nuffnang1

.:)

Mar 20, 2014

Pembuli Pasar Malam

Sering kali kita mendengar istilah buli terdapat di mana-mana sahaja dan kebiasaanya berkaitan dengan sesuatu institusi atau jabatan.

Namun kini di Pasar Malam juga terdapat pembuli  yang secara senyap  menyebabkan peniaga seperti kami merasakan seperti di buli .

Sudah banyak kali saya dengar dari rakan-rakan berkaitan pelanggan yang terlalu banyak kerenah dan mempersoalkan pelbagai benda yang tidak masuk akal. Memang betul istilah ada mengatakan " Customer is always wright". namun isitilah sedemikian adakalanya tidak boleh di gunakan.

Pelanggan yang datang ke pasar malam mempunyai pelbagai latar belakang yang cukup berbeza termasuk juga sikap mereka yang adakalanya terlampau mengada-gada sehingga mempertikaikan pelbagai benda seperti  habuk, bekas simpanan makanan, perwatakan peniaga sehinggalah ke dalam kuali dan periuk peniaga.

Memang kita akui ada kes-kes yang melibatkan peniaga pasar malam  yang kemungkinan pembeli merasakan kurang selesa.

Tetapi trend sekarang mereka adalah sebutan " Kalau berlaku apa-apa, aku saman engkau", ayat yang kurang enak didengar. Sebagai peniaga pasar malam kami sebaik mungkin cuba menjaga kualiti makanan dan barang jualan kami agar terhindar dari gejala keracunanan makanan dan sebagainya.

Namun bila pelanggan yang sedikit keterlaluan dan mengada-ngada yang sentiasa hendak mencari kesalahan kami menyebabkan kami peniaga pasar malam berada dalam keadaan kurang selesa dan terasa seperti di buli secara diam.

Tidakkah pelanggan seperti ini terfikir yang mereka datang ke pasar malam di kawasan yang lapang dan tiada penghawa dingin yang di penuhi dengan kawasan terdedah dengan pelbagai habuk dan kami sudah berusaha menutup segala juadah kami.

Kalau mereka ini yang merasakan diri mereka terlalu hebat saya cadangkan sebaiknya mereka jangan datang ke pasar malam  dan sebaiknya eloklah mengunjungi hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang atau restoran mewah bagi menghindarkan perkara yang mereka tidak ingini .

Cawan yang " Crack" tanpa disengajakan pun mereka akan keluarkan perkataan "SAMAN".

Bukan niat untuk menyinggung perasaan sesiapa tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati kami peniaga pasar malam.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PERNIAGAAN PERTAMA ANDA DISINI

No comments :