nuffnang1

.:)

Dec 13, 2014

Berakhirnya Kekecewaan Peniaga Pasar Malam

Disember 2014 telah menjelma dengan seribu harapan dan impian di setiap hati peniaga pasar malam. Semoga dengan menjelmanya Disember maka harapan kami setinggi gunung kerana maka akan berakhirlah musim hujan...

                                    


Selama hampir 4 bulan lamanya peniaga pasar malam bergelut mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga tersayang. Setiap malam hujan akan turun dengan lebatnya dikala peniaga peniaga sedang rancak menjalankan aktiviti perniagaan. Kekadang renyai renyai namun turun akan tetap hujan turun.

Apa yang mampu kami lakukan, sekadar menadah tangan ke langit dan memohon daripada Allah agar hujan berhenti atau hujan di pagi hari. Namun di pagi hari juga ada sahabat sahabat yang menjalankan aktiviti perniagaan.


                                         
Segala simpanan telah habis di keluarkan bagi menampung perbelanjaan harian untuk keluarga , membayar segala bil utiliti dan keperluan di luar jangka. Namun yang lebih memeritkan apabila terpaksa menampung kerugian dalam perniagaan. Adakalanya setiap hari atau minggu. Kalau pada yang sudah bersedia pastinya tidak menjadi masalah tetapi kepada yang alpa pasti mengundang padah. Beringatlah sebelum terkena.

Semoga semua sahabat seangkatan akan tabah menempuh ujian Allah yang sebesar hama ini, kerana sedikit hari lagi keceriaan akan menjengah kita kembali dengan sinar mentari dan kemunculan bulan mengambang sehingga ke Julai 2015....insyaallah...amin.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Nov 19, 2014

Indah Pasar Malam - Jom Jom Jom Ke Pasar Malam

Berbicara soal pasar malam, pelbagai persepsi akan dilontarkan oleh setiap orang dan pelbagai andaian bermain di minda setiap orang.

Tetapi percayalah bagi saya Pasar Malam sememangnya terlalu indah untuk dibicarakan dan terlalu significant untuk di gambarkan. Keindahan Pasar Malam tampak disegenap penjuru yang dan setiap sudutnya tersendiri.

Keindahan dari segi kepelbagaian menu dan juadah yang dijual, keindahan daripada barangan terdiri dari barang-barang mentah sehingga ke makanan, keindahan dari pakaian ke peralatan dapur...tidakkah itu sebenarnya terlalu indah yang tidak mungkin kita temui di tempat lain selain Pasar Malam.

Kepada mereka-mereka yang belum pernah ke Pasar Malam dan hanya sekadar mendengar dari rakan taulan, nasihat saya berkunjunglah dengan segera buat pertama kalinya seperti Malam Pertama perkahwinan dan saya yakin anda pasti menyukainya dan akan sentiasa mencarinya setiap hari....

Uncle Bob & Pasar Malam
Wattie's HomeMade

CHAR KUEW TEOW

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA

Oct 27, 2014

Gurau Senda Ada Batasannya

Kekadang dikalangan kami peniaga pasar malam mungkin secara tidak sedar suka bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan sebarang natijah terhadap apa yang di perkatakan sehingga mengundang ketidakselesaan sahabat-sahabat yang mendengarnya.

Ada pulak sesetengahnya berperangai kebudak-budak hahahaha....gelak besar saya. Sebagai orang yang boleh dikatakan agak lama berkecimpung dalam dunia perniagaan  pasar malam sebolehnya saya cuba sedaya upaya memberi nasihat agar mereka bersikap profesional namun segalanya terpulang kepada mereka sendiri...

Ada juga yang gemar memperkatakan hal orang lain sehingga kadangkala mengaibkan kawan kawan mereka juga tapi penyampai berita ini tidak akan pernah sedar dan serik dengan perilakunya...

Nasihat saya kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan kami peniaga pasar agar berfikir dahulu sebelum melontarkan kata kata kerana terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk akibatnya...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DISINI SEGERA SELAGI MASIH ADA STOK

Oct 6, 2014

Peniaga Tegar Tak Takut Jatuh

Kebelakangan ini banyak kedengaran dikalangan peniaga tak kira samada di pasar malam atau dikedai kedai statik yang tidak dapat bertahan lama dan mula kembali kepada pekerjaan lama ...makan gaji.

Mereka mereka ini hanya sekadar mampu bertahan 1 atau 2 tahun sahaja dalam perniagaan kerana tidak mampu bersabar apabila mengalami kejatuhan didalam perniagaan.

Istilah berniaga tidak semestinya menjadi kaya raya atau pun jutawan, ramai kalangan kita atau orang awam tersasar dari rancangan awal iaitu berada didalam zon selesa. Tidak bererti berada dalam zon selesa semestinya menjadi kaya raya atau jutawan....

Pengertian zon selesa adalah kita mampu mengharungi kehidupan ini dengan selesa dan sebagai contoh adalah anda mampu membeli rumah yang selesa bukanya rumah jutaaan ringgit, anda mampu beli kereta bukanya kereta ratusan ribu ringgit dan anda mampu menyara kehidupan keluarga dengan memberi makan dan pakai kepada keluarga anda.....ini semua sudah memadai....

Bila anda terkejar-kejar mencari sesuatu yang melebihi kemampuan anda ini yang menyebabkan anda tidak berupaya maka anda akan mengalami stress teramat sangat....

Jika dibandingkan anda yang berniaga di pasar malam pendapatan anda  melebihi daripada kawan kawan yang makan gaji dan lebihan pendapatan anda jauh dari mereka....anda mampu miliki wang tunai setiap hari sedangkan kawan anda terpaksa tunggu setiap hujung bulan untuk dapatkan wang. Jadi tak perlulah menjadi orang lain, jadilah diri anda sendiri.

Anda mampu miliki kereta grand livina sedangkan kawan anda hanya miliki proton saga, anda mampu miliki rumah berharga ratusan ribu sedangkan kawan anda sampai sekarang masih menyewa...apatah lagi di Pulau Pinang, anda mampu memakai seluar Jeans Levi's original berharga RM279 sedangkan kawan anda hanya membeli di uptown dengan harga RM60 sahaja.... cuba anda nilai ini semua...pasti anda akan nampak perbezaan yang ketara , jadi kenapa perlu berhenti dari Berniaga di Pasar Malam?????

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PANDUAN TINGKATKAN JUALAN DISINI

Sep 19, 2014

Ragam Pasar Malam Bahagian Ke-2

Ragam atau kerenah peniaga pasar malam amat banyak dan ada kalanya melucukan dan tak kurang juga yang menjengkelkan.....

Kalau anda adalah seorang peniaga pasar malam pasti anda sudah sedia maklum dengan ragam-ragam peniaga sebegini yang suka sangat mengambil tahu hal-hal perniagaan kawan-kawan....

Ada sesetengah peniaga yang pada hari tersebut tidak berniaga tetapi tetap datang ke pasar malam membeli belah.....rasanya lebih elok la berkunjung ke tempat lain sebab sudah pastinya sesekali cuti lebih elok shopping di tempat lain .....

Dan ada juga yang bercuti tapi masih sempat sms kepada kawan-kawan bertanyakan kawasan pasar malam hujan atau tidak ....adusssss ntah apa apa huhuhuhu....kalau dah cuti tu lepak ja la kat rumah atau window shopping kat Shopping Mall....itukan lebih baik, kenapa perlu semakkan kepala otak dengan hal-hal begini...

PANDUAN UNTUK ANDA MEMULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DIDEDAHKAN 

Pasar Malam Baru Akan DiBuka

Tahun ini baru 2 pasar malam baru yang akan dibuka di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang yang didalam pengetahuan saya.

Terbaru yang saya lihat ada kain rentang yang mengatakan Pasar Malam akan di buka di Permatang Sintok dalam kawasan Kepala Batas dan lokasi yang di khabarkan besebelahan jalanraya Utama  menuju ke arah Pasar Besar berhadapan Petronas ....

Masih terdapat lagi tapak yang kosong dan anda boleh menghubungi penganjur untuk mendapatkan maklumat terperinci.....

Dan satu lagi tapak adalah di Bandar Perda bersebelahan Juso lama yang kini di kenali sebagai Perda City Mall....kawasan ini adalah sebuah kawasan panas yang dijangka meletooopppp apabila Perda City Mall mula beroperasi sepenuhnya, pasar malam ini telah pun di buka pada 14/9/2014 yang lepas pada hari ahad setiap minggu.....jadi jangan berlengah...cepat dapatkan borang segera...

EBOOK PANDUAN MENGUSAHAKAN PASAR MALAM, DAPATKAN SEGERA DISINI

Sep 9, 2014

Pelanggan No. 1 ( Customer Always First )

Moto atau cogankata yang sentiasa diungkapkan dimana sahaja oleh semua orang tak kira samada peniaga atau pun pelanggan... ayat ini merupakan ayat keramat bermaksud agar setiap peniaga  mendahulukan pelanggan. Namun adakah ia benar-benar dipraktikan atau sekadar kata-kata kosong.

