraduan sebegini maka mereka tidak menyertainya sedangkan modal hanyalah senaskah akhbar harian, sekeping sampul surat dan stem 50 sen.

Kalau ada peraduan atau penyertaan yang perlu anda depositkan wang ke dalam akaun mereka dahulu itu memanglah terang-terang penipuan, namun ini yang saya pelik sangat sebab kalau penipuan begini ramai pulak yang sanggup sertainya dan tak serik-serik membaca akhbar berapa ramai dah kena tipu cecah jutaan ringgit.

Balik kepada topik awal kita, jangan pertikaikan kalau seseorang adakan peraduan atau menaja mana-mana pihak. Begitu juga saya memberi tiket percuma kepada rakan-rakan fb untuk perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Pulau Pinang. Dan saya akan teruskan peraduan ini dari masa ke semasa. Sebab saya yakin rezeki akan datang tanpa diduga daripada Allah, Insha Allah moga dimurahkan rezeki saya, amin amin yarabbalalaminnn...



Apr 27, 2016

Kesan Peniaga Haram Dengan Kod Imbasan

Perlaksanaan Akan Bermula Tahun Hadapan


Terbaca pada akhbar sinar pagi tadi yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menggunakan kaedah kod imbasan bagi mengenal pasti mereka yang menipu dalam pelbagai perkara termasuk lesen berniaga.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengeluarkan kod imbasan bagi peniaga di seluruh kawasan pulau negeri itu.


Pengerusi Gantian Jawatankuasa Perlesenan dan Kesihatan Awam MBPP, Ong Ah Teong berkata, kod itu akan menjadi sijil perlesenan yang dikeluarkan MBBP kepada peniaga.
Ianya juga untuk membolehkan penguatkuasaan MBPP membuat pemeriksaan dengan lebih berkesan dan ekfektif.

"Terdapat kira-kira 16,000 peniaga restoran, kedai makan, kelab dan premis makanan akan terlibat dan akan mula dilaksanakan tahun hadapan.

"Kami yakin dengan wujudnya sistem kod imbasan  ini, ia akan dapat mengurangkan jumlah peniaga yang membuat lesen palsu. Ini kerana kod imbasan yang bakal disediakan nanti mempunyai sistem keselamatan yang cukup ketat," katanya.

Dalam masa sama sistem tersebut akan membantu pelanggan. Pelanggan juga boleh membuat imbasan kod ini menggunakan telefon bimbit.

Cadangan juga ada untuk di guna pakai pada banting dan papan iklan yang diluluskan oleh MBBP.
Kita ni peniaga pasar malam kena atau tidak saya sendiri pun tak pasti sebab kalau diikutkan ayat diatas mungkin kena la kot tetapi bagi saya tak ada masalah pun kalau lesen peniaga pasar malam juga ada kod imbasan (Bar Code).


Apr 26, 2016

Berapa Untung Satu Malam Di Pasar Malam

Keuntungan Yang Cukup Berbaloi Berniaga di Pasar Malam


Soalan yang sentiasa berlegar-legar diruang otak pelanggan yang terlalu ingin sangat mengetahui berapa banyak keuntungan peniaga pasar malam perolehi dengan berniaga di pasar malam setiap hari dan malam.

Soalan yang pernah sahabat saya ajukan kepada saya juga adik beradik sendiri. Mungkin mereka tidur tak lena kot huhuhu...ingin juga ketahui jumlah tertentu kami dapat selepas jam 10 malam setiap hari.

Ok baik, saya akan dedahkan untuk maklumat umum namun tidak secara spesifik kerana keuntungan bergantung kepada menu jualan . Banyak atau sedikit, berapa banyak modal dan berapa banyak jualan baru di tolak semua itu.

Ada orang cakap modal pasar malam murah sebab sewa tapak hanya RM3 ke RM5 sahaja untuk satu tapak tetapi pernahkan anda terfikir yang sebenarnya modal bahan mentah boleh cecah RM ribuan ringgit sehari, saya sendiri modal harian hampir cecah RM850 . Kata bahasa orang pasar malam kalau tiada RM850 memang tak boleh berniaga ler. Tapi itu bergantung pada jenis menu yang di jual.


Macam saya memang sedikit tinggi kerana kos bahan mentah seperti daging, ayam, perut, limpa, tulang dan gearbox memang mahal di tambah pula dengan dengan 4 orang pekerja dengan gaji bulanan RM1450 sebulan untuk seorang dan di kali dengan 4 orang dah bape banyak dah.




Panjang cerita nanti ada pulak yang jemu membaca jadi saya pendekkan cerita ye. Kalau perniagaan besar maka pendapatan juga besar dan saya nak tambah satu lagi ayat ....maka kalau rugi pun besar lah jugak kena tanggung.

Macam murtabak keuntungan boleh cecah hingga RM300 sehari setelah di tolak modal dan bihunsup anda boleh fikirkan sendiri......jumpa lagi ye bye...



Gelaran Kebesaran Menteri Besar Terengganu Di Lucut



Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman reda dengan pelucutan gelaran kebesaran kepadanya dan akan terus membuktikan taat setia kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataannya malam tadi, kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaannya selagi masih memegang jawatan.

"Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku di dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah berkenaan.
"Yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada Raja dan Negara," katanya.


Petang tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja memaklumkan Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

#Admin tidak minat soal politik...tapi sekadar letak untuk sahabat yang bertanya....kemelut ini admin sendiri tidak pasti apa sebenarnya sudah berlaku...kita tunggu sahaja PM buat kenyataan.




Apr 24, 2016

Nak Senang Atau Nak Susah

Nak Senang Upah Pekerja Nak Susah Semua Buat Sendiri




Bila ada perlawanan bolasepak, kenduri kahwin dan acara lain mula pening kepala. Bagaimana nak uruskan semua itu. Nak nengok bola nanti rugi sebab tak boleh berniaga, nak pergi makan kenduri takut lambat. Serba salah dibuatnya maka akhirnya hidup kita menjadi sunyi...

Ada di kalangan kita yang langsung tak pedulikan apa berlaku disekeliling, yang dia tahu uruskan perniagaan dan jaga keluarga sendiri.Itu terpulang kepada individu dan siapa kita untuk menegur hal mereka takut nanti dikatakan menjaga tepi kain orang pula.

Setiap individu kisah kehidupan berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Ada yang join group whatups namun sekadar pemerhati dan langsung tak pernah pos apa-apa dan bila di tanya jawapan adalah "Silent Reader".



Hidup ini sebenarnya cukup mudah sekali untuk kita laluinya, terlalu mudah kalau kita berada di landasan yang betul dan hidup dalam prinsip yang rukun dengan kesederhanaan tanpa membebankan diri sendiri. Perancangan yang teliti memberi impak kepada kehidupan yang sejahtera dan damai.

Masing-masing mempunyai kawan rapat sendiri yang perlu di jaga dan mungkin juga yang tidak punya kawan rapat dan tak pernah ada siapa berkunjung ke rumah baik semasa musim perayaan setahun sekali apatah lagi untuk kunjungan pada hari biasa. Sebabnya diri sendiri yang kurang bercampur dengan rakan-rakan lain dan beranggapan itu semua menyusahkan.

