nuffnang1

.:)

Oct 31, 2012

Rezeki - Hujan - Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat dan di rahmati Allah selalu. Hari ini Rabu dan saya berniaga di pasar malam Stream Garden, Alma...masih di lagi di lokasi yang hampir sama dengan Pasar Malam Selasa, cuma bezanya penempatan yang berlainan dan jarak lebih kurang 2 Kilometer sahaja .

Perniagaan hari ini masih lagi mengikut rentak yang sama seperti semalam, bila mana hujan yang turun dari jam 3.30 petang berterusan sehingga ke malam hari dan semasa saya sedang menulis kisah ini pun hujan masih lagi berlarutan dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang ianya akan berhenti.

Peniaga yang hadir hari ini boleh di bilang dengan jari kerana hujan turun dengan agak lebat sebelah petang dan ada yang datang namun tidak membuka gerai mereka. Dan yang tinggal kebanyakkanya hanyalah peniaga berunsurkan makanan yang mahu atau tidak terpaksa juga membuka perniagaan memandangkan barangan telah pun dimasak atau telah di sediakan sejak awal pagi lagi.

Berikutan hujan masih berterusan sudah pastilah ramai di kalangan peniaga pasar malam akan mengalami sedikit kejatuhan dari segi keuntungan atau pun mencatatkan kerugian yang ketara bagi yang mengeluarkan modal yang tinggi. Apa yang mampu saya dan rakan-rakan seperjuangan lakukan , berdoa dan terus berdoa agar hujan tidak turun pada malam hati untuk kami meneruskan perniagaan ini .

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN ILMU DAN PANDUAN YANG BERGUNA

Oct 30, 2012

Ujan Oh Ujan Kenapa Engkau Turun .. Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera, HUJAN OH UJAN KENAPA ENGKAU TURUN....BAGAIMANA AKU TAK TURUN, KATAK PANGGIL AKU. KATAK PANGGIL AKU...( NYANYIKAN MENGIKUT TEMPO)...

Begitulah apa yang berlaku kepada kami 3 minggu ini Peniaga Pasar Malam yang berniaga di Taman Janggus, Alma. Boleh di katakan setiap kali hari Selasa petang hujan akan turun dengan lebatnya, mencurah-curah ke bumi dan ke tapak Pasar Malam Taman Janggus yang menyaksikan hampir setiap minggu kami kecundang di Pasar Malam Taman Janggus untuk Bulan Oktober ini....seolah-olah memori 2011 kembali....dan nostalgia Oktober 2011 menampakkan " Return"...



Apa yang di perhatikan Pasar Malam Taman Janggus ini menjadi sesuatu yang di luar dugaan kerana ramai pembeli di kalangan orang Melayu tidak keluar sekiranya hujan turun dengan lebatnya sekitar 4 petang ke 5.30 petang, walaupun selepas jam 6 petang hujan reda sama sekali sedangkan di kawasan Taman janggus ini di penuhi dengan rumah kediaman di miliki orang melayu.

Mungkin ramai orang akan berkata , sekarang ni Raya Haji baru je lepas dalam 4 hari , tetapi pengamatan saya tidak begitu kerana majoriti peniaga 3 minggu lepas agak mengalami kerugian dan malam ini pula pun perkara yang sama juga berlaku termasuk jiran saya yang menjual Laksa, Keropok Lekor dan Nasi Kerabu. Sekiranya bihunsup sahaja yang kecundang mungkin masuk akal sebab baru lepas raya Korban. So ertinya memang tidak ada ramai pengunjung ke Pasar malam Taman Janggus malam ini dan minggu-minggu yang lepas andainya hujan turun dengan lebat sebelah petangnya.

Namun apa yang berlaku sebagai seorang yang mempercayai Qada dan Qadaq Allah , kita haruslah yakin semuanya ketentuan Allah yang maha esa dan hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Apa yang berlaku tidak akan mematahkan semangat ataupun melunturkan perjuangan kami meneruskan perniagaan yang amat menguntungkan ini, mungkin hari ini tidak ada rezeki, kami akan terus mencuba esok, lusa dan seterusnya dengan perjuangan yang lebih kental dan berjuang sehingga mendatangkan pulangan yang lumayan dari hasil titik peluh kami sendiri, Insyallah..Moga Allah merahmati perjuangan kami Peniaga Pasar Malam Tegar yang tidak mengenal erti kepayahan, kesusahan dan perit jerih....Doakan kemenangan kami Peniaga Pasar Malam....Aminnnn

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG BANYAK PANDUAN TERKINI DAN ILMU YANG MANTAP

Oct 29, 2012

Pasar Malam > Budi Bahasa > Tatasusila > Korban

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat yang sering mengikuti perkembangan terkini Pasar Malam. Buat masa ini saya masih lagi bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Saya akan mula berniaga esok hari .