Yang benar-benar akan merasainya adalah pelanggan kerana mereka yang membeli dari kita. Setiap tingkah laku dan tindak tanduk kita peniaga di perhatikan oleh pelanggan. Baik buruk sikap dan layanan akan menjadi kayu pengukur buat pelanggan menilai diri seseorang peniaga itu. Semua ini akan diterjemahkan oleh pelanggan samada kunjungan ini adalah kali pertama dan terakhir atau akan ada kunjungan kedua dan ketiga serta seterusnya.

Peniaga hanya mampu memberi perkhidmatan yang secukupnya tetapi pelanggan adalah bos yang akan memberi markah samada 5A atau 5D...setakat kita peniaga yang mengatakan kita telah memberi perkhidmatan terbaik tidak memberi apa-apa perngertian langsung dan sekadar syok sendiri seperti sesorang menulis di FB dan tiada sebarang like maka itulah di katakan syok sendiri...

Justeru itu saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan kawan-kawan yang lain agar mempraktikan senyuman manis bila berurusan dengan pelanggan dan yang amat amat penting adalah , bila barang jualan kita hampir nak habis ...dengan segera info kepada pelanggan yang sedang berbaris dengan mengatakan " Abang, bihun ada 2 bungkus sahaja lagi, maka dengan ini yang lain lain akan terus beredar. Jika mereka menunggu maka mereka akan cukup kecewa sebab tidak dapat membeli kerana sudah habis....

EBOOK PANDUAN BELAJAR BERNIAGA DIPASAR MALAM DISINI, DAPATKAN SEGERA

Aug 30, 2014

Ragam Peniaga Pasar Malam

Mengharungi sebagai peniaga pasar malam rasanya tentu anda telah masak (ayat orang Penang), dengan pelbagai ragam dan perangai peniaga-peniaga yang punyai pelbagai cerita suka dan duga serta tidak kurang juga banyak menyampahnya....

Cerita tentang yang suka ambik tahu hal orang , suka mengata orang dan pelbagai lagi ragam yang sentiasa berlaku dan akan terus berlaku selagi ada yang tidak ingin mengubah sikap.

Mereka mereka ini akan sentiasa mengambil tahu soal orang lain dan sentiasa mengambil berat pada sudut yang tidak sepatutnya. Suka mengambil tahu berapa untung, berapa rugi dan bila tidak datang berniaga akan sentiasa mengikuti perkembangan . Sebagai contohnya akan menghantar mesej bertanyakan ," cam na niaga hari ni, ok ker...orang ramai ker???? dan macam-macam hal lagi.

Orang orang sebegini memang ramai dan mereka sentiasa mengambil tahu hal perniagaan orang lain dengan niat apa pun saya tak berani nak cakap , nanti jatuh fitnah pulak...anda fikir fikirkan sendiri lah...ada pula tu yang kadang-kadang tak datang berniaga tetap berkunjung pada malam hari ke pasar malam tempat beliau berniaga....apa raaaa ....sepatutnya bawa lah family ke tempat lain menghabiskan masa lapang...ini datang tempat yang sama gak huhuhuhu....

Ubah lah sikap dan sentiasa melangkah ke hadapan, zaman sekarang dah tahun 2014 bukannya 1940..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM YANG TERHEBAT DISINI

Aug 29, 2014

Kecewanya Aku Berniaga Di Pasar Malam

Berapa kali dalam setahun anda mengucapkan perkataan seperti tajuk Entry di atas?????????

                                         

Tajuk ini lah yang akan kita bincangkan pada kali ini dilaman blog yang penuh informasi ini.

Pasti ramai dikalangan kita peniaga pasar malam agak kecewa dengan faktor cuaca yang sekarang ini tidak menentu dan pasti ramai yang mengalami kerugian yang besar pada hari selasa minggu ini, dimana hujan yang turun terlalu lebat dari jam 4 petang sehingga ke hari Rabu sekitar jam 4 petang.

Ramai juga yang tidak menjangkakan yang hujan nampak seperti tidak akan berhenti pada hari rabu tetapi secara tiba-tiba berhenti dan memberi keuntungan yang berganda kepada mereka yang berniaga pada hari tersebut. Kerana ramai dikalangan peniaga tidak berniaga pada rabu tersebut. Inilah yang dikatakan rezeki tidak disangka-sangka.

Kekecewaan amat dirasai kerana setelah tamat Ramadan dan ke penghujung Syawal ramai pelanggan yang terpaksa "Bajet" untuk keperluan harian disebabkan gaji yang masih belum diterima...hanya penjawat awam sahaja telah menerima gaji bulanan sekitar 25hb....

Dalam setahun pasti akan berlaku sedikit kejatuhan didalam perniagaan pasar malam kerana musim hujan yang berterusan, " Itulah pesanan yang masih saya ingati oleh orang lama"...jadi simpanan kita amat amat diperlukan...jangan risau kerana selepas itu kita akan mulai menjana pendapatan yang lumayan kembali..berhemahlah didalam perbelanjaan di musim hujan ini...saya sendiri tak berani nak cakap samada sekarang ini musim hujan atau pun tidak. Ramalan cuaca kini pun macam tak menentu , sekejap kata El-Nino sekejap tak jadi, entah apa-apa....fikir lah sendiri...

Cuba anda perhatikan cuaca dalam dua ke tiga hari ini, mendung namun tiada sebarang hujan dicatatkan diseluruh Pulau Pinang. Negeri negeri lain saya tidak pasti, tapi saya rasa kemungkinan akan sama sahaja...

Justeru itu, tenangkan fikiran dan minda anda, berceritalah setiap masalah kepada isteri yang tersayang dan insyallah isteri anda akan memahaminya...jangan mudah putus asa dengan apa yang Allah turunkan dari langit, ianya adalah sebahagian dari dugaan Allah agar umatnya sentiasa mengingati akan kewujudan Allah yang maha esa.

Maka sentiasalah mengucapkan Istifar kepada Allah,  Astafirullah Allazim tanpa jemu jemu, insyallah segala kemurungan dan kekecewaan dalam perniagaan akan di permudahkan Allah...

EBOOK PASAR MALAM , PANDUAN ATASI KERUGIAN DAN PEMBELAJARAN DISINI




Aug 25, 2014

Kegagalan Di Bazaar Ramadan

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, selepas bulan ramadan yang lalu saya banyak menerima maklum balas dari kawan kawan yang berniaga di Bazaar Ramadan dan tak kurang juga mereka yang baru berniaga dan amat berminat untuk berniaga di pasar malam.

                      

Persoalanya kenapa anda gagal?,

Perkara ini lah yang akan kita bincang dan huraikan secara ringkas...........

Perkara utama kita " Back To the Basic "  ,  tentunya anda masih lagi ingat bagaimana didalam ebook The Silent Pasar Malam Billionaire mengajar anda setiap perkara berkaitan perniagaan Pasar Malam dan Bazaar Ramadan.

Adakah anda telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, jika segalanya telah anda lakukan kita harus yakin kepada Qada dan Qadar Allah setelah kita berusaha maka kita tawakkal ....semua rezeki datangnya daripada Allah. Yakin dan pasti akan ketentuan Allah maka akan melimpah ruah lah rezeki yang akan anda terima. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.

Jika anda yang tidak pernah datang ke Pulau Pinang, sila berkumjung ke sini dan melanconglah ke sekitar bahagian Pulau. Anda akan dapat lihat perniagaan dari sekecil-kecilnya dijalankan oleh orang Cina. Saya ingin mengambil contoh buat panduan anda. Mereka berusaha dengan keras untuk memajukan perniagaan mereka dan kenapa kita tidak boleh.

Anda tidak perlu berasa malu dan terlampau bergantung harap bantuan atau subsidi, anda mampu mengubah nasib anda sendiri. Jangan pedulikan apa orang nak cakap, buat tak tahu jerk dengan kata-kata sinis mereka. Lihat orang-orang Cina ,,,, mereka tidak pernah pun ambil tahu hal kita...mereka fokus kepada perniagaan walaupun sekadar menjual " Hokkien Mee", mereka mampu berjaya dengan kereta roda tiga, anda boleh berkunjung ke Jalan Perak ( Perak Road cakap orang Penang). Mereka cukup maju dan berjaya kenapa anda tidak....

                      

Jika anda melaksanakan perniagaan dengan betul dan bijak anda mampu meraih pendapatan yang tinggi lebih dari mereka yang makan gaji.....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN SEGERA

Aug 24, 2014

Permohonanan Maaf

Salam sejahtera buat semua peminat blog pasar malam ini, terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada anda semua diatas kurang keperihatinan saya sejak 2 bulan yang lalu kerana kekangan masa.