Dan memang benar ada yang berkata, aku tak perlu itu semua maka hiduplah dia dalam kesunyian tanpa rakan taulan dan semakin tebal dilitupi kepongpong hitam membungkus hingga ke hari tua yang suram.

Renung-renungkan kebenaran cerita ini..adakah anda dalam kelompok ini. Hanya anda yang punya jawapan itu.

Apr 22, 2016

Sikap Terpuji Pelanggan Di Pasar Malam

Berbaris Menunggu Giliran Amat Terpuji Dan Di Tuntut Agama Islam Yakni Kesabaran


Kesabaran harus ada dalam diri setiap individu dalam apa perkara sekali pun terutama sekali dalam mendapatkan sesuatu barang dan bila berada di kaunter bayaran.

Adakalanya boleh terjadi pergaduhan sesama pelanggan bila ada individu yang tidak sabar terus memotong barisan dan boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan hati pada yang lain.
Justeru itu pertimbangan yang wajar perlu di fikir oleh setiap individu, kanak-kanak pun tahu berbaris inikan pula yang sudah dewasa . Perkara ini adalah hakikat dan bukan rekaan kerana saya sendiri sudah melihat pergaduhan di depan mata.


Bermula dengan kata mengata, kemudian semakin panas lantas terjadilah tumbuk menumbuk sesama mereka dan nasib baik tak terjatuh dalam periuk sup yang sedang mengelegak, kalau tidak pasti ada yang cedera dan saya juga rugi hehehehe. Orang pula yang menjadi mangsanya.




Tapi saya amat memuji pelanggan-pelanggan yang bijak dan sanggup berbaris panjang kerana mempunyai sikap profesional dalam diri mereka.
Kenapa perlu berebut-rebut sebab barang masih banyak dan kalau perlu segera, cepat-cepat maklumkan kepada kami peniaga kerana pastinya kami amat perihatin kepada pelanggan yang ingin pergi kerja atau masa rehat hampir tamat dan perlu masuk kerja dengan segera. Segalanya boleh dipertimbangkan.




Sikap begini amat terpuji dan sabar menanti giliran masing-masing



Tua dan muda berbaris tanpa perlu berebut-rebut menyebabkan peniaga dengan mudah membuat kerja mereka dan pastinya cepat disiapkan.


Kaum wanita dalam usia remaja dengan sabar menanti giliran tjba

Apr 21, 2016

Pelanggan Selalu Betul ( Customer Is Always Rite )

Layan Pelanggan Dengan Penuh Kasih Sayang


Seorang peniaga yang baik dan berdedikasi akan menganggap pelanggan seperti saudara sendiri dan tanpa berbelah bagi akan melayan mereka sebaik mungkin kerana sudah pastinya memberi perkhidmatan seperti melayan saudara sendiri tanpa ada rasa prejudis.

Keyakinan orang ramai terhadap kita amat penting sekali kerana boleh memberi pulangan yang lumayan pada pendapatan harian dan bulanan yang kita perolehi.





Kedatangan pelanggan ke gerai kita dengan besarnya hajat menggunung bagi mendapatkan juadah makan malam atau untuk berbuka puasa kerana dalam bulan Rejab kebiasaanya di kalangan kita umat Islam akan melakukan ibadat puasa ganti untuk yang tidak dapat menghabiskan puasa tahun lepas atas sebab-sebab tertentu. Jadi janganlah kita menghampakan harapan menggunung mereka dengan menu yang kurang baik atau barang yang di kitar semula.


Mereka sebagai pelanggan ada ketikanya sanggup menunggu lama demi menikmati juadah pilihan mereka. Kadang kala pelanggan yang datang serentak menjadikan gerai kita penuh sesak. Untuk melayan yang membeli secara bungkus dan yang sedia menanti di meja makan dengan penuh sabar tanpa ada rasa curiga .







Apr 20, 2016

Berniaga Jangan Takut Rugi

Cuba Dahulu Baru Tahu, Belum Cuba Jangan Mengalah


Pepatah selalu berkata jangan bermain ombak kalau takut di landa badai. Tetapi bagi saya pepatah tersebut dah tak boleh digunapakai zaman serba canggih ini. Kalau tak main ombak macam mana nak tahu badai besar mana yang melanda.

Begitu juga dalam dunia perniagaan tak kira besar atau kecil, kalau tak terjun dalam dunia perniagaan mana nak tahu untung ruginya tak begitu.
Bila perhatikan kawan-kawan atau saudara berniaga maka dalam hati kita pun terbitlah satu keinginan untuk berniaga dan berazam nak cari pendapatan yang lumayan sebab kerja sekarang ni gaji cukup-cukup makan je. Bukannya tak bersyukur tetapi nak usaha dapat lebih dari apa yang diperolehi sekarang.

Dalam pada sedang berkira-kira nak mula berniaga terdengar pula suara-suara sumbang memperolokan niat kita untuk maju kehadapan . Kadang kala hampir meranapkan niat memulakan perniagaan itu dan termakan juga hasutan sang jahat itu memperlekehkan niat suci anda.

Tip terbaik saya boleh cadangkan pada anda adalah jauhi dan hindari mahkluk perosak seperti itu dalam hidup anda, nyahkan mereka jauh-jauh dan mula mencari kawan-kawan yang sudah pun berniaga. Berkawan dengan orang-orang yang sudah pun berniaga akan memberi anda satu input yang sihat berkaitan dunia perniagaan yang luas dan saya yakin input yang anda terima pasti positif yang membuatkan semangat untuk anda berniaga akan pulih kembali.

Bagaimana untuk anda memulakan perniagaan tidaklah sesusah yang anda gambarkan dan saya ambil contoh perniagaan pasar malam. Berkunjunglah ke pasar malam berdekatan rumah anda dan perhatikan aktiviti peniaga sedang jalankan. Disini adakalanya idea akan datang kepada anda apakah niche atau produk untuk anda niagakan nanti.

Sepanjang pasar malam boleh dikatakan ada beratus menu yang di jual dan pastinya salah satu menu akan terlekat pada otak anda. Kemudian bila dah sampai ke rumah barulah buat perkiraan .





Apr 19, 2016

Resit Sewa Tapak Pasar Malam

Hanya RM5 Sewa Satu Tapak


Entri kali ni saya dapat idea dari seorang pelanggan yang mempertikaikan harga segelas teh tarik RM1.20 semasa minum di warung pasar malam kami semalam.

Ayat yang dia cakap "Tak kena sewa kedai pun letak harga mahal nak mampoosss" wow ayat power dari seorang pelanggan berusia sekitar 60an yang tak pernah saya lihat berkunjung ke gerai kami dan mungkin datang bersama anaknya sebab saya kenal anak beliau.

Saya akui sewaan tapak pasar malam yang dikenakan kepada peniaga-peniaga memang agak murah dan tidak semahal mereka yang menyewa sebuah lot kedai yang mencecah ratusan ringgit malah ada yang ratusan ringgit. Namun jangan itu dijadikan perbandingan kerana mungkin anda tidak terfikir sesuatu perkara lain.