Saya amat jarang bercuti sebenarnya, namun bila tibanya sahaja sambutan Hari Raya Aidil Adha percutian saya akan memakan masa yang agak lama sedikit , kenapa???? hehehhe, pasti anda akan tertanya-tanya. Ini juga akan menjadi penduan buat anda sebagai peniaga pasar malam yang mengusahakan perniagaan berorientasikan daging yakni bihunsup.

Kebiasaanya bila sambutan hari raya Korban berlansung maka banyak lah daging yang di agihkan kepada golongan yang layak menerimanya namun penerima tidak semestinya dari golongan fakir miskin sahaja, ramai penerima sekarang yang terdiri dari golongan berkemampuan namun mengikut syarak anak yatim dan ibu tunggal juga layak menerima daging korban tersebut, jadi tidak perlulah di pertikaikan.



Berkaitan dengan budi bahasa dan tatasusila pada entry kita kali ini ada kena mengena pada diri saya. Sebentar tadi saya mengambil kupon yang di berikan kepada anak buah saya iaitu anak abang saya dan saya mewakili beliau untuk mengambil daging korban di Politeknik Seberang Perai. Apa yang ingin saya sampaikan adalah tentang sikap dan tingkah laku pengawal yang menjaga Balai Pengawal Politeknik tersebut yang cukup bersopan dan mempunyai sifat yang amat terpuji sekali. Pengawal tersebut cukup berbudi bahasa dalam melayan kunjungan orang-ramai yang datang mengambil daging korban tersebut, saya pasti akan menghantar ke ruangan forum Utusan Malaysia memuji tangkah laku pengawal tersebut yang cukup berbudi pekerti yang amat tinggi.

Panduan ini dan tingkah laku seperti pengawal tersebut sebenarnya kita sebagai peniaga pasar malam seharusnya mencontohi pekerti mulia tersebut. Sebagai peniaga kita benyak berurusan dengan pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai bangsa serta latar belakang ekonomi masing-masing. Lantaran itu sikap dan budi pekerti tinggi haruslah kita tunjukkan bagi menggambarkan seorang peniaga pasar malam yang berhemah dan mempunyai nilai budi bahasa dan pekerti yang tinggi selaras dengan ajaran agama Islam yang mulia .

Mungkin kita pernah dengar ada segelintir peniaga pasar malam yang terlalu susah melontarkan senyuman kepada pelanggan dan mereka juga sentiasa bermuka masam semasam cuka bak kata pepatah. Kenapa harus berlaku perkara ini, pernahkah kita selidik akan hal begini. Susah untuk kita kenal pasti punca dan sebab musababnya namun kita tidak mampu menegur orang sebegini kerana tidak semua orang dapat menerima teguran dari orang lain tentang sikap mereka. Apa yang mampu kita lakukan adalah mengubah diri kita sendiri menjadi lebih baik dan jika kita jarang senyum, maka senyumlah mulai hari ini dan jika kita rasakan kita jarang beramah mesra dengan pelanggan maka ubahlah sikap kita mulai hari ini... mungkin pelanggan agak merasa sedikit kelainan namun mereka akan tersenyum di atas perubahan diri kita, begitulah yang di anjurkan dalam Islam semperna Aidil Adha ini..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM UNTUK TINGKATKAN EKONOMI ANDA

Oct 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang sedang berehat dan sedang membuat persiapan untuk menyambut Aidil Adha pada pagi hari nanti.



Saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua peminat Blog pasar Malam dan semua pembeli ebook  pasar malam yang beragama Islam. Semoga sambutan Aidil Adha pada tahun ini akan lebih memberi pengertian kepada diri kita sendiri. Betapa besarnya hikmah dengan pengorbanan yang di lakukan pada Aidil Adha.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DENGAN SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA 

Oct 24, 2012

Pewaris Pasar Malam - WARIS

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, moga sihat walafiat hendaknya. Malam ini ada sesuatu yang agak menarik untuk kita bicarakan sebagai panduan bagi yang mempunyai anak. Tajuk entry amat menarik bila di terjemahkan dan mempunyai pelbagai pengertian dan maksud yang tersendiri . Ramai peniaga pasar malam mempunyai anak yang bakal mewarisi perniagaan setelah pengasasnya tidak lagi mampu meneruskan akibat faktor usia yang sudah lanjut atau sebagainya. Sekiranya anda mempunyai anak dan anak anda mungkin juga berminat dalam perniagaan pasar malam atau pun lain-lain perniagaan maka teruskan hasrat tersebut. Namun begitu pelajaran dan akademik perlu di beri perhatian yang lebih serius kepada anak-anak agar mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mampu mengubah nasib diri sendiri. Ramai orang berkata, kalau bapa berniaga di pasar malam tak kan anak pun nak ikut berniaga di pasar malam. Dalam kontek ini , ada pro dan kontra dan masing-masing mempunyai pendapat dan hujah masing-masing. Penulisan ini adalah dari kotak pemikiran saya sendiri dan melalui pengalaman yang saya lalui dalam menempuh ranjau dan duri kehidupan sebagai peniaga pasar malam. Anak-anak merupakan satu aset yang sangat berharga bagi ibubapa yang prihatin dan ambil peduli kerana ramai juga di kalangan ibubapa tidak menitik beratkan pelajaran anak-anak. Bagi saya terdapat 2 ciri yang ada dalam diri anak-anak, iaitu yang berminat belajar dan yang tidak berminat belajar. Bagi anak-anak yang berminat belajar eloklah di beri dorongan agar mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi dan sejauh yang mereka inginkan, bagi anak yang berminat meneruskan pelajaran rasanya tidak mempunyai masalah untuk kita menguruskan mereka. Yang cukup bermasalah adalah anak yang tidak minat belajar dan tambah masalah lagi, dah la malas belajar dan malas bekerja, ini yang amat susah sekali. Anda pasti mengenali anak anda sendiri. Anak-anak begini sebaiknya di bawa bersama ke pasar malam membantu ibubapa berniaga agar mereka di dedahkan dengan perniagaan ini untuk mereka mengenali dengan lebih rapat lagi dan sebaiknya dari seusia muda lagi dan berikan sedikit ganjaran umpama gaji kepada mereka agar mereka lebih berminat membantu kita kerana ramai di kalangan ibubapa tidak membayar langsung keringat anak dengan alasan hanya membantu, perkara sebegini sebenarnya tidak wajar berlaku. BERSAMBUNG PADA SIRI AKAN DATANG....DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DENGAN KADAR SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA DI SINI.

Oct 21, 2012

ATM tewas dengan penuh Bermaruah ( Piala Malaysia 2012 )