Boleh dikatakan hampir 2 bulan saya tidak ke online untuk update terkini perkembangan perniagaan pasar malam bermula dari bulan Ramadan sehingga ke hari ini.....

Dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat anda semua dan masih belum terlambat dengan baki syawal yang tinggal sehari lagi.

Semoga anda semua sentiasa gembira diwaktu dan saat ini....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PANDUAN ANDA DISINI SEGERA

Jun 19, 2014

Ebook Pasar Malam Yang Original

Salam dan selamat sejahtera....baru sebentar tadi saya terjumpa sebuah lagi ebook berkaitan perniagaan pasar malam yang terdapat di online namun saya tidak pasti kebenaranya...

Adakah hasil karya saya diciplak atau tidak kerana setahu saya tidak ramai berminat menjual ebook perniagaan pasar malam yang ramai menganggap agak sukar kerana terpaksa menggunakan tenaga , berniaga dalam suasana yang panas dan hujan...

Saya sendiri agak terkejut kerana wujud pulak sebuah lagi ebook ini...apa pun saya tidak berminat untuk mengetahui produk tersebut secara mendalam kerana saya percaya dengan pengalaman yang lama dan sudah menjejak 16 tahun maka saya yakin dengan apa yang telah saya lalui...

Pengalaman ini mengajar saya menjadi lebih dewasa dan sebab itulah saya berani menerbitkan ebook The Silent Pasar Malam Billionaire demi mengajar kepada anda bagaimana untuk menjalankan perniagaan pasar malam ini dan saya sendiri memberikan preview untuk lebih keyakinan kepada anda...

Kepada pembeli ebook saya anda sebilang masa boleh menghubungi saya untuk pembelajaran dan keyakinan kepada diri anda sendiri....dan terpulanglah kepada diri anda untuk menilainya sendiri...


EBOOK PASAR MALAM YANG ORIGINAL DISINI....

May 20, 2014

Peniaga Pasar Malam Yang Bijak

Sebagai peniaga pasar malam seharusnya anda sentiasa mempunyai idea-idea yang baru dan terkini untuk memantapkan lagi perniagaan anda kerana di zaman yang serba canggih ini pembeli terlalu cerewet dan sentiasa mengambil berat soal harga, mutu makanan dan kualiti barangan anda.

Pembeli juga akan sentiasa juga memerhatikan diri peniaga sendiri dari segi pakaian serta persembahan yang menarik agar mata sedap memandang dan dari situlah datangnya selera untuk menjamah makanan kita. Janggut yang terlalu panjang tanpa diurus akan menyebabkan pembeli merasa loya untuk makan serta misai yang berserabut menjadikan keadaan bertambah buruk. Jadi tidak hairanlah jika anda gagal menjual barangan anda dengan banyak dan memberi pulangan yang memberangsangkan.

Dari satu sudut pula anda perlu bijak menjadikan ruangan lokasi anda nampak cantik serta menarik, sebagai contoh anda mempunyai ramai pekerja jadi untuk menjadi lebih menarik anda seharusnya menyediakan uniform buat mereka dan jika untuk lebih mengagumkan lagi sebaiknya sediakan topi dan apron yang sama warna . Maka saya teramat yakin yang anda bakal melihat perubahan yang ketara setelah lonjakan pendapatan yang anda perolehi setiap hari.

Jika anda menjual produk makanan seperti laksa, bihunsup atau char koew teow serta mempunyai meja makan yang banyak di bawah kanopi , anda seharusnya memikirkan bagaimana untuk menarik pembeli masuk ke bawah kanopi anda  bagi menjamu selera.... saya cadangkan anda simpan balang air anda dan sediakan minuman panas seperti teh, kopi , milo dan sebagainya kerana minuman ini sudah pastinya mendapat sambutan yang hangat. Kalau anda kurang yakin sila ubah sekarang...dan lihat perkembanganya...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAAR RAMADAANN ANDA DISINI 

May 16, 2014

Selamat Hari Guru ke 43/2014



Selamat menyambut hari Guru yang ke 43 tahun 2014 buat seluruh warga pendidik seluruh Malaysia dan khasnya buat isteri tercinta Cikgu Siti Aishah Bt Safee Muhammad dan seluruh warga pengajar SKTS Butterworth....

Terima Kasih Cikgu....

EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI BUAT ANDA BAGI MELEDAKAN PENDAPATAN YANG LUMAYAN DISINI

May 13, 2014

Ragam Peniaga Pasar Malam Terlewat Ke Pasar Malam

Seperti yang pernah saya ceritakan kepada anda dalam penulisan yang lalu, peniaga pasar malam mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang sukar difahami.

Ada peniaga yang secara sepenuh masa berniaga dan ada yang sekadar hanya membuat separuh masa  sahaja berniaga di pasar malam. Bagi peniaga sepenuh masa mereka datang mendatangkan masalah ketika ke lokasi pasar malam. Yang sering menjadi masalah adalah peniaga yang "Part Time" kerana mereka akan datang lewat disebabkan baru selesai tugas sebenar samada sebagai penjawat awam atau pekerja swasta.

Minggu lepas hampir berlaku kekecohan bilamana seorang peniaga yang datang lewat cuba menimbulkan provakasi kerana laluan ke tempat beliau dihadang oleh sebuah motosikal pelanggan yang sedang membeli barangan.

Apa yang diceritakan kepada saya adalah, peniaga tersebut hanya duduk diatas van dengan membunyikan hon sehingga menarik perhatian orang sekeliling tanpa mahu turun dari Van untuk menolak motosikal tersebut dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sedap didengar. Apa akan terjadi sekiranya  peniaga berdekatan juga mengikut emosi kerana bingitnya hon dari van tersebut, tetapi nasib baik mereka masih mampu mengawal emosi.

Sepatutnya dalam kesesakan pasar malam kita haruslah mempunyai sikap tolak ansur dan bertimbang-rasa, tidak perlulah melenting disebabkan perkara yang remeh temeh.....bersabar adalah separuh daripada iman...

EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMAS DISINI

EL NINO Bakal Melanda Asia Tenggara

Sejak 2 minggu yang lalu orang ramai mula berbicara tentang EL-NINO yang bakal melanda  Asia Tenggara dalam bulan Jun nanti. Berita-berita ini telah dimuatkan didada-dada akhbar hampir setiap hari.

Di kalangan orang ramai ada yang resah dan ada yang gembira. Apa yang di khabarkan apabila El Nino melanda  nanti ada negara yang akan mengalami hujan dan ribut manakala ada negara yang bakal mengalami kemarau yang panjang.

Malaysia termasuk didalam kumpulan negara yang bakal mengalami kemarau panjang dan dijangka boleh mencecah sehingga 6 bulan lamanya.

Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan perkara ini bakal berlaku pertengahan tahun ini. Fenomena tersebut pernah melanda negara ini 16 tahun lalu dengan suhu tertinggi mencecah 40.1 darjah celcius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Amaran ini perlu diambil tindakan segera oleh setiap kerajaan negeri di Malaysia untuk membuat persiapan dan sekiranya ia berlaku maka negeri-negeri sudah pun bersedia dan tidak menjadi kelam-kabut seperti kemarau 3 bulan yang lepas. Ubah sikap bila dah berlaku baru nak terngadah, eloklah membuat persiapan dari sekarang dikala hujan yang setiap hari melanda kini.

Bagi anda yang terfikir untuk memulakan perniagaan tak kira di pasar malam atau di mana sahaja maka bertindaklah dari sekarang kerana faktor El Nino adalah masa yang terbaik memulakan perniagaan anda. Jadilah orang yang bijak antara bijak.............................

EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN TERHANGAT DIPASARAN DISINI

May 8, 2014

Bazaar Ramadan Bandar Perda, Seberang Perai

Seperti tahun-tahun yang lalu , semua peniaga sentiasa menantikan khabar dari Masjid daerah Seberang Perai Tengah selaku penganjur Bazaar ramadan Perda yang telah diketahui umum merupakan sebuah bazaar ramadan yang mampu menjana pendapatan yang cukup hebat.

Namun pada tahun ini sedikit berita mengejutkan bilamana tapak yang disediakan hanya 100 tapak berbanding tahun tahun yang lalu sebanyak 180 ke 200 tapak. Ini disebabkan didalam kawasan masjid yang dijadikan tapak Bazaar Ramadan sedang dilakukan projek naik taraf bangunan masjid maka untuk mengelakan kesesakan maka penganjur terpaksa mengambil langkah bijak dengan mengurangkan tapak.

Walaupun borang yang diedarkan masih banyak namun pengundian pada 29 Mei 2014 ini jam 9 pagi bakal menentukan siapa yang bakal mendapat tapak atau tidak. langkah ini diambil bagi memastikan kepada mana-mana pemohon yang tidak mendapat tapak maka mereka masih lagi mampu mencari tapak berniaga di lokasi bazaar ramadan lain.