Maksud saya pembelian barang mentah, adakah peniaga pasar malam membeli dengan harga lebih sebungkus serbuk teh seberat satu kilogram dan peniaga restoran pula harga yang berbeza.
Untuk maklumat anda sebungkus teh cap masjid adalah RM9.50 maka kami dan peniaga restoran juga beli pada harga yang sama dengan sedikit pun tiada beza harga. Bagitu juga dengan ais kiub tetap sama harga RM3 sebuah bag.

Janganlah ini dijadikan satu isu kerana anda tidak akan merungut jika minum teh tarik berharga RM1.50 di kedai mamak sebab anda rasa harga itu berbaloi dengan restoran besar dan tidak berbaloi berada di pasar malam. Jangan mudah melatah kerana harga yang kami letakkan cukup setimpal dengan gelas kami berukuran 10 aun berbanding restoran mamak hanya bersaiz 8 aun. Ini mungkin pakcik itu tak berapa perasan.

Begitu juga harga bihunsup kami masih murah pada harga RM4 semangkok berbeza dengan kedai atau restoran yang mencecah RM5 ke RM7.50 semangkok yang bersaiz sama macam kami.
Jadi jangan terus melatah atau mempertikaikanya. Ya betul pelanggan berhak bersuara tetapi bersuaralah kalau ada kebenaran bukan tanpa menyiasat atau membuat tuduhan melulu.
Apa pun kami tidak pernah melatah malah mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda dan pakcik tersebut ke gerai Aree Bihunsup Ex Service.






Apr 18, 2016

Ada Tunai Anda Raja

Pembelian Tunai Lebih Menguntungkan


Peniaga mana yang tak mahukan barang mentah yang murah dan pembelian berbaloi, tapi mampukah anda dapatinya dengan harga murah!

Bahan-bahan mentah yang di jual di pasaran mempunyai harga yang berbeza-beza dari sekecil barang hinggalah sebesar barang. Yakni setiap kedai berbeza harga yang dijual.

Ada sesetengah pemborong mengambil untung 30 peratus dan tak kurang juga sehingga 50 peratus dan mendapat untung yang tinggi. Kalau beli secara pukal lain harga dan satu lain harganya.
Peniaga pasar malam yang bijak biasanya akan rajin meninjau kedai-kedai atau mini market pemborong yang memberikan harga yang murah. Mereka rajin keluar setiap hari demi mendapatkan barangan mentah keperluan perniagaan murah agar keuntungan jualan di pasar malam nanti akan meningkat tinggi.


Tetapi yang paling saya ingin perkata adalah jika anda punya modal tunai maka anda adalah raja segala raja disebabkan orang yang mempunyai wang tunai boleh menggertak pemborong kerana kalau dia tak nak jual kepada anda kedai lain banyak lagi.


Sebagai contoh saya di sini dalam gambar dibawah daging kategori FQ di jual dengan harga RM11.20 sahaja, tetapi anda perlu beli dengan harga tunai. Di pasar Bukit Mertajam daging FQ di jual dengan harga RM12.50 tapi pada harga hutang. Perbezaan harga yang cukup ketara pada RM1.20.


Sama juga barang mentah seperti tepung, kacang dan berbagai lagi yang anda beli di kedai runcit berdekatan rumah anda. Kalau anda ada tunai maka anda adalah raja tak perlu lagi beli pada mereka.

Namun masalah yang kebanyakkan peniaga pasar malam hadapi adalah modal pusingan tunai yang kurang. Setiap jenis perniagaan berbeza dari segi pengeluaran modal. Saya pun akui juga adakala saya sendiri pun berhutang untuk mendapatkan daging, perut, limpa dan gearbox kerana yang dapat membekal stok ini setiap hari adalah pembekal yang setia dengan saya hampir 18 tahun.


Namun lebih banyak saya beli dengan harga tunai, kerana daging FQ yang saya gunakan banyak, jadi membeli dengan tunai lebih berbaloi.

Contoh paling senang kalau anda beli sebuah motorsikal jenis Yamaha LSC 135, harga tunai RM6800 tetapi harga hutang RM8000. Bermakna anda terpaksa bayar lebih dengan RM1200. Sedangkan RM1200 anda boleh dapatkan banyak keperluan lain.

Pada sahabat-sahabat yang berniaga tak kira di mana sahaja.....nasihat saya dapatkan stok anda secara tunai. Tak susah pun nak sediakan modal tunai tak berusik.

Duit modal jangan campur dengan duit kegunaan harian. Kalau masih tidak berjaya cara terbaik menyimpan modal adalah main kutu atau orang utara sebut kut. Biasanya kami di pasar malam seminggu sekali buat kutipan dan juga di buka seminggu sekali....dapat kut simpan buat modal pusingan tunai.





Apr 17, 2016

Susah Mengaku Tiada Wang

Masalah Serius Di Hadapi Masyarakat Kita

Semalam saya di kunjungi seorang pegawai polis ASP wan. Beliau memang telah saya kenali sejak lama dahulu dari mula berniaga di pasar malam. Seorang pegawai polis yang cukup ramah dan mesra, tak pernah ego dengan pangkat yang di sandang.

Sambil tuan Wan makan kami sempat berborak pelbagai soal yang berlaku di sekeliling dan pelbagai topik yang agak hangat di media massa sekarang ini. Saya lebih banyak mendengar daripada mencelah sebab saya hormat pada beliau.

Cara perbualan dan topik yang beliau ekpressasikan amat menarik dan logik akal sehingga ke satu perbualan soal wang. Memang saya setuju sangat pendapat beliau kebanyakkan kita tiada wang tapi malu nak menyatakan perkara ketiadaan wang itu. Malu mengaku dan menafikan perkara itu.
Pendapat beliau lebih kurang sama seperti apa yang idola saya, Mami Teratai cakap cakap. 

Masyarakat kita mentafsirkan ada duit adalah dengan punya sebuah kereta dan sebuah rumah sudah memadai dan punya duit. Tapi itulah sahaja yang ada, nak lebih dah tiada.

Tapi bila kita nyatakan itu sebenarnya adalah asas kehidupan mereka akan menafikan kata Tuan Wan. Susah nak cakap dengan mereka begini yang cukup susah menerima kenyataan yang hakikatnya mereka tiada wang.

Mami Teratai seorang idola yang dulunya adalah seorang kakitangan kerajaan sanggup berhenti kerja semata-mata ingin mencari pendapatan lebih dari apa yang beliau dapat dengan berkhidmat dalam sektor awam. Ini tidak salah kerana beliau ingin berusaha dengan titik peluh dan keringat sendiri dan sekarang sudah mampu mempunyai rangkaian produk kecantikan dan SPA merawat kecantikan di Johor Bahru.

Namun ada juga segelintir yang hanya pandai merungut tapi tidak pandai mencari, menjadi keyboard warrior menghentam sana-sini memprotes gaji kecil dan pendapatan tidak seberapa. Semua orang tak betul hanya dia yang betul tapi tidak pula berani mendedahkan diri sebenar dan sekadar signup dimana-mana untuk menghentam dan mengkritik. Inilah sifat apa yang Malaysia miliki sekarang. 