Salam dan selamat sejahtera . Walaupun prediction saya meleset semalam namun kekalahan ATM di lihat penuh bermaruah disebabkan mampu memberi saingan sengit kepada Red Warrior yang rata-rata di barisi pemain muda yang punyai banyak kelebihan dari segi stamina.
Selama 120 minit perlawanan berlangsung dari segi pengamatan saya, ATM amat kental dan bermain dengan penuh konsisten berbanding dengan Kelantan yang jarang melakukan serangan, namun mereka berjaya menghasilkan gol pada masa tambahan 15 minit pertama.
Dari segi pemain tidak nampak cacat celanya , apa yang saya nampak hanya penjaga gawang gol ATM sedikit alpha dan cemas . Jaringan Kelantan gagal di selamatkan walaupun tendangan yang di lakukan agak lemah. Inilah yang di katakan bola sepak, siapa sahaja boleh menang dan tahniah saya ucapkan kepada The Red Warrior. Namun terlebih tahniah lagi kepada ATM yang bermain lebih hebat cuma tuah tidak menyebelahi mereka. Jangan berputus asa dan cuba lagi tahun depan. Kepada pengurusan ATM saya menyarankan agar di kekalkan pemain yang sedia ada daan kekalkan Ketua Jurulatih yang cukup hebat itu . Palaburan yang di lakukan amat berbaloi oleh ATM walaupun tewas pada final Piala Malaysia, namun target sebenar telah pun di capai jadi itu sudah cukup terbaik yang belum pernah ada satu pasukan berjaya melakukannya selain ATM.
Jumlah penonton yang membanjiri stadium Shah Alam juga meningkat naik jika di bandingkan dengan final yang lalu. Ini sudah pastinya di sebabkan oleh kemasukan ATM selaku finalis dan membuatkan semua orang teruja serta promosi hebat yang di jalankan oleh pihak penganjur berjaya menjadikan final Piala Malaysia 2012 sesuatu yang amat membanggakan dalam sejarah bolasepak tanahair Malaysia. ATM merupakan pasukan yang berjaya melonjak naik dengan mendadak serta mampu mempengaruhi keterujaan Bola Sepak Malaysia justeru itu saya menyeru agar Pihak pengurusan ATM teruskan usaha melonjakan Bolasepak ATM agar menjadi sanjungan semua lapisan masyarakat Malaysia. Bagi saya ATM tidak tewas, tidak kalah, tidak gagal. ATM menang dan berjaya sebenarnya dilihat dari mutu persembahan yang mantap sejak awal lagi di mana 46 tahun yang di nantikan amat lama dan semoga sejarah semalam akan terus mendorong dan meningkatkan lagi mutu persembahan ATM dan saya doakan agar ATM akan berjaya pada Piala Malaysia 2013 nanti, Syabas buat kesemua pemain ATM, pihak pengurusan dan mana-mana anggota yang terlibat dalam menjayakan mutu bolasepak ATM di persada PialA Malaysia.... SYABASSSSSSSSSSS ATM, GEMPUR WIRA, GEMPUR WIRA, GO GO GO ATM. DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DENGAN SEGERA DI SINI

Oct 20, 2012

Final Piala Malaysia 2012 ( ATM VS KELANTAN )

Salam dan selamat sejahtera, hari ini kita rehatkan minda dan tumpukan sepenuh perhatian pada final piala Malaysia yang terasa agak luar biasa di sebabkan layaknya ATM ke Final.



Amat menerujakan kerana setelah menunggu hampir 46 tahun maka sekali lagi ATM layak ke final bagi merebut peluang keemasan merangkul kejuaraan yang amat berprestij dalam sejarah Bolasepak Malaysia. Gempur Wira, Gempur Wira go go go go ATM dan maka sesungguhnya saya menjangkakan ATM akan menang dengan 2-0 membenam kelantan di Stadium SAhah Alam dengan di saksikan ribuan peminat Kelantan dan Penyokong fanatik ATM.




Perlawanan pada malam ini pastinya dan sesungguhnya teramat menerujakan kerana satu-satunya pasukan bukan negeri telah layak ke perlawanan akhir dan ramai yang ingin menyaksikan ATM menang sebagai juara berganda sekaligus menamatkan kemarau selama 46 tahun untuk menebus maruah yang amat di perlukan oleh pasukan ATM dan seluruh warga ATM.

Sudah pastinya petang ini saya akan membawa LED 14 in  ke Pasar Malam bagi meraikan perlawanan ini dan memenuhi impian peminat bola sepak yang datang ke pasar malam  ...menjamu selera dengan Bihunsup sambil menyaksikan kehebatan pertarungan antara ATM dan kelantan yang di jangka akan bermula jam 8.45 malam ini.
Datanglah beramai-ramai ke pasar malam Taman Pauh , berhadapan Politeknik Seberang Perai, anda pasti tidak akan rugi kerana segala kemudahan telah saya sediakan, dan jika anda memakai Jersey pasukan masing-masing, saya akan memberi First Drink percuma , minta apa sahaja pasti percuma....

KEPUTUSAN PERLAWANAN ( MACAM AHLI NUJUM )

    ATM  2                 ------   KELANTAN    0


DAPATKAN EBOOK PANDUAN MELEDAKKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA

Oct 19, 2012

Malasnya Nak Berniaga Di Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, pastinya semua yang beragama Islam baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat dan mudah-mudahan ibadat tersebut di terima Allah, insyallah.



Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Shut pemilik web Sempoihosting yang telah banyak membantu saya meningkatkan lagi traffic di wangpasarmalam dan update terkini yang telah di lakukan dan semoga jasa baik tuan dirahmati Allah serta di murahkan rezeki.

