nuffnang1

.:)

Oct 22, 2009

Merosot Selepas Hari Raya

Salam buat anda semua, saya pasti ramai di kalangan kita menghadapi situasi yang sama iaitu perniagaan merosot dan terjejas selepas hari raya...tapi kali ini agak sedikit kelainan kerana perniagaan saya terus terusan merudum.

Dan mungkin juga disebabkan faktor ekonomi yang teruk serta gaji dah di bayar awal di tambah plak raya Deepavali dan dapat gaji awal jugak, maka mungkin ramai orang mengumpul wang untuk persiapan bulan depan memandangkan gaji di jangka dibayar lewat hujung bulan.

Saya juga semakin di timpa masalah apabila 2 pekerja saya berhenti kerja atas sebab mendapat kerja dengan Kerajaan ...mereka di terima masuk dalam Perkhidmatan ATM. Saya relakan mereka pergi sebab perkerjaan baru mereka lebih menjamin masa depan dan berpencen.

Saya kini sedang mencari pekerja baru dan buat masa sekarang saya terpaksa turun sendiri membantu pekerja lain bagi meringankan bebanan mereka, saya tak kisah sebab saya biasa membuat kerja ini sendiri sebelum membangun naik macam sekarang ni..

Harapan saya jika anda juga mengalami masalah sebegini, banyak bersabar dan tawakal serta berusahalah agar perniagaan anda maju semula. Jangan mudah putus asa dan banyak berdoa pada Allah, insyallah akan datang keberkatan serta jalan kejayaan...

Jumpa lagi nanti , salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SEGERA DISINI SEMENTARA MASIH ADA STOK