Kalau ada komen balas dari orang lain maka orang yang komen itu pun turut di hentam kromo juga.
Terhibur saya berbual bicara dengan ASP Wan yang cukup banyak pengalaman dan beliau suka kepada orang yang rajin berusaha dengan menggunakan kederat sendiri tapi beliau mengaku tidak punya potensi untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Kata beliau lagi, bulan ramadan dah hampir tiba kenapa dikalangan yang suka merungut tak mahu buka minda jalankan perniagaan bazaar ramadan untuk menambah wang saku persiapan hari raya nanti. Kena usaha la lebih sikit kalau nak maju...namun beliau tidak kondem tetapi sekadar pendapat yang bernas.

Tak bolehlah sekadar berpeluk tubuh dan mengharapkan bonos atau bantuan majikan kerana majikan tempat kerja juga berniaga maka tidak semestinya mereka wajib memberi jika perniagaan kurang memberangsangkan...berapa kerat saja rakyat Malaysia yang berkerja disektor awam, paling ramai sektor swasta dan swasta lah penggerak utama ekonomi negara. Memang logik kata-kata beliau.

Kesempatan yang ada kenapa nak pejam mata, ambil peluang yang ada di depan mata, mulakan langkah dari sekarang ....ada sebuah rumah dan sebuah kereta bukanya anda sudah punya wang....
Nasihat yang bernas dan cukup bermotivasi pada saya sendiri...pastinya saya akan mengambil peluang yang ada di depan mata.

Terpulang pada anda sendiri menilai siapa diri anda......tiada maksud tersirat dan tersurat pada entri kali ini....terima kasih dan selamat berusaha ke arah yang lebih baik.

                                      EBOOK BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI


Apr 16, 2016

Ibubapa Sanggup di Abaikan

Anak Yang Di Kandung 9 Bulan Sanggup Sisihkan Ibu


Sedih bila saya membuka keratan Harian Metro kisah ibubapa diabaikan anak-anak. Tergamak mereka abai ibubapa sendiri yang bersusah payah membesarkan mereka sebesar tapak kaki, dihumbannya ibubapa ke rumah orang jagaan orang tua-tua tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Saya harap di kalangan kita peniaga pasar malam janganlah bersikap begitu dan jangan biarkan mereka di rumah orang tua-tua.


Walau susah mana pun kita dengan pasar malam, walau kerugian pun tidak tanggung ibubapa jangan diabaikan. Ibubapa kita makan tak banyak mana pun, kalau kita makan ikan kering ibubapa tak akan minta ikan merah, kalau kita makan ayam itulah juga makanan ibubapa kita.

Kenapa perlu sisihkan ibubapa dari hidup kita sedangkan syurga dibawah tapak kaki mereka.
Kalau ya pun ada perselisihan faham, kenapa di usia senja mereka kita harus berdendam. Kenapa perlu biarkan mereka terkulai layu di tepi jalan, berteduh di stesen bas, menumpang rumah orang, menagih simpati jiran sedangkan kita masih ada yang punya hubungan darah daging dengan mereka.

Tidakkah anda rasa bersalah, tidakkah anda rasa berdosa, tidakkah anda sedar perbuatan anda mengundang pintu neraka terbuka seluas-luasnya untuk anda. Kenapa perlu durhaka kepada sesorang yang bergelar ibu dan bapa. Tangan itulah yang mendukung anda tatkala masih bayi, tangan itulah yang menyuapkan anda sekepal nasi.

Mereka sanggup berlapar demi melihat anda kenyang, mereka sanggup meredah hutan belukar demi melihat anda sihat ketika anda diserang denggi berdarah dan mereka korbankan masa muda mereka demi pelajaran anda.....

Mungkin bagi yang pandai menjawab akan berkata " itu tanggungjawab mereka membesarkan kami, itu tanggungjawab mereka memberi pelajaran dan itu tanggungjawab mereka menyediakan kelengkapan kami", pandai anda menjawab.

Tapi dimanakah tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang lebih bertanggungjawab terhadap seorang ibu tua. Apa kah agama yang kamu anuti dan apakah pegangan dalam agama kamu.
Setiap agama tidak pernah mengajar mengabaikan kedua ibubapa. Apatah lagi sehingga meninggal dunia hanya di rumah orang tua-tua.

Di sini saya soroti kisah sedih oleh yang diceritakan oleh seorang yang amat baik hati juga bekas seorang jururawat hospital kerajaan dan berasal dari Pontian, Johor sejak tahun 2000 apabila tidak sampai hati melihat warga emas ditinggalkan begitu sahaja  selepas dibenarkan keluar wad.


Kisah 1

Pak Cik Amran dibuang oleh anaknya sendiri bagaikan kucing kurap di tepi jalan berhadapan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua
Al-Ikhlas, Puchong pada awal pagi.
Ditemui ketika penghuni penghuni rumah itu bersiap menunaikan solat subuh.
Selama 2 tahun pakcik Amran menghidap angin ahmar dan badanya di penuhi kudis, hingga kudisnya baik di rawat dia menghembus nafasnya disitu tapi tiada seorang pun anaknya datang menjengah.


Kisah 2

Hanya dikenali sebagai makcik Mami, berusia 90 tahun turut ditinggalkan anak-anaknya dengan beberapa beg pakaian. Kini sudah 8 tahun dia berada dirumah jagaan itu yang sudah nyanyuk.
Selama itu juga, anak Mak Cik Mami tidak pernah datang menziarahi ibu mereka.


Kisah 3

Seorang wanita warga emas dihantar anaknya ke rumah jagaan itu sebaik keluar dari Hospital Putrajaya kerana menghidap kanser.
Dijaga dirumah orang tua-tua itu selama 2 tahun tanpa sekali pun dijenguk anaknya sehinggalah meninggal dunia.

Sejurus meninggal, Muji (Pengurus dan Pentadbir Rumah Orang Tua-Tua) menghubungi anaknya memaklumkan khabar duka itu. Bagaimanapun si anak memberitahu "tak dapat datang" untuk menatap wajah ibunya buat kali terakhir, apatah lagi mahu mengurus jenazahnya.
Itulah serba sedikit kisah yang berlaku penganiayaan anak-anak terhadap ibubapa, wajarkah ibubapa dihantar ke rumah orang tua-tua dengan alasan sibuk bekerja dan disana mereka lebih terbela dan terjaga.....hampehhhhhhh bagi saya jawapan itu.

Ambil ikhtibar kisah ini, beri perhatian pada ibubapa anda sekarang kerana kehidupan ini umpama roda ....akan datang sila lah tunggu, anak-anak anda juga akan mencampakkan anda ke tepi jalan bukannya tepi jalan rumah orang tua-tua tetapi ditepi hutan penuh dengan jin pelesit dan binatang buas....baru la ada akai....







Apr 15, 2016

Pembetulan Gaji Bukan Kenaikan Gaji

Kekeliruan Penjawat Awam Terjawab


Rata-rata penjawat awam apabila melihat pekeliling yang dikeluarkan semalam berasa tidak puas hati kerana mereka sebenarnya salah faham . Ini bukanya Kenaikan Gaji atau Perubahan Gaji tapi adalah pembetulan gaji.

Secara ringkasnya saya ulaskan adalah pelarasan gaji minimum yang ada sekarang ke tingkatan yang lebih baik dengan erti dan maksudnya adalah kalau dulu semasa masuk bekerja menggunakan Sijil SPM gaji pokok adalah RM935 tetapi mulai 1 Julai 2016 gaji pokok SPM adalah RM1,352. Mudah bukan...harap anda faham.