Malasnya nak berniaga di pasar malam? itulah tajuk entry kita pada hari ini yang saya rasa topik ini agak menarik dan perlu di hayati oleh setiap peniaga pasar malam seperti saya dan tuan-tuan. Pada hari rabu lepas semasa hujan sedang turun kami banyak berbual dan sembang punya sembang maka terkeluarlah tajuk seperti di atas. Kekadang ada di kalangan kita yang semakin hari semakin malas untuk keluar berniaga di pasar malam, kenapa dan mengapa ini berlaku?

Ada berbagai faktor dan penyebab yang mendorong terjadinya sikap dan keadaan begini dan cuba anda tenung dan renung pada diri anda sendiri... adakah perkara begini juga berlaku kepada anda atau jiran atau sahabat anda.



Banyak pendorong yang di kenal pasti berlakunya Sindrom Malas ini dan antaranya adalah:

1.   Hari Hujan.

2.   Badan Terlalu Letih.

3.   Perniagaan Kurang Maju.

4.   Kurang Rapat Dengan Rakan Perniagaan Di Pasar Malam.

5.   Tidak mendapat galakan dari pasangan (suami atau isteri).

6.   Dan banyak perkara lagi yang menjadi faktor pendorong .


Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai perkara yang boleh anda boleh laku dan yang paling penting motivasi diri dan lihat pada status yang mana satu menyebabkan anda malas.


DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI TERKINI DAN TERHEBAT

Oct 14, 2012

"Hantu" Pasar Malam Mengkuang

Salam dan selamat malam buat anda semua, malam ni saya tak sabar-sabar nak kisahkan satu cerita yang cukup menarik semasa berniaga di pasar malam Mengkuang Titi tadi.

Balik rumah , lepas makan dan solat dengan tak sabarnya saya terus on laptop dan menaip dengan terujanya hehehe, kerana bagi saya entry kali ini agak menarik dan boleh di jadikan panduan buat kita semua selaku peniaga Pasar Malam kerana pepatah telah pun berkata " Jangan di Curah Air, Bila terdengar Guruh di langit".



Semasa kami sedang mula menjalankan perniagaan sekitar jam 5 petang cuaca memang agak sedikit mendung dan cerah, tetapi masuk sekitar jam 7 malam cuaca secara tiba-tiba mula berubah... kemudian saya terdengar seorang anak buah saya Jo-Jo berkata, " Ada Hantu ", saya pada mulanya tak ambik kisah sangat namun dalam hati tertanya-tanya la jugak, apa halnya.

Cuaca semakin berubah dan tetiba angin mendayu-mendayu namun tidak lah sekuat mana pun namun persekitaran suasana pasar malam mula kelam-kabut dan berubah dengan kebanyakan peniaga mulai kelam kabut mengemaskan barang-barang mereka kerana takut hujan lebat akan turun. Baru lah saya mulai faham, apa yang di maksudkan oleh Jo-Jo tadi, perkataan itu terkeluar dari mulut Jo-Jo sebab melihatkan gelagat peniaga yang kelam-kabut. Hampir semua jiran sebelah kiri kanan saya mulai mengemas dan yang tinggal sekarang ini hanyalah saya, ayam goreng dan laksa sahaja.

Setengah jam telah berlalu dan hujan mulai turun setitik dua kemudian terus berhenti sehinggalah kami mula mengemas sekitar jam 9.30 malam, saya tersenyum sedikit kerana perniagaan hari ini agak memberangsangkan walaupun jualan tidak habis dibandingkan dengan minggu lepas hujan turun dari petang sehingga malam. Maka teringatlah akan saya pepatah yang saya tulis di atas, saya amat bersyukur pada rezeki yang telah Allah tetapkan bahawasanya kesabaran itu penting dan andaian tidak selalunya tepat......

Mungkin juga kawan-kawan yang berkemas awal tadi merasai hujan dan angin mungkin turun dengan lebatnya, itu andaian mereka..semoga kisah ini menjadi tauladan bagi kita semua peniaga pasar malam.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DENGAN HARGA DISKAUN 50% BUAT PESARA TENTERA

Oct 12, 2012

Tahniah ATM > Piala Malaysia 2012

Salam dan selamat sejahtera, malam tadi semasa berniaga di Pasar Malam Tasek Glugor hati saya resah gelisah yang teramat sangat, bukanya di sebabkan soal perniagaan tetapi di sebabkan Piala Malaysia ATM Vs Lion. Perlawanan ini amat penting di anggap oleh seluruh rakyat Malaysia kerana seolah-olah Malaysia Vs Singapore la rasanya dan rata-rata peminat bola sepak menyokong ATM dan keputusanya ATM berjaya layak ke Final dan saya yakin pastinya akan menentang Kelantan nanti.