Sewa tapak juga dinaikan sebanyak RM550 bagi tapak berukuran 10' x 10' iaitu ukuran yang sama seperti tahun yang lalu cuma yang membezakanya adalah bayaran sewa kalau dahulu hanyalah RM365...termasuk bayaran untuk MPSP.

Tarikh akhir bagi menghantar borang permohonan adalah pada 15hb Mei 2014. Apa yang dimaklumkan oleh Pegawai Agama Masjid Perda adalah sistem yang diguna pakai untuk pengundian mengikut .... pertamanya adalah mesti Khariah Bandar Perda (Keutamaan), kedua adalah mereka yang telah lama berniaga kemudian baru dibuka kepada yang lain-lain....

Setiap pemohon hanya boleh memohon sebanyak 2 tapak sahaja, semasa menghantar borang diwajibkan berserta gambar ukuran passport dan salinan kad pengenalan pemohon.

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

May 1, 2014

Skim RM100 Juta Di Lancar Julai 2014

Skim Peniaga Pasar Malam (SPPM) dengan suntikan dana sebanyak RM100 Juta akan dilancarkan Julai ini dibawah kendalian Bank Simpanan Nasional (BSN).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata pada masa ini BSN sedang memperincikan syarat-syarat kemudahan pembiayaan itu yang di tawarkan dibawah pakej Islamik dan konvensional.

Pengumuman mengenai pewujudan SPPM diumumkan oleh Perdanan Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2014 bagi membantu peniaga pasar malam mendapat pembiayaan kewangan.

Pembiayaan ini di perlukan bagi membantu peniaga pasar malam menampung bebanan perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak dan bahan mentah. Skim pinjaman mudah itu menggunakan sepenuhnya modal dana dalaman BSN dana mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus dengan pinjaman antara RM5,000 hingga RM30,000.

Kadar faedah yang dikenakan adalah berbeza dan lebih rendah berbanding pembiayaan dibawah produk mikro kewangan lain ditawarkan bank berkenaan yang kadarnya pada 6.38 peratus.

Syarat yang di perlukan semasa mengemukan permohonan mestilah telah menjalankan perniagaan pasar malam selama 3 tahun dan keatas secara aktif dan sepenuh masa, selain itu pemohon perlulah mempunyai lesen perniagaan atas nama sendiri dan perniagaan mestilah 4 kali seminggu atau lebih dan mesti berdaftar dengan persatuan peniaga negeri.

Nota : Kalau sahabat kawasan Pulau Pinang yang belum berdaftar dengan Persatuan cepat daftar sekarang.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN DISINI SEGERA

Apr 30, 2014

Bahang Ramadan Kembali Lagi

April 2014 bakal meninggalkan kita hari ini dan esok akan bermula 1 mei 2014 yang membuatkan semua pekerja gembira menyambut hari buruh yang di sambut seluruh dunia dan cuti umum untuk Malaysia.



Begitulah juga bulan Mei ini merupakan bulan yang penting bagi peniaga-peniaga pasar malam dan mereka-mereka yang ingin menambah pendapatan pada bulan Ramadan nanti yang dijangka akan bermula 29 Jun nanti kalau tiada aral melintang menurut kalendar Islam.

Kini rata-rata peniaga mula mencari tapak-tapak yang bersesuaian untuk menempah bagi perniagaan Ramadan nanti, namun ramai dikalangan peniaga yang masih belum mahir dalam memilih lokasi atau tapak bazaar ramadan yang mampu memberi pulangan yang memberangsangkan.



Ramai di kalangan kita hanya mendengar khabar dari rakan-rakan yang mengatakan tapak dan lokasi itu ini adalah yang terbaik dan memberikan pulangan yang tinggi .....adakah anda betul-betul pasti dan yakin kata-kata mereka itu. Selagi anda sendiri belum masuk berniaga disitu maka anda sendiri pun belum pasti.

Sebelum anda betul-betul pasti dan yakin sila buat rujukan dengan yang benar-benar pakar akan hal mencari tapak dan lokasi yang amat sesuai dangan perniagaan anda. Ramai yang gagal atau kecundang pada hari ke 3 atau ke 4 setelah memulakan perniagaan di bazaar ramadan . Modal yang telah di keluarkan hilang begitu sahaja ...dan anda mulai kecewa dengan perkara tersebut. Perlukah ini berlaku pada diri anda...

Tidak rugi kalau anda mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan khidmat pakar atau mencari sebuah ebook panduan berkaitan bazaar ramadan yang harganya tidak sampai pun RM80 tetapi ilmu yang bakal anda perolehi amat menakjubkan dengan sebulan di bazaar ramadan anda mampu perolehi belasan malahan puluhan ribu ringgit.....

DAPATKAN PANDUAN EBOOK BAZAAR RAMADAN YANG TERHANGAT DI PASARAN OLEH PENIAGA YANG TELAH BERJAYA

Apr 10, 2014

Isu Gaji Pekerja Pasar Malam

Semalam semasa sedang membeli barang mentah untuk perniagaan saya, secara tidak sengaja saya mendengar 2 orang sahabat sedang berbicara tentang betapa susahnya nak mencari pekerja sekarang ini.

Seorang dari mereka menjual berger dan air balang manakala yang seorang lagi saya kurang pasti kerana kurang jelas pendengaran saya.

Sahabat yang menjual berger tersebut berkata , amat susah mendapat pekerja yang jujur dan rajin, maka sahabat beliau pun bertanya, " Berapa gaji yang hang bayar ", kata beliau " RM25".

Dalam hati saya tersenyum dan ketawa, kalaulah gaji di bayar sebanyak itu semua orang pun lari apatah lagi sekarang ini Kerajaan telah menetapkan gaji minimum kepada RM900. Mungkin mereka mempertikaikan yang kerja dengan mereka tidak perlu sebarang sijil. Untuk maklumat rata-rata sekarang ini untuk bekerja di Kilang pun tidak perlukan sijil yang penting syaratnya berumur 18 tahun keatas maka dapatlah gaji RM900.


Kalau anda kurang yakin dengan apa yang saya perkatakan , silalah dengan segala hormatnya datang ke Pulau Pinang yang merupaka sebuah Negeri Industri yang penuh dengan sektor perkilangan. Cuba anda jumlahkan RM25 dengan 30 hari berapa?? Pastinya baru RM750 kan. Jadi di bawah paras gaji minimum.

Mungkin peniaga tersebut masih berfikiran di takuk lama kerana pemerhatian saya umur beliau dalam sekitar 50an. Remaja sekarang lebih banyak maju ke hadapan dan kalau nak bekerja gaji sekurang-kurangnya RM40 sehari baru mereka berminat.

Ada kemungkinan juga mungkin keuntungan peniaga tersebut tidak banyak atau hanya mampu perolehi sekitar RM2000 sahaja sebulan bersih. Nak komen pun saya tidak gemar kerana takut mengguris perasaan mereka-mereka yang seangkatan.

Apa yang boleh saya perkatakan adalah ... kita perlu maju kehadapan dan tingkatkan perniagaan kita untuk mencapai taraf kehidupan yang lebih selesa dan membuka ruang dan peluang kepada anak bangsa bekerja dengan kita.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEKARANG

Apr 6, 2014

Hati Ayam di Goreng Sedap Hati Manusia Busuk Walaupun di basuh Cuka

Hampir 3 bulan juga di seluruh Seberang Perai dan Pulau Pinang tidak menerima hujan, namun disebabkan kebijaksanaan pentadbiran Kerajaan Negeri maka Pulau Pinang tidak mengenakan catuan air seperti di Selangor.
                                   
Namun begitu Kerajaan Negeri telah memberi amaran bahawa kadar penggunaan air oleh rakyat negeri Pulau Pinang telah mencapai kadar nasional dengan ertikata penggunaan air di negeri Pulau Pinang menggunakan air seolah-olah boleh digunakan untuk satu Malaysia.

Kebenaranya bila saya amati memang benar memandangkan di negeri Pulau Pinang yang serba maju dan moden kaedah penggunaan air bukan secara tradisional seperti negeri lain tetapi disini lebih maju ke hadapan seperti mesin membasuh kereta sekarang ini didirikan dikebanyakan kawasan dengan dikenakan caj RM4-RM6 mengikut jenis kenderaan anda.

Apa yang ingin saya perkatakan pada entry kali ini adalah sikap manusia yang sentiasa ada sifat irihati dan tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada dan malas mengusahakan sesuatu untuk menambah pendapatan namun sentiasa menyalahkan orang lain samada menyalahkan kerajaan atau majikan masing-masing.