Lapor Harian Metro Pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa 1 Julai 2016 ini hanya membabitkan Pembetulan Gaji dan Bukannya perubahan gaji.
Menurut sumber, semakan yang dibuat hanya membabitkan skim perkhidmatan awam dan bukannya semakan gaji.

"Semakan gaji membabitkan struktur gaji keseluruhannya, apabila dinyatakan semakan skim ramai yang berpandangan ia semakan gaji sebaliknya semakan terhadap skim perkhidmatan awam.
"Rasionalisasinya ini bertujuan memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan awam", katanya.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menyambut baik rasionalisasi itu dan memberi kelegaan kepada penjawat awam seluruh Malaysia.

Ada peningkatan dari segi gaji minimum sebagai contoh jika dahulu paling rendah RM800 dan mereka bakal menerima gaji RM1,200 manakala kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima gaji RM1,352 berbanding RM935.

Ini disebabkan ada gred peningkatan dari segi gred misalnya, Gred 17 ke 19 serta Gred 27 ke 29 malah, perubahan ini mengambil kira kelayakan akademik asas kata Azih Muda.
Juga beliau berharap penjawat awam berhemah dalam melakukan perbelanjaan.


Nota: Di harap semua penjawat awam memahami apa yang dinamakan PEMBETULAN GAJI


                    PANDUAN KHAS BUAT ANDA BERNIAGA DI PASAR MALAM


Apr 14, 2016

Persatuan Bekas Tentera Malaysia Kaku

Langsung Tiada Peranan Atau Usaha Meningkatkan Pencen Pesara Tentera


Kerana Artikel Ini Saya Di Kecam Hebat


Nota: Sebelum anda Komen Sila Baca Hingga Habis Dahulu Kerana  Jika Tak Habis Akan Timbul Salah Faham....Ini Bukan Isu Komplen Tetapi Sekadar Menyatakan Buat Membantu Pesara Sekitar Tahun 70an, 80an, 90an . Bagi kami pesara tahun 2008 dan keatas alhamdulillah rata-rata  pencen RM2100-RM2600 dan keatas mengikut pangkat terakhir....



Semalam sedang kami berborak-borak dikalangan peniaga pasar malam ada 2 ke orang merupakan pesara tentera termasuk saya sendiri dan saya yang paling muda berpencen pun dah masuk tahun kelapan bersara.

Isu yang kami bualkan adalah peranan dan fungsi Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang di lihat seolah-olah tidak berfungsi dan sekadar boneka. Manakala Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sekadar bertindak menyalurkan pencen bulanan dan hal ehwal kebajikan yang tertera dari penubuhanya sejak dulu hingga sekarang.

Rungutan-rungutan kebanyakan datangnya dari veteran yang sudah lama berpencen sejak tahun 70an, 80an dan 90an yang terbelenggu dengan masalah kos sara hidup yang cukup tinggi sekarang ini.
Kalau kakitangan kerajaan yang berjumlah 1.6 juta mempunyai CUEPACS yang memperjuangkan nasib mereka kenapa PBTM tak mampu perjuangkan nasib pesara tentera. Kalau tahun lepas alasan kerajaan tidak dapat menaikkan gaji dan elaun penjawat sebab tak ada duit dan sekarang dah boleh bayar sebab duit GST dah dapat banyak...kastam-kastam pula boleh dapat bonos sebab kutipan melebihi sasaran kenapa pencen pesara tentera tak boleh sikit pun dinaikkan!



Janganlah nak cuba pertikaikanya, itu kami belum habis lagi berbicara soal tentera yang berpencen tidak mendapat wang penuh seperti pegawai didalam ATM dan pesara kerajaan lain. Alasan diberi wang tersebut untuk membayar pencen.
Macam ceta kartun alasan tersebut, habis tu bagaimana pegawai tentera yang langsung tidak mencarum dengan LTAT boleh dapat pencen dan semua wang perkhidmatan mereka sapu semua sedangkan kami Lain-lain Pangkat (LLP) terpaksa dipotong wang tabungan dengan LTAT 10 peratus dari gaji bulanan.

Dan kenapa perkhidmatan awam lain tidak ada apa-apa potongan tetapi masih mendapat pencen bulanan.

Adakah sebab kami berkhidmat sekadar 21 tahun dan 22 tahun. Bukan kami yang mohon, itu sudah termaktub dalam akta 1972 buku merah. Yang menyatakan setiap askar laskar untuk mendapat pencen wajib menamatkan perkhidmatan selama atau 21 tahun . Biasanya kami akan tambah setahun lagi termasukan perkhidmatan Yang di Pertuan Agung. Kenapa tak tertulis mesti berkhidmat 25 atau 30 tahun, akta ini adalah rujukan dari pentadbiran British dulu.





Rungutan yang disuarakan seolah-olah langsung tidak dipandang . Yang memegang tampuk pentadbiran PBAT juga dikalangan pegawai yang langsung tidak pernah menyelami perasaan anggota bawahan seperti kami, anda boleh tanya pegawai mana dalam ATM akan menyebelahi LLP. Jangan harap la.....saya cukup masak dengan perangai mereka. 

Mungkin silap kita sendiri di kalangan LLP yang terlampau mempercayai mereka seperti perlantikan baru bekas Panglima Tentera Laut
Jeneral (B) Anwar. Kenapa kita sendiri tidak mahu melantik di kalangan pesara anggota LLP itu sendiri menjawat jawatan tersebut yang ramai juga hebat-hebat dan mempunyai gelaran Datuk.

Salah satu nama yang saya cadangkan adalah Datuk Wira Azmi pengasas syarikat perubatan Pharmaniaga yang dulu dalam askar hanya berpangkat Ssjn.

Kalau PBAT sudah bersuara sila dedahkan di akhbar agar pesara yang lama berpuashati dengan peranana PBAT kerana sudah memperjuangkan tapi kerajaan yang enggan meluluskanya.

Ini lah ruangan kawan-kawan kita pesara tahun 70an, 80an dan 90an. 
Jangan kecam mereka....mereka berhak menyatakan naluri hati kecil yang mereka simpan apatah lagi seorang vereran yang saya kenali dengan nama Pak Ngah berusia 70an yang merobek hati kecil saya dengan penceritaanya....semoga Pak Ngah terus tabah meneruskan hidup ini dan moga Allah membantu Pak Ngah, aminnn.

Bihunsup Hang Tak Sedap

Si Mamat Parang Panjang Tu Punya Sup Tak Sedap Langsung

Tajuk entri diatas hanyalah saya letakkan sebagai contoh yang kerap kali berlaku dalam dunia perniagaan pasar malam atau dimana sahaja komen kepada peniaga-peniaga yang berorientasikan makanan.

Komen-komen sebegini rasanya berlaku kepada sesiapa sahaja dan bagi saya ianya dah mangli kata orang Penang. Maksudnya dah lali dan saya tak ambil serius sangat sebab setiap orang punya cita rasa sendiri, punya keinginan sendiri serta selera yang berlainan.

Tak perlu anda ambik serius atau perbesarkan hal macam ni. Kecuali kalau orang komplen masin atau tawar sebab adakalanya kita terlupa letakkan garam dalam masakkan.