Peduli apa orang cakap, ATM menang nasib lah dan bermacam-macam lagi .. apa yang penting berjaya ke final dan yang paling penting membenam Kelantan nanti di hadapan ribuan penyokong fanatik ATM dan Kelantan.



KUALA LUMPUR - Slot pertama final Piala Malaysia 2012 menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyingkirkan LionsXII dengan penuh dramatik melalui situasi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat pada masa tambahan.
Yasir Hanapi memusnahkan impian LionsXII apabila sepakan penalti ketujuh yang diambilnya terkena tiang, sekali gus membawa ATM ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1966.
Situasi penentuan penalti berlangsung dengan penuh debaran selepas pemain ATM, Aidil Zaquan Adha gagal menyempurnakan tendangan kedua, namun Saiful Esah meletakkan peluang kedua-dua pasukan kembali seimbang selepas tidak berjaya pada percubaan keempat.


LionsXII berpeluang muncul pemenang pada perlawanan itu selepas sepakan keenam A. Varanthan terkeluar apabila mengenai palang tetapi Baihakki Khaizan mensia-siakan peluang tersebut selepas Farizal Harun berjaya menampan kemas sepakan pemain tinggi lampai itu sebelum Fitri Omar kembali meletakkan ATM di hadapan.
Sebelum itu, LionsXII berjaya memimpin perlawanan dengan jaringan pada minit ke-26 melalui Agu Casmir, namun Marlon Alex James mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan jaringan di saat akhir perlawanan.
ATM memberikan amaran awal sebaik minit ketiga melalui percubaan Zaquan Adha Abdul Razak namun dapat diselamatkan oleh Izwan Mahbud.

Jaringan LionsXII hadir tanpa dijangka hasil percubaan Agu yang mengenai pertahanan ATM lantas mengelirukan Farizal Harun sebelum bola membias masuk ke dalam gawang pada minit ke-26.

Babak kedua memperlihatkan anak-anak buah B. Sathianathan terus menggandakan asakan dengan serangan bertali arus tetapi nasib ternyata menyebelahi LionsXII yang lebih banyak bertahan.

Bruno Marteloto melepaskan peluang keemasan menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila sepakannya di hadapan pintu gol sedikit tersasar ke sebelah kanan hasil hantaran silang Venice Elphi Danny Kaya.




Sepakan percuma Marlon Alex James dapat ditepis keluar oleh Izwan empat minit kemudian sebelum penyerang import itu sekali lagi hampa seminit kemudian, kali ini tiang menjadi penghalang hasrat ATM mendapatkan gol penyamaan.
Akhirnya tuah bersama ATM dengan Marlon muncul penyelamat pada minit terakhir masa kecederaan melalui tandukan menarik yang menggamatkan suasana penyokong di Selayang sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Walaupun begitu, gol berkenaan gagal menyuntik semangat ATM mencari gol kemenangan pada masa tambahan dengan peluang terbaik diperolehi oleh Marlon pada minit ke-117 tetapi Izwan membuktikan kecemerlangannya apabila berjaya menampan keluar percubaan pemain dari St. Vincent & Grenadines tersebut.

Sumber di petik dari:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121012/su_02/ATM-jejak-kaki-ke-final-selepas-46-tahun#ixzz295wkIX7o

© Utusan Melayu (M) Bhd   DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DENGAN DISKAUN 50% BAGI PESARA TENTERA

Oct 7, 2012

Cara Atasi Pesaing Anda

Salam dan selamat sejahtera, saya baru je balik dari berniaga di Pasar Malam Mengkuang . Badan terasa sedikit keletihan namun di sebabkan saya menerima satu sms daripada salah seorang pelanggan yang pernah membeli ebook Pasar Malam maka saya terus on laptop dan tajuk entry seperti di atas yang akan kita bincangkan Malam ini.



Bagaimana Untuk Mengatasi Pesaing Anda? itu soalan yang di ajukan oleh sahabat tersebut kerana sekarang ini ramai peniaga Pasar malam terpaksa bersaing di sebabkan menu jualan kebanyakkan sekarang ini sama sahaja dan menu yang paling meletup di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang sekarang adalah nasi kerabu dan nasi dagang. Tentu anda tertanya-tanya kenapa menu ini paling hangat sekarang dan di pasar malam Taman Pauh berhadapan Politeknik dan Uitm terdapat lebih kurang 6 orang yang menjual menu ini, tentunya anda telah sedia maklum bahawa di kawasan ini ramai pelajar terdiri dari Pantai Timur terutamanya orang Kelantan.

Bila mana terdapat menu yang sama dan ramai yang menjualnya sudah pasti berlakunya saingan yang maha hebat , dimana siapa yang hebat dia akan menang tetapi pastikan dengan cara yang jujur dan bukan sebaliknya. Dunia perniagaan memang penuh dengan ranjau yang berduri dan salah satunya adalah persaingan dan bagaimana cara untuk anda mengatasi persaingan ini dengan cara yang cukup sihat dan amat berkesan.

Seperti saya juga, banyak juga yang timbul perniagaan bihunsup di kawasan perniagaan saya tak kira besar atau kecil di mana sedikit sebanyak pasti menjejaskan perniagaan anda dan saya juga.

Mungkin akan ada musuh-musuh dalam selimut anda yang menyampaikan perkhabaran bahawa makanan Si Anu yang baru berniaga itu lebih sedap dari anda... dan sedikit sebanyak menggoyahkan perasaan anda , anda pastinya tak senang duduk dan tak lena tidur...mungkin pernah berlaku kepada anda, saya dan orang lain kerana ini tidak mustahil.

Jawapan kepada persoalan tersebut senang sahaja, anda hanya perlu buat "don;t know" jerk, dan katakan pada diri anda yang ramai lagi pelanggan anda yang masih tetap setia dan akan terus melanggan gerai anda selagi anda ikhlas pada mereka. Maksud ikhlas adalah dari mula anda memasak sehinggalah ke proses menjual tanamkan sifat jati diri, ikhlas dan mesra pelanggan. Maka dengan itu nescaya perniagaan anda tidak akan terjejas walaupun wujudnya 100 peniaga yang menjual menu yang sama dengan anda . Mulai segalanya dengan lafaz Bismillah dan kemudian niat mendapat keuntungan yang banyak dengan bertawakal kepada Allah. Saya yakin dan amat yakin dengan niat yang ikhlas dan jujur maka anda akan beroleh kemenangan . Insyaallah Aminnn.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI TERKINI


Oct 5, 2012

Oktober Kembali Lagi - Hujan AG

Salam dan selamat sejahtera, pastinya anda ceria dan ada yang masih belum tidur samada melayan kerenah anak kecil, kekasih, suami, isteri atau tv di pagi yang serba hening dan hujan sedang rancak di luar rumah.

Tajuk entri kita pada kali ini adalah Oktober, bukanya trajedi Oktober nyayian Awie Wing tetapi kenangan dan imbauan kita Oktober 2011 yang lalu di mana sebulan di genangi air mata sealiran dengan musim hujan ketika itu dan saya amat pasti ramai peniaga Pasar Malam amat " Alert" bulan Oktober, mana tidaknya ada yang terpaksa mengeluarkan wang simpanan dengan banyaknya dan kalau yang masih bekerja serta berniaga di Pasar Malam, sebulan gaji boleh habis asyik top up ke akaun ja....



Mungkin ramai di kalangan kita cuba mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah Oktober ini yang boleh juga di kata "MUSIM" atau trajedi bak kata Awie namun bukan dalam bercinta tetapi soal perniagaan Pasar Malam. Yang pastinya hujan ini adalah rahmat dari Allah untuk kesekelian penghuni bumi bertuah ini namun Allah tidak menyuruh kita sekadar berdiam diri dan mengenangkan nasib sepanjang Oktober ini. Kita di anjurkan berusahan dan berfikir bagaimana mengatasi keadaan ini. Dan kalau di ikutkan carta saya pada Oktober 2011, hujan turun selama 25 hari "Non Stop" , Bukanlah tak berhenti langsung tetapi berterusan setiap hari ... kekadang pagi dan adakalanya petang serta malam dan subuh...dan tidak menentu.

Apa yang bermain di benak fikiran anda bagi mengatasi masalah ini dan bagaimanakah penyelesaian terbaik kerana apa yang saya pandang sejak September dan Oktober ramai peniaga