Semasa musim panas terik 3 bulan yang lalu tidak pernah sekali pun saya terdengar perkataan " Cuaca panas ni berniaga mesti rancakan" daripada mereka-mereka yang mulut celupar. Tetapi bilamana cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat maka mulut begini mula berbunyi, " Cam na nak nega ni hujan lebat, tu nampak tak kat atas bumbung ", siap mereka tunjuk bumbung lagi.. adakala hati saya juga berdetik kenapa mereka berkata begitu dan apa niat mereka... ada juga yang berkata " Bulan ni teruk la kan, hujan lebat mesti rugi"...seolah-olah mereka pulak yang menetapkan untung rugi perniagaan saya..

Saya bukanya nak menyakiti hati sesiapa atau berniat sombong diri pada mereka-mereka yang bermulut celupar ini...sepatutnya mereka tengok cermin diri mereka sendiri, apakah pekerjaan mereka yang sampai berkata-kata begitu kepada peniaga macam kami....sedangkan kehidupan mereka lebih daif dari kami...mereka hanya mampu menggunakan kenderaan "second hand" dah tu jenama tahun 2000 jauh sekali mampu menggunakan kenderaan mewah....kerja mereka pun gaji sekitar RM2000 ke RM3000 dan sentiasa mengharapkan apa yang kerajaan sumbangkan...apatah lagi kalau hujung tahun...asyik cerita pasal BR1M siang dan malam...    

" MAAF BUKAN NIAT SAYA MENYINGGUNG SESIAPA, INI SEKADAR LUAHAN HATI SAYA"

Itulah apa yang saya katakan, mereka ini sebenarnya mempunyai hati yang tidak baik malah cemburu dengan apa yang kami peniaga pasar malam capai selama kami berniaga dan berusaha ...setiap malam kami akan tidur dirumah dalam pelukan isteri tercinta namun mereka-mereka ini terpaksa bekerja malam ...maka sedikit sebanyak irihati ujud dalam hati yang hitam... bila peniaga yang mampu menggunakan jenama "Alphard" maka tambah lagi la irihati mereka ini.....

BUKANNYA NIAT MEMBANGGAKAN DIRI OLEH PENIAGA PASAR MALAM, TAPI SEKADAR MEMBUKA MATA MEREKA-MEREKA YANG MEMPUNYAI HATI YANG HITAM......

Wahai bangsa ku berubahlah sikap , jangan sikap penjajahan masih bertahta di dalam hati dan sikap meminta-minta tetap berlubuk dari dahulu hinga sekarang, berusahalah agar kehidupan menjadi lebih maju dan bererti.....berniaga untuk menjadi 9/10 seperti yang di galakan dalam Islam...tidak kisah apa jenis perniagaan anda, kecil atau besar namun saya pasti pendapatan anda lebih banyak dari mereke-mereka yang sering mengata dan mengumpat anda..

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG TERKINI DI SINI, DAPATKAN SEGERA


Apr 2, 2014

Apabila Staf Bank Berlagak Seperti "BOS"

Suatu pendedahan yang cukup menarik di ruangan Rencana Utusan Malaysia mukasaurat 10 bertarikh 1 April 2014 (Selasa) oleh Zulkifli Jalil Pengarang Utusan Malaysia.

Pendedahan ini merupakan sesuatu yang amat baik buat pembaca dan kepada mereka-mereka yang pernah mengalaminya sendiri. Saya sendiri pernah terdengar kawan-kawan yang mengalami sendiri hal sedemikian. Samalah juga apabila peniaga pasar malam yang mengalami masalah kewangan untuk membuat sedikit pinjaman yang hanya sekitar RM2000 sahaja .

Saya petik sedikit penulisan yang didedahkan :

Salah satu punca gejala muflis sukar dibendung adalah kerana sikap staf-staf kerana bank di bahagian recovery termasukalah pegawainya yang berlagak seperti bos yang tiada "perikemanusiaan". Malah, mereka lupa perkara sama juga mungkin boleh terjadi kepada staf itu sendiri dan keluarga mereka.


Itu antara aduan yang banyak diterima oleh Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4P).

Jika anda mengalami sebarang masalah yang  anda boleh menghubungi 4PM di talian 019-2531000/019-3971000, 013-2182000 hotline: 1700 818 707 atau Web: http://www.ppppm.com.my/mainpage/,email info@ppppm.com.my

Anda boleh dapatkan nashkah akhbar tersebut untuk mengetahui lebih lanjut apa yang didedahkan.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM SEBAGAI PANDUAN ANDA DISINI SEGERA 

Mar 28, 2014

Al-Fatihah Dan Takziah Buat MH370

Salam dan saya ingin mengucapkan Takziah buat semua penumpang dan kru MH370 yang PM kita umumkan telah berakhir penerbangannya di Selatan Lautan Hindi tempohari.

Sebenarnya saya tidak ingin mengulas lanjut cerita MH370 ini atas dasar menghormati keluarga mereka yang terlibat namun jari jemari saya sekadar ingin menasihati kepada kawan-kawan blogger yang terlalu ingin sangat mengambil tahu dan terlampau ingin mendahului perkhabaran agar berhati-hati dalam soal sensitiviti kaum kerabat mereka yang terlibat.

Janganlah terlalu ghairah menulis apa sahaja yang didapati dari internet tanpa ada usul periksa terus sahaja menulis. Kalau orang cakap yang menulis itu otak tak betul pandai pulak marah..... namun dia sedap jer mengata orang itu dan ini.

Janganlah terlampau kebaratan kerana memang telah di ketahui negara barat ni apa sahaja mereka akan tulis kalau negara yang ditimpa sesuatu kesusahan itu dan sentiasa sahaja menyalahkan orang lain walaupun mereka sedar apa yang mereka tulis itu tidak benar sama sekali. Jadi kita sebagai warga Malaysia  yang hidup dalam aman dan damai jangan terpengaruh dengan media-media mereka yang sentiasa memandang negara Islam sebagai lemah. Kita patut berbangga dengan daya usaha kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh menangani perkara ini siang dan malam.

Saya amat berbangga dengan apa yang telah Kerajaan Malaysia tunjukan sentiasa peka kepada situasi dan sentiasa mengorak langkah kehadapan berusaha memberi yang terbaik kepada mereka.

Tahniah Kerajaan Malaysia.....

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Mar 20, 2014

Pembuli Pasar Malam

Sering kali kita mendengar istilah buli terdapat di mana-mana sahaja dan kebiasaanya berkaitan dengan sesuatu institusi atau jabatan.

Namun kini di Pasar Malam juga terdapat pembuli  yang secara senyap  menyebabkan peniaga seperti kami merasakan seperti di buli .

Sudah banyak kali saya dengar dari rakan-rakan berkaitan pelanggan yang terlalu banyak kerenah dan mempersoalkan pelbagai benda yang tidak masuk akal. Memang betul istilah ada mengatakan " Customer is always wright". namun isitilah sedemikian adakalanya tidak boleh di gunakan.

Pelanggan yang datang ke pasar malam mempunyai pelbagai latar belakang yang cukup berbeza termasuk juga sikap mereka yang adakalanya terlampau mengada-gada sehingga mempertikaikan pelbagai benda seperti  habuk, bekas simpanan makanan, perwatakan peniaga sehinggalah ke dalam kuali dan periuk peniaga.

Memang kita akui ada kes-kes yang melibatkan peniaga pasar malam  yang kemungkinan pembeli merasakan kurang selesa.

Tetapi trend sekarang mereka adalah sebutan " Kalau berlaku apa-apa, aku saman engkau", ayat yang kurang enak didengar. Sebagai peniaga pasar malam kami sebaik mungkin cuba menjaga kualiti makanan dan barang jualan kami agar terhindar dari gejala keracunanan makanan dan sebagainya.

Namun bila pelanggan yang sedikit keterlaluan dan mengada-ngada yang sentiasa hendak mencari kesalahan kami menyebabkan kami peniaga pasar malam berada dalam keadaan kurang selesa dan terasa seperti di buli secara diam.

Tidakkah pelanggan seperti ini terfikir yang mereka datang ke pasar malam di kawasan yang lapang dan tiada penghawa dingin yang di penuhi dengan kawasan terdedah dengan pelbagai habuk dan kami sudah berusaha menutup segala juadah kami.

Kalau mereka ini yang merasakan diri mereka terlalu hebat saya cadangkan sebaiknya mereka jangan datang ke pasar malam  dan sebaiknya eloklah mengunjungi hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang atau restoran mewah bagi menghindarkan perkara yang mereka tidak ingini .

Cawan yang " Crack" tanpa disengajakan pun mereka akan keluarkan perkataan "SAMAN".

Bukan niat untuk menyinggung perasaan sesiapa tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati kami peniaga pasar malam.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PERNIAGAAN PERTAMA ANDA DISINI

Mar 10, 2014

MAS - MH 370

SAMA - SAMA KITA DOAKAN AGAR ALLAH SELAMATKAN SELURUH PENUMPANG MH 370.