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM KLIK SINI DISKAUN 50%

Di pasar malam pastinya anda sedia maklum menu jualan biasanya hampir sama. Kalau nasi ayam ada 3 tuan menjual dan bihunsup ada 2 tuan menjual. Air soya 4 tuan menjual.

Persaingan sihat begini menuntut anda buat yang terbaik menghadapi pesaing-pesaing anda. Siapa sedap dia punya yang tak sedap kena usaha upgrade jadi lebih sedap.

Apr 13, 2016

Motivasi Pulihkan Semangat Niaga Pasar Malam

Dalam Hidup Ini Kita Tidak Perlu Menjadi Orang Lain

Sebagai pembakar semangat anda khas buat peniaga pasar malam yang hampir  putus asa atau yang sering terganggu dengan kata-kata negatif manusia yang dangkal....saya sediakan motivasi penguat semangat untuk anda hayati dan renungi...



1. Don’t put until tomorrow what you can do today – Jangan menunda pekerjaan sampai esok kalau boleh disiapkan di hari ini.

2. Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus – Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut/staf/anak buah. Kata mutiara ini sama dengan “a good leader comes from a good follower” (Pemimpin yang bijak lahir dari pengikut yang setia)

3. Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ – Kemarin adalah sejarah, esok adalah sebuah misteri dan hari ini adalah sebuah hadiah (Inspiring word yang dikutip dari master Oogway – film Kung fu Panda)

4. Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.

5. Anda tidak selalu dapat mengubah orang lain, tetapi anda dapat mengubah bagaimana anda menanggapi mereka.

6. Gunakan waktu anda semaksima mungkin, maka dihari tua anda tidak akan mengatakan, “Seandainya saya masih muda.”

7. Kita tidak harus mengorbankan harga diri agar disukai orang lain.

8. Kehidupan adalah berkat, kerananya nikmatilah. Jangan menyesal masa lalu dan takut akan masa depan.

9. Peduli pada orang lain bermula dengan peduli pada diri sendiri.

10. Setiap masalah ada jalan keluarnya, setiap konflik ada solusinya, setiap krisis mengandung peluang (Presiden SBY)

11. If you work for money, you give the power to your employer. If money work for you, you keep and control the power – Jika anda bekerja untuk wang, maka anda telah memberikan kuasa kepada pekerja / kakitangan anda. Tapi jika wang bekerja untuk anda, maka anda lah yang memegang dan mengawal kuasa (Robert T.Kiyosaki)

12. Penyakit bangsa kita yang paling parah adalah mentaliti ‘kalau boleh ditegah kenapa dipermudah(Presiden SBY)

13. Jangan pernah gadaikan diri untuk jabatan (Menlu Hassan Wirajuda)

14. Don’t judge the book by its cover – Jangan menilai buku hanya dari kulitnya saja (Dipopularkan oleh Tukul Arwana)

15. Luck is a matter of preparation meeting opportunity – Keberuntungan adalah sesuatu dimana persiapan bertemu dengan kesempatan (Oprah Winfrey)

16. Humor tidak hanya berguna bagi orang yang menggunakannya tetapi juga untuk menyenangkan orang lain.

17.”Berkata benar sangat menyulitkan bahkan berisiko ditolak. Tetapi itulah satu-satunya pilihan jika kita ingin menjalinkan sebuah hubungan yang baik.”

18. Self? trust is the first secret of success – Percaya diri adalah rahsia pertama sebuah kejayaan (Ralph Waldo Emerson)

19. Persahabatan itu seperti tangan dengan Mata. Saat tangan terluka, Mata menangis. Saat Mata menangis, tangan menghapusnya..

20. Hadapilah nikmat dengan syukur, dan terimalah musibah dengan sabar.

21. Ukurlah kemampuan diri, kerana makan berlebih akan muntah, dan memikul melebihi kekuatan akan patah

22. To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart – Untuk mengatasi diri anda gunakan kepala anda, untuk mengatasi orang lain gunakan hati anda (Donald Laird)

23. Everybody thinks of changing humanity and nobody thinks of changing himself – Semua orang memikirkan untuk merubah dunia dan tidak ada yang memikirkan merubah dirinya sendiri (Leo Tolstoy)

24. Anak lebih memerlukan bimbingan dan simpati dari pada instruksi.

25. Sering kali manusia hanya menghitung kesulitannya – bukan kebahagiaannya.

26. Diam lebih baik daripada berdebat dengan orang?orang bodoh. ? Abu ‘Ali bin Miskawa’ih ?

27. Smile is the shortest distance between two people. Senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia .

28. You have to endure caterpillars if you want to see butterflies. – Anda harus tahan terhadap ulat jika ingin dapat melihat kupu?kupu. (Antoine De Saint)

29. Mistakes are the portals of discovery – Kesalahan adalah portal menuju suatu penemuan (James Joyce)

30. Leadership is doing what is right when no one is watching – Kepemimpinan adalah mengerjakan sesuatu yang benar ketika tidak ada orang yang melihat (George Van Valkenburg)

31. Only the man who is in the truth is a free man. Hanya orang yang berada dalam kebenaranlah orang yang bebas.

32. Tiada mungkin kemuliaan diraih dengan kesombongan. Kemuliaan diraih kerana dengan ketundukkan & kerendahan hati.

33. Kuasai rasa takut dan rebut peluang yang ada.

34. Anda berhenti memimpin ketika anda berhenti belajar.

35. Jadikan persaingan menjadi bagian nikmat dari Allah ygbisa membuat diri
kita semakin lebih baik & membuat kita mampu berbuat yg terbaik.

36. He who never made a mistake, never made a discovery – Siapa yang tidak pernah berbuat salah, tidak pernah mendapat penemuan/pembelajaran (Samuel Smiles)

37. Setiap pengalaman pahit akan menghasilkan ketabahan yang akan menutupi kelemahan kita.

38. Harta itu makin lama didiamkan makin bertambah usang sedangkan ilmu itu tidak dapat lapuk dan usang.

39. Tiada manfaat hidup dengan sibuk membicarakan orang lain yang menjadikan tidak sempat berbicara dengan jiwa kita sendiri.

40. The danger of small mistakes is that those mistakes are not always small. – Bahayanya kesalahan?kesalahan kecil adalah bahawa kesalahan?kesalahan itu tidak selalu kecil. Kesalahan kecil boleh mengakibatkan kesalahan yang lebih besar. Bersamaan dengan kesalahan itu, persoalannya boleh menjadi besar pula. Maka kesalahan kecil pun harus segera dibetulkan.

41. The future depends on what we do in the present – Masa depan tergantung pada apa yang kita lakukan saat ini (Mahatma Gandhi)

42. Tentangan kepemimpinan adalah menjadi baik hati bukan lemah, rendah hati bukan pemalu.

43. To be silent is the biggest art in a conversation. Sikap diam adalah seni yang terhebat dalam suatu pembicaraan.

44. Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan.

45. Dig a well before you become thirsty. – Galilah telaga sebelum Anda merasa haus.

46. Kita dilahirkan untuk bekerjasama, seperti kerjasama antara kaki, tangan, alis, dan rahang bagian atas serta bawah.

47. To control your cow, give it a bigger pasture -Untuk mengawal lembu anda, letakkan pada ladang rumput yang luas (Suzuki Roshi)

48.Jika engkau mencintai dirimu, janganlah engkau memberikannya masa untuk melakukan keburukan.( Aristoteles )

49. Ideas are only seeds, to pick the crops needs perspiration. – idea hanyalah benih, untuk menuai hasilnya memerlukan usaha.

50.Musuh yang sangat berbahaya di dunia ini adalah perasaan penakut dan bimbang. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh.

51. Bertindak dengan nafsu sama dengan berlayar ke lautan di waktu badai dan taufan sedang mengganas.

52.Entah kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah; yang penting adalah cara kita 
menghadapinya.


Apr 12, 2016

Penjawat Awam Naik Gaji - Elaun

Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam Melonjak Penambahan Gaji Sektor Kerajaan


Ramai juga peniaga pasar malam terdiri dari kakitangan awam yang terpaksa melakukan dua kerja demi meneruskan kelangsungan hidup menyara keluarga kerana kos kehidupan yang meningkat.
Justeru itu posting saya kali ini berkisar kenaikan gred dan 252 elaun yang bakal dinikmati kakitangan awam mulai Julai nanti.

Kerajaan akan memperkenalkan gred baharu dan pemansuhan gred lama adalah antara penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Kakitangan baru yang di lantik juga akan menikmati kadar  baru itu.

Perkara ini dinyatakan Presiden CUEPACS,  Datuk Azih Muda. Gred 17 dan 27 akan dimansuhkan dan digantikan dengan gred yang lebih tinggi.

Gred 17 akan dinaikan ke gred 19, manakala gred 27 akan menjadi 29. Begitu juga gred 22 dinaikan ke gred 26. Manakala gred 41 dikekalkan.





Dengan penambahbaikan itu juga tangga gaji pokok turut meningkat setara dengan kenaikan gred mereka, namun lain-lain elaun masih dikekalkan.
Penarafan pada gred 17 adalah kakitangan yang mempunyai kelayakan SPM, 27 pula pada yang berkelayakan STPM dan Pemegang Diploma.

Kakitangan awam juga akan diberi pilihan samada mahu memilih skim baru atau kekal pada gred lama (nasihat saya buatlah pilihan yang bijak, jangan nyesal belakang hari ye).
Penambahbaikan itu juga membuka peluang bagi laluan kerjaya yang lebih baik mengikut tangga gaji maksimum terbaru.

Selain itu mengulas kenyataan  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Pulau Pinang, semalam, kakitangan awam akan menerima pelbagai manfaat baharu hasil penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam dibawah SSM yang akan diumumkan, Khamis ini 14 April.

Mohd Zabidi juga menyifatkan penambahbaikan skim itu adalah yang paling menyeluruh mengambil kira segala kepentingan dan memberi pelbagai faedah kepada penjawat awam yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.

Penambahbaikan itu turut membabitkan peluang kenaikan pangkat yang lebih banyak disamping dapat menarik generasi baru dan muda menyertai perkhidmatan awam.
Segala keputusan penambahbaikan ini dibuat selepas mengambil pandangan pada 87 rundingan bersama semua kesatuan dan kumpulan sekerja  bagi menjaga kebajikan 1.6 juta penjawat awam.




Pekeliling mengenai penambahbaikan ini akan mula dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), untuk rujukan semua pihak, Khamis ini.
CUEPACS meminta Skim Perkhidmatan Awam ditambah baik memandangkan kos sara hidup yang makin meningkat antara lapan hingga 10 peratus setahun memandangkan wang kutipan GST yang sudah cukup menguntungkan Keraajaan.


Yang bestnya la kan....pasti ada orang yang tak akan berpuashati lagi dengan tentera kerana bila pelarasan gaji dan elaun kakitangan awam dibuat maka tentera juga akan tetap menikmati kadarnya juga dan bila pelarasan gaji dan elaun tentera dibuat hanya tentera sahaja akan nikmati faedahnya. So dua kali kenaikan heheehehe...Pencen Tentera tak mau naik ke huhuhu..

Buat rakan-rakan peniaga pasar malam, jangan tak mai niaga plak kalau dah naik gred dan elaun sebab dah resmi penjawat awam naik banyak mana pun tak pernah nak cukup.....maaf la...sebab saya juga macam anda dulu...sekarang goyang kaki makan pencen....bye bye...


Apr 11, 2016

Ingin Mencari Hosting Terbaik ..

                                  

Secara jujurnya ingin saya maklumkan kepada anda yang masih belum punya domain atau hosting dan berminat mempunyai website atau ingin mempunyai blog sendiri tanpa menggunakan blogspot.

Saya sarankan dan cadangkan kepada anda agar menyewa hosting dan domain daripada Sempoi Hosting yang telah saya gunakan sejak tahun 2008 lagi hinggalah sekarang ini. Ini bermakna sudah 8 tahun saya menggunakan Sempoi Hosting yang tidak pernah mengecewakan saya. Setiap perkara yang timbul akan diambil tidakan dengan segera.

.:)
Tuan punya Sempoi Hosting adalah saudara Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Shuth sahaja. Saya mengenali beliau sejak 2007 apabila bergiat aktif dalam dunia internet ini dan pagi tadi baru sahaja saya "renew" website saya wangpasarmalam.com.

Shuth juga adalah pemilik forum online iaitu Wangcyber yang cukup terkenal dari dulu hingga sekarang ini dengan keahlian mencecah ratusan ribu orang.

Kalau anda berminat dengan perkhidmatan web hosting mereka sila klik sahaja gambar diatas dan anda akan dibawa terus ke webmaster mereka untuk urusan Hosting....jangan risau saya bagi jaminan dan saya akan ganti wang anda jika Hosting mereka gagal...

Ciri-ciri Terbaik Hosting Kami
Control panel

Control panel

Kami menggunakan Cpanel, yang merupakan panel kawalan terbaik di dalam industri hosting
Script installer

Script installer

Memudahkan anda install pelbagai skrip seperti Wordpress dengan mudah dan pantas
Mesra Pelanggan

Mesra Pelanggan

Kami menyediakan khidmat pelanggan yang mesra dan pantas menerusi Email atau WhatsApp.
Selamat & Dipercayai

Selamat & Dipercayai

Tidak perlu risau website down! Server kami selamat dan mempunyai kadar uptime yang tinggi!
Backups Harian

Backups Harian

Kami membuat backup data secara harian untuk memastikan website dan data anda selamat.
Server Tempatan

Server Tempatan

Server kami beroperasi di Malaysia, ia pantas untuk diakses dan selamat dari gangguan kabel putus.
Pengaktifan Pantas

Pengaktifan Pantas

Akaun anda akan diaktifkan dengan segera sebaik sahaja bayaran di terima.
Sejak 2005

Sejak 2005

Kami telah beroperasi lebih dari 10 tahun, bukti kami sentiasa memberikan khidmat yang terbaik!.

Skim Cepat Kaya Melanda Pasar Malam

Elakkan Diri Anda Wahai Peniaga Pasar Malam Dengan Skim Nak Cepat Kayapp Dari Orang Terdekat Anda Sendiri
Hindari diri anda dari menjadi mangsa!!!
Skim cepat kaya bukan perkara baru di Malaysia dan ia mula dikesan memperdaya pengguna sejak tahun 70-an lagi dengan skim pertama dikenali sebagai Pak Man Telo.
Selepas lebih 30 tahun, skim seumpama ini masih terus berleluasa, dengan modus operandi yang diberi suntikan baru namun, masih mencapai tujuan sama iaitu menipu wang orang ramai.