YA ALLAH YA TUHAN KU , KAMI SELURUH WARGA PASAR MALAM KHASNYA DAN SELURUH WARGA MALAYSIA BERDOA DENGAN SESUNGGUHNYA AGAR KAU SELAMATKAN SELURUH PENUMPANG MH 370.  AMIN AMIN YARABALLALAMIN...



                                                        PRAY FOR MH 370



          10013933_499037870206917_533636606_n


DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DISINI SEKARANG 

Feb 20, 2014

Bermasam Muka Sesama Peniaga Pasar Malam

Saya sungguh teruja dengan tajuk entry pada hari ini bila mana memang berlaku apa yang sering diperkatakan oleh setiap peniaga pasar malam. Masing-masing ada yang tak berpuas hati dengan sesetengah peniaga samada sakit hati atau pelbagai masalah yang timbul.

                               

Saya tidak berani mengatakan hal sebenarnya sebab siasatan dalaman saya masih belum menemui bukti kukuh apa sebab musabab yang mengakibatkan ada antara peniaga yang bermasam muka sesama sendiri.

Kalau nak diulaskan pasti banyak alasan yang logik dan tidak logik bakal dilontarkan oleh mereka mengikut pendapat masing-masing. Namun pemerhatian saya adalah sebab utama mungkin akibat terlalu kerap berjalan dan melepak disesetengah gerai di pasar malam. kekadang perkara yang remeh temeh pun boleh menjadi pergaduhan dan isu yang mengakibatkan berlakunya sifat tidak puas hati di antara satu sama lain.

Dari segi barang jualan yang sama juga tidak dapat dinafikan seperti menjual nasi lemak dan seorang lagi juga menjual nasi lemak....maka sudah pastinyalah masing-masing akan mengatakan barang jualanya lah yang terbaik. Sikap memburuk-burukkan peniaga lain juga berlaku di kalangan peniaga pasar malam. Mereka sebenarnya silap jika memburukkan sahabat yang lain kerana kawan yang mendengar akan memaklumkan kepada sahabat yang di kutuk tadi....maka akan berpotensi lah berlakunya pertengkaran , atau setidak-tidaknya akan bermasam muka.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DIFAHAMI DISINI

Feb 14, 2014

Baru Sebulan Setengah Tak Hujan Dah Kecoh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pada pengamatan saya masuk Januari 2014 hujan sudah agak kurang turun dan pada pertengahan Januari agak ketara dan sehingga sekarang hujan tidak turun dan bolehlah di kategorikan dalam keadaan kemarau atau sedikit kemarau....

Rata-rata orang berbicarakan soal musim kemarau dan panas disana-sini namun terfikir jugak saya kenapa semasa bulan Ogos 2013 sehingga Disember 2013 tiada yang mempertikaikan hujan turun setiap hari tanpa berhenti dan banjir dimerata tempat. Bila panas sedikit sahaja sudah mula bising dan dah mula nak catukan air.

Dan lagi satu perkara yang paling saya benci isu menghina di sana sini yang cukup berleluasa dan kekadang tu dah malas nak dengar kat TV dan pelbagai aduan di buat ...memang benarlah bagai di katakan...Malaysia ni banyak undang-undangnya namun penguatkuasaan ...entah ler....malas nak bicara...jom kita lena lagi bagus....

EBOOK PASAR MALAM ANDA , DAPATKAN SEGERA DISINI SEKARANG 

Feb 7, 2014

Susah Ker Berniaga di Pasar Malam

Dah agak lama bermain di minda saya untuk posting entry tajuk seperti di atas kerana sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya dan cuba selidik kehidupan peniaga pasar malam dari pelajar Universiti, pekerja swasta dan mereka yang telah bersara dari tentera.



Soalan yang kerap di timbulkan meliputi pelbagai perkara dan aspek yang orang tidak pernah terlibat dalam dunia perniagaan pasti bermain di minda mereka.

Soalan Lazim :

1.  Boleh ker dapat untung sampai RM3000 sebulan.

2.  Ada masa ker nak pergi kenduri kendara.

3.  Tak letih ker.

4.  Kalau hujan macam mana ?

5.  Kalau Rugi Macam Mana ?.

6.  Saya nak jual apa !.

7.  Modal banyak ker !.

8. Ada masa ker dengan keluarga !.

9.  Saya tak pandai berniaga .


Dan pelbagai lagi soalan dari mereka yang sentiasa ingin tahun tentang pasar malam namun tidak yakin melakukannya.

Jawapan daripada saya serta ulasan di bawah......namun saya kurang pasti samada mereka dapat menerimanya atau pun tidak .

Soal menjana keuntungan yang banyak sebenarnya bergantung kepada usaha anda sendiri samada untuk anda mencapai pendapatan bulanan dari RM1000 ke RM 10,000 atau lebih. Usaha yang berterusan akan menjadikan perniaagaan anda bertambah maju dan anda akan pasti menjana keuntungan melebihi dari apa yang anda  dapat sekarang.

Sebagai contoh untuk melayakkan anda mencapai pendapatan RM2,200 sebulan anda perlu memiliki segulung ijazah namun berniaga di pasar tanpa ijazah pun anda mampu meraih lebih dari itu malah pendapatan anda adakalanya melebihi orang yang mempunyai Phd atau gelaran Dr Falsafah, mungkin anda terfikir sejenak, apa kah benar kata-kata saya ini. Silakan anda "survey" sendiri peniaga pasar malam namun anda tidak perlu bertanya kepada mereka kerana mereka tidak akan menyatakan jumlah sebenarnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat disebalik tabir kehidupan mereka di luar pasar malam.

Sebagai contoh adalah kenderaan yang mereka miliki, rumah kediaman dan perbelanjaan harian mereka melebihi dari apa yang anda ada. Anda mungkin kalau keluar bersama famili bajet makan sekadar RM40 ke RM50 namun mereka mampu berbelanja sehingga RM200 dengan sekali keluar makan.

Mungkin dikalangan bukan peniaga pasar malam terfikir adakah golongan kami mempunyai masa untuk bermasyarakat seperti menghadiri kenduri kendara atau menziarahi mayat dan berkunjung ke rumah sahabat handai serta saudara mara.

Segalanya bergantung kepada diri individu itu sendiri, kalau yang makan gaji sekali pun jika ada sifat malas ianya tetap akan berlaku jadi perkara ini adalah isu sikap dan bukan hanya peniaga pasar malam sahaja. Dalam kelompok kami peniaga pasar malam jika mengadakan kenduri kahwin adalah cukup meriah kerana pengalaman saya , kawan-kawan peniaga yang hadir cukup ramai sehinggakan pernah suatu ketika nasi dan lauk pauk tidak cukup menampung disebabkan ada yang menjangkakan kami tidak akan hadir disebabkan kekangan masa .

Soal keletihan atau kepenatan berniaga sama jugalah dengan anda yang makan gaji samada yang menggunakan tenaga/tulang 4 kerat atau yang menggunakan otak. Sebagai contoh saya katakan isteri saya seorang guru yang bekerja menggunakan otak namun keletihan yang di pamerkan tidak banyak bezanya dengan orang yang menggunakan tenaga.

Anda sebenarnya harus bijak menangani perkara ini kerana tidak selamanya anda akan bekerja sendiri, bila mana anda telah mempunyai pekerja maka dengan sendirinya bebanan anda akan berkurangan dan anda mempunyai masa rehat yang lebih berbanding makan gaji.

Kelebihan dan kekurangan berniaga di pasar malam sama juga seperti anda yang bekerja makan gaji . Kami mungkin juga menghadapi masalah sekiranya hujan turun dengan lebat dan jika datangnya musim hujan atau banjir tetapi sebagai peniaga kami telah bersedia untuk menghadapi situasi ini dan kami telah mempunyai sedikit simpanan buat persediaan perbelanjaan. Namun perlu di tegaskan pendapatan sebelum musim hujan sudah mampu mengaut keuntungan 3 bulan jika dibandingkan dengan makan gaji.

Sering kali timbul persoalan nak berniaga apa? kenapa harus timbul perkara ini. Buka minda anda sedikit kerana di zaman serba canggih ini tidak susah untuk mendapatkan ilmu berkaitan pelbagai perniagaan samada online atau offline kerana banyak buku dan ebook dijual bagi mendapatkan pengetahuan perniagaan pasar malam....dan sebagai contoh seperti EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR.


Berbalik semula kita kembali kepada zaman kanak-kanak dahulu, kita dilahirkan tanpa mengetahui apa-apa pun tentang dunia kehidupan ini dari makan, minum dan sebagainya. Kemudian secara perlahan-lahan kita berlajar mengenali huruf A hingga Z ......alif hingga Yaa. Dari sekokah rendah ke sekolah menengah kemudian ke Universiti. Begitulah perumpamaanya, kalau tidak belajar mencari sedikit maklumat atau ilmu pasti kita tidak akan mengetahui apa-apa pun maka dengan itu apa sahaja bidang yang anda ceburi pasti tidak berjaya dan anda hanya akan berada di takuk lama semasa anda berusia 18 tahun hingga ke umur 60 tahun hanya dengan perbezaan kenaikan gaji tidak sampai pun RM1000.....adakah itu yang anda banggakan..