                            

Ketika Facebook (FB) mula mendapat tempat, muncul skim cepat kaya menggunakan medium berkenaan dengan yang paling terkenal menggunakan slogan “Login FB Dapat Duit”. Ia mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga 2011, malah ia dipercayai masih bertahan sehingga kini. Modus operandinya, menawarkan pulangan apabila kita berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru.

Sekitar 2012, ketika harga emas mula memuncak, maka muncul pula skim berasaskan emas. Yang paling mencuri perhatian ialah skim emes Geneva yang kes mahkamahnya masih berjalan sehingga sekarang, selepas ia diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) pada penghujung 2012.

Melewati tahun 2013, apabila pasaran saham mula meningkat, muncul pula skim saham dan Forex yang pelik-pelik menawarkan pelbagai pulangan menggiurkan.
Ketika kerajaan mempromosi bidang pertanian dan penternakan, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan penternakan seperti ikan arowana, penternakan lembu malah penternakan burung unta. Keadaan sama berlaku ketika industri e-book mula berkembang, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan e-book.

Walaupun muncul pelbagai skim dengan nama berbeza, namun tidak sukar untuk mengenali skim seumpama ini kerana ia mempunyai ciri yang sama iaitu menawarkan pulangan yang tinggi tanpa risiko, menjana keuntungan melalui rekrut orang baru dan tidak memiliki produk atau produk yang ada hanya bersifat kosmetik. Ciri pertama skim ini ialah menawarkan pulangan tinggi 10 peratus 15 peratus sebulan. Ia lebih tinggi daripada Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) malah lebih tinggi daripada pasaran saham indeks Bursa Malaysia.

Secara logiknya, ia boleh mencecah sehingga 120 peratus hingga 180 peratus setahun. Namun, ia mustahil untuk dicapai dengan cara melabur dan membiarkan wang beranak-pinak saja.
Ciri kedua skim ini ialah menjanjikan keuntungan melalui aktiviti merekrut orang baru, bukan melalui jualan produk. Melalui ciri ini, para pelabur dikehendaki mencari orang baru untuk melabur atau menyertai skim ditawarkan.

Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid.

Kedua-dua skim ini mempunyai persamaan iaitu menawarkan pulangan tinggi dengan kemasukan orang baru. Skim piramid adalah sebahagian daripada skim cepat kaya.



Ciri ketiga skim cepat kaya adalah tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual, tetapi yang ada hanyalah sebagai hiasan semata-mata. Malah, jika ada produk sekalipun, ia akan dijual pada harga tidak munasabah. Sebagai contoh, jika sekotak kopi yang berharga di pasaran sekitar RM15, di dalam skim ini ia akan dijual pada harga RM80 dan disertakan senarai khasiat perubatan ajaib untuk justifikasi harga yang melampaui batas itu.
Sedangkan harga yang dibayar itu adalah untuk menampung bonus ‘orang atas’. Yang menariknya, masih ada orang yang mempercayai penipuan secara terang-terangan ini.
Mereka yang berhasrat menambah pendapatan disaran supaya berhati-hati dalam setiap skim yang diceburi. Jika ia skim pelaburan, pastikan kita semak kedudukannya melalui agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan BNM. Untuk mengetahui status halal produk pula boleh semak melalui JAKIM.
Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ia datang daripada sahabat atau saudara rapat. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, namun sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu.




Jangan terburu-buru dengan ayat ‘tawaran terhad’ kerana percayalah bahawa peluang yang baik itu umpama bas, jika terlepas satu bas akan datang bas yang lain. Dalam hal ini, prinsip biar lambat asal selamat terpakai.

Dalam hal pelaburan, satu prinsip konservatif yang boleh diguna pakai ialah “biar tersalah tidak melabur skim yang menguntungkan, dari tersalah labur skim yang merugikan”.

Ringkasan tips bagaimana nak elak skim penipuan emas ini ;

1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan.
4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu diserahkan kepada syarikat
5. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
6. Elakkan membuat bayaran penuh atau lebih 30% ketika membeli emas dalam plan ‘Delay Order’ seperti bayar dan tunggu selepas 30 hari baru dapat barang kerana ia berisiko tinggi.




7. Anda akan diberi manisan, gula-gula terlebih dahulu.
8. Anda diberi produk untuk mengaburi mata anda. Dalam masa yang sama anda diberi janji akan diberi pulangan setiap bulan.
# Melabur di dalam kes ini adalah anda menyerah wang anda dan menunggu pulangan bulanan (goyang kaki). Kalau ada produk sekali pun, hanya sekadar untuk mengaburi mata pelanggan..




Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Antara faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya adalah:

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu dan ingin cepat untung – Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat semua nak cepat.
3. Ingin mengaut keuntungan tanpa bekerja.
5. Duit masuk dengan goyang kaki.
6. Tarikan dari rakan-rakan sekeliling. Pihak A bagitahu yang rakan beliau B sudah dapat pulangan. Pihak B juga bagitahu yang saudara beliau C juga sudah dapat pulangan. Jadi ini menyebabkan kita kelabu mata tanpa memikirkan akibatnya atau tanpa menyiasat. Hanya sekadar keyakinan dari orang sekeliling sahaja.
Kesimpulannya disini, untuk berjaya, kaya raya, anda memerlukan usaha dan titik peluh anda sendiri serta tanpa menyerahkan wang anda kepada pihak ketiga untuk diniagakan. Nasihat kami, lengkapkan dada dengan ilmu, siasat setiap syarikat tersebut dimana wang kita diniagakan atau sebolehnya elakkan terus. Mari berniaga sendiri tanpa menyerahkan wang anda kepada pihak ketiga. Beli emas, mesti dapat emas.
Percayalah, sudah ramai yang terkena. Jangan jadikan diri anda salah seorang dari mangsa. Belajar dari sejarah dan dari orang yang pernah terkena.




Bagaimana saya sendiri berpengalaman terlibat dengan skim cepat kaya ini sekitar tahun 2008 dan saya ramai dikalangan bekas pesara tentera yang mengalami pengalaman yang sama seperti saya. Apabila setiap anggota tentera bakal bersara imbuhan sedang menanti ratusan ribu ringgit dan ketika inilah ramai ejen-ejen skim cepat kaya akan datang kepada kita menjanjikan kemewahan dan bulan serta bintang ke ribaaan.

Termasuklah sahabat kita sendiri ada juga saudara terdekat namun ingin saya ingatkan kepada anda, jangan mudah terpengaruh dan pegang satu prinsip " Tiada Jalan Mudah Dapat Wang Selain Berusaha".

Rujuklah kepada orang yang berpengalaman dan jangan anda jadi mangsa seterusnya...sebab ramai peniaga pasar malam yang saya dengar sudah terkena kebelakangan ini.

Setkan dalam minda anda " Hanya Pasar Malam Yang Boleh Menjadikan Anda Kaya Raya Tapi Perlu Rajin Berusaha".