Fikir dan renung-renungkan......entry ini hanya sebagai motivasi kepada anda bukan untuk menjatuhkan sesiapa....salam sayang dari saya... AREE BIHUNSUP EX-SERVICE.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PANDUAN ANDA BERMULA SEKARANG




Feb 3, 2014

Peniaga Pasar Malam Yang Lupa Diri - Iktibar Buat Semua

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua.. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina ..... Gong Sze Fa Cai    2014.

Ramai yang pulang ke kampung halaman menziarahi sanak saudara dan kesempatan cuti ini diambil oleh semua kaum di Malaysia dan inilah sebuah masyarakat majmuk 1Malaysia.

Namun bagi kami peniaga pasar malam tetap meneruskan perniagaan macam biasa kerana berniaga sendiri perlu ada sedikit komitmen dan cuti hanya pada hari yang biasa bercuti . Tidak perlu mengikut cuti-cuti di kalendar.

Semalam semasa berniaga di Pasar Malam Taman Pauh, suasana sedikit lengang namun tidak kurang hebatnya walaupun ketiadaan penuntut Uitm dan Politeknik namun perniagaan masih rancak seperti biasa di sebabkan kunjungan orang ramai dari luar sempena cuti Tahun Baru Cina.

Dalam kami berehat maka ada seorang kawan bercerita tentang seorang peniaga pasar malam di kalangan kami yang mempunyai ramai pekerja dan menjalankan perniagaan di 3 ke 4 lokasi dalam sehari. Dan ramai menjangkakan perniagaan beliau cukup hebat dan menakjubkan serta pastinya memberi keuntungan yang cukup besar.

Walaupun semasa kami semua berada dalam keadaan perit ketika musim hujan sekitar Ogos hingga November 2013 namun beliau mengatakan perniagaannya kurang terjejas. Semasa borak-borak kosong seorang kawan berkata yang beliau mempunyai banyak hutang . Saya hanya mendengar dan tidak masuk campur kerana saya tidak mahu menokok tambah takut nanti dikatakan fitnah.

Saya tunggu sehingga esok pagi dan saya sendiri bertanya kepada tauke kedai barang yang dikatakan oleh sahabat saya ...  pertanyaan saya dijawab oleh tuan punya kedai " Ya Memang Benar, Si Polan masih berhuntang sebanyak ribuan ringgit ". Namun sekarang beliau tidak pernah berkunjung ke kedai tersebut lagi disebabkan tidak membayar hutang. Bila di talipon beliau akan mematikan talipon. Tuan punya kedai pernah menghantar orang untuk meminta hutang namun tidak berjaya. 

Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa disini tetapi sekadar ingin berkongsi dengan anda pengalaman yang boleh memberi sedikit manafaat serta keinsafan dalam diri kita . Iktibar yang amat besar dan kita perlu belajar dari kisah benar ini agar kita sendiri tidak tersasar dan menjadi sebagai pesalah yang sentiasa melarikan diri.

Fikir dan renung-renung kan, hari ini kita untung besar namun esok lusa belum tahu lagi jadi berniagalah dengan jujur dan ikhlas. Layan pelanggan dengan senyuman, hutang wajib dibayar tidak kira jumlah yang kecil atau besar, jangan ada niat berdengki sesama peniaga bila ada yang lebih maju dari kita.....dan jangan menghina sahabat yang tidak tidak sehaluan dengan kita kerana " KETAYAP DI ATAS KEPALA BUKAN MENCERMINKAN MUSLIM SEJATI"..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI TERKINI DISINI

Jan 21, 2014

Ali Baba - Baru atau Lama - Pasar Malam

Baru-baru ini didada akhbar heboh memperkatakan soal ALI BABA. Bagi mereka yang kurang memahami kerana terlepas keretapi adalah : bermaksud Mengaut Untung Atas Angin.  Atau mungkin yang masih tak faham adalah seseorang yang mempunyai sesuatu gerai, kedai atau kemudahan yang di berikan telah menyewakan kepada orang lain selama sebulan atau kurang atau lebih tanpa perlu mengusahakan dengan tangannya sendiri.

Saya tidak pasti sama ada perkara ini orang tak nampak atau buat-buat tak nampak kerana ianya sudah lama berlaku apatah sekarang ini ramai rakyat Malaysia lebih gemar menyewakan kepada Warga asing. Kalau anda berkunjung ke " food court" anda boleh dapati ramai warga asing berniaga, tauke yang ampunya kedai tersebut tidur di rumah, cukup bulan semak akaun bank sahaja.

Mereka tidak mahu bersusah payah mengusahakan sendiri dan mereka gemar menyewakan sahaja kerana banyak permintaan dari warga asing ditambah pula dengan penguatkuasaan yang cukup lemah oleh Kerajaan . Di Pulau Pinang sahaja anda sendiri boleh saksikan gerai-gerai yang di kendalikan oleh warga asing bercambah macam cendawan seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil.

Bagi orang awam yang tidak berniaga mungkin mereka kurang menyedari dan sekadar melihat serta terus sahaja berlalu. Namun bagi kami peniaga pasar malam kami melihat perkara ini sebagai satu ancaman yang bakal kami atasi kerana mereka juga telah mulai berniaga di pasar malam serta Bazaar Ramadan.

Tidak pastilah sejauh mana kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tindakan susulan oleh kerajaan, sama-sama kita nantikan.

Di bawah adalah laporan Utusan Malaysia - Isnin 20/1/2014

60% premis disewa warga asing. Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan mendakwa
60 peratus peniaga di Lembah Klang bertindak menyewakan premis perniagaan mereka kepada orang lain terutama warga asing.

Yang Dipertuanya, Datuk Bahrin A. razak memberitahu majoriti kegiatan ' mengalibabakan' lesen dan lot perniagaan itu dikesan melibatkan peniaga Malayu.

Menurutnya kebanyakan kawasan perniagaan yang disewakan kepada warga asing ialah pasar basah, pasar malam dan medan selera yang menjadi tumpuan ramai.

Di bawah ini adalah kenyataan PM kepada Utusan bertarikh 19/01/2014 - Ahad

JANGAN BERI WARGA ASING - PM ingatkan peniaga tidak sewakan premis mereka.\

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada semua penjaja dan peniaga kecil supaya tidak menyewakan premis perniagaan mereka kepada orang lain terutama warga asing.

Beliau mengingatkan peniaga supaya tidak mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan dengan berbuat demikian.

Tegas beliau, mereka mesti bertanggungjawab dengan menjalankan sendiri perniagaan terutamanya yang mendapat bantuan daripada kerajaan.

Saya pantang sekali, kalau saya dengar, kalau ada kawasan premis perniagaan yang sangat baik tapi bila kita pergi sana, kita dengar bahasa ( yang digunakan oleh peniaga di situ ) lain ..tegas beliau.

NAJIB TUN RAZAK.
Perdana Menteri


DAPATKAN EBOOK PANDUAN ANDA BERNIAGA DI PASAR MALAM / UPTOWN 

Jan 17, 2014

Sekalung Tahniah Buat Sekolah Kebangsaan Taman Senangan , Butterworth - Pasar Malam


Baru-baru ini sekolah tempat isteri saya mengajar telah melakarkan satu sejarah bertaraf dunia yang pastinya membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah di laporkan oleh Harian Metro bertarikh 16 Jan 2014.


                PESERTA dari SKTS menunjukkan coklat herba yang meraih pingat perak.
Butterworth: Idea menghasilkan coklat ‘sihat’ untuk kanak-kanak membolehkan pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Senangan (SKTS), Teluk Air Tawar, di sini meraih pingat perak keseluruhan menewaskan enam sekolah menengah lain dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi 2013 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, baru-baru ini.
Pasukan sekolah itu dibarisi lima murid iaitu, Nur Liyana Sabrina Mazlan, Nurul Ain Nabila Azman, Nurul Afiqah Jazman Shahar, Muhammad Hareez Fitri Annuar dan Muhammad Farhan Roslee dibantu ketua penyelidik Dr Azman Seeni Mohamed, pensyarah kanan dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM).


Idea murid berkenaan yang ketika itu berada di tahun enam boleh dianggap bertaraf dunia kerana belum ada coklat seumpamanya dihasilkan dan mampu mengurangkan kolesterol dalam badan sekali gus mencegah penyakit berbahaya dalam kalangan kanak-kanak.

Azman berkata, projek menghasilkan coklat herba bermula awal tahun lalu hasil idea murid SKTS, manakala USM dan UiTM menyediakan formula dengan kos permulaan RM3,000.


“Idea menghasilkan coklat herba dinamakan 4KF kerana menggunakan empat bahan asas utama iaitu madu, minyak zaitun, habbatus sauda dan gam Arab.

“Berdasarkan penyelidikan, semua bahan digunakan mampu merencatkan kolesterol dalam badan, sekali gus mencegah penyakit ‘tiga serangkai’ iaitu jantung, darah tinggi dan kencing manis selain mencegah penyakit buah pinggang,” katanya.

Semalam, Azman dan lima murid SKTS menerima sijil penghargaan disampaikan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Prai Utara Supian Paimin.
Dan tahniah juga Buat Cikgu Siti Aishah Bt Safee Muhammad yang telah mengacarakan majlis tersebut dengan cukup hebat....


Jan 15, 2014

Bagaimana Memulakan Perniagaan Cara Rasulullah

Sempena sambutan Maulidur Rasul ingin saya mengajak anda semua menghayati bagaimana cara Rasulullah memulakan perniagaan. Posting ini saya petik dari beberapa blog yang amat saya sanjungi cara mereka mempersembahkan teknik dan gaya yang cukup hebat.

Bagaimana memulakan perniagaan? Kini saya dapati ramai orang dah mula berniaga, sama ada secara part time atau full time. Dan memecahkan dominasi yang telah dibuat oleh penjajah satu ketika dulu (long way to go).
Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kit nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya:
“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”
“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”
“Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”
“Cukuplah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul2 lagi, bukan boleh bawa mati…”
“Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu”
Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.
Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi)
Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu).
Allah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29)
Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Kepada siapa mesej ini diberikan? Adakah kepada Ah Chong? Tentu tidak sebab ia adalah ayat al-Quran yakni panduan kepada orang Islam. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.
Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak  pula dengan jual beli dari mengingati Allah, dan dari menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang bila hati dan penglihatan digoncangkan.(24:37)
Malah Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemuliaan seorang peniaga, Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, para Syuhada’ dan Siddiqin (HR Tirmizi).
Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa pada Allah, dan tidak membayar zakat. Bermakna berniaga adalah satu perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang jadi masalah kalau dah mula berniaga, dah untung mula rasa diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas:
Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka denganyang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)
Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.
Jelas kan rezeki Allah itu dari secupak boleh jadi bercupak-cupak?
Berbalik kepada komen-komen ‘bernas’ dari mereka-mereka yang tidak menyokong perniagaan di atas… Mencari dan memiliki harta itu adalah dituntut dalam Islam. Buktinya banyak surah yang menyebut tentang jihad dengan HARTA DAN JIWA. Jiwa memang kita sedia miliki selagi kita belum mati. Harta?
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar imannya (49:25)
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk & tidak turut berperang dari kalangan orang-orang yang beriman (selain daripada orang-orang yang ada keuzuran) dengan orang-orang yang berjihad  pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satunya Allah menjanjikan dengan balasan yang baik, dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (sebab uzur) dengan pahala yang amat besar (4:95)
Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihad berperang semata-mata, malah mencakupi setiap sudut kehidupan (rujuk Tafsir Ibnu Kathir).
Kenapa kita perlu memiliki harta?
  1. Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam. Contoh mudah, kenapa dakwah agama lain (contohnya Kristian) lebih berkesan dari dakwah Islam? Kenapa orang Islam yang murtad dengan gembiranya mengumumkan keluarnya mereka dari Islam sedangkan orang agama lain yang masuk Islam takut-takut? Salah satunya kerana dana dan support mereka begitu besar dan banyak diuruskan badan2 NGO sedangkan dana umat Islam biasanya diurusakan oleh badan2 kerajaan sahaja.
  2. Harta boleh digunakan untuk membangun agama. Nak buat sekolah agama kita terpaksa ke sana sini, kerah anak murid untuk minta derma (walaupun dalam bentuk jual kalendar dan kismis). Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke skolah agama tidak semua mampu untuk memberi sponsor membangunkan sekolah. Berbeza dengan sekolah Cina contohnya (bukan bermaksud nak membezakan kaum, sekadar contoh dan perbandingan), dana yang dikutip dari ibu bapa pun dah cukup nak buat bangunan sekolah.
  3. Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran (sabda Rasulullah). Ia memang benar-benar terjadi. Bila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.
  4. Harta untuk penyebaran dakwah Islam. Sekarang ni zaman semuanya kena dibeli. Kalau tak ada duit, bagaimana kita nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk sebarkan dakwah? Kalau duit sekadar cukup untuk kita makan anak beranak, bagaimana nak bantu jiran sebelah?
  5. Pemilikan harta supaya kita boleh beribadah dengan tenang. Bayangkan kalau kita tak ada rumah, tinggal dalam kotak, anak menangis tak ada susu (ni kes maknya tak ada ilmu breastfeed & tak ada duit nak beli buku atau pergi kursus), lepas tu kita pula lapar tiada makanan. Macamana kita nak beribadah dengan tenang? Nak solat pun mungkin terganggu dengan kelaparan dan tangisan anak. Apa lagi nak bersedekah, nak berbaik2 dengan jiran dan sebagainya.
  6. Suara kita tidak didengar bila kita miskin. Bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tapi kita tak ada duit langsung. Pergi ke rumah orang disangka nak mintak derma. Bila ada kes kecurian ke orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila kita nak beri pendapat dalam meeting RA orang taknak dengar sebab kita tak ada pengaruh. Bukankah itu sesuatu yang sukar?
Rasulullah miskin? Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tak ada rumah banglo, tak ada home theatre, tak ada karpet tenggelam kaki, tak ada baju branded… tapi cuba lihat bila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda2 perang dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan ISlam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu2 ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah”
Jadi nyatalah amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. Harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.
Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah dan ayat-ayat cinta dari Al-Quran, harta dan hasil perniagaan adalah alat-alat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh jadi pintu ke neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.
Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ni lebih teruk lagi keadaannya dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliyah sekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari ‘Tuhan’ mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ni ramai orang dah tak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana rules dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh saja anak apa-apa pun sebab hasil zina. Eh, bukan hasil zina pun kena bunuh juga (kes dera). Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah2 tertentu. Orang sekarang, dengan mak bapak pun buat musuh.
Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat tu datang esok ke. Kita kena buat sesuatu…. Sebelum semua benda yang kita makan/pakai/guna adalah ‘agenda Yahudi’.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam dan selamatt sejahtera, mungkin agak sedikit terlewat saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat anda semua.

Kekangan masa dan aktiviti yang agak padat diawal 2014 ini menyebabkan saya begitu terbatas untuk update terkini bagi blog pasar malam ini. Almaklum saja sekolah baru sahaja dibuka maka dengan itu terpaksa menyelesaikan sedikit urusan persekolahan anak-anak buat seketika sehinggakan statrus Gliterati di Nuffnang saya pun ditarik balik akibat kecuaian saya sendiri.

Namun saya berharap agar bulan Febuari nanti segala kesibukan akan berkurangan dan saya akan kembali membuat posting seperti sedia kala.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM BUAT ANDA MENAMBAH PENDAPATAN DISINI

Jan 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 buat peminat blog ini dan rakan-rakan seperjuangan dalam arena perniagaan pasar malam.

Ramai diantara kita yang mula menanam azam baru ditahun 2014 ini dengan meletakkan KPI terhadap perniagaan masing-masing untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan cuba meraih keuntungan sebanyak mungkin. Namun perlu kita ingatkan adakah azam di tahun 2013 sudah tercapai dan melepasi KPI yang telah ditetapkan.

Adakah tercapai hanya 50% yang telah kita sasarkan atau langsung tidak nampak sebarang pencapaian. Kerana ini amat penting untuk kita nilaikan . Kenapa kita gagal dan dibahagian mana yang kita gagal. Perubahan yang mana satu perlu kita lakukan. Kemungkinan besar kita alpa tentang sesuatu perkara menyebabkan kita gagal kerana kurang memberi perhatian kepada sesuatu isu.

Sebagai contoh anda memulai perniagaan pasar malam sudah mencecah 5 tahun namun anda masih tetap begitu, pagi hari mencari barang dan memprosesnya. Petang pula terus hidupkan van kemudian bergerak ke lokasi pasar malam. Malam hari selepas jam 10 anda terus mengemas barang dan balik ke rumah. Sesudah sampai dirumah anda terpaksa turunkan barang . Selesai kerja hampir jam 12 malam. Begitulah rutin hidup anda setiap hari. Jika anda berniaga 31 hari sebulan pastinya kehidupan anda menjadi lesu serta tidak bermaya. Anda merupakan seorang yang tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekitar anda kerana anda tidak punya masa untuk bersosial.

Sepatutnya anda sudah mampu menggajikan seorang pekerja untuk membawa van anda ke pasar malam dan sekurang-kurangnya anda boleh " Makan Kenduri " sewaktu musim cuti sekolah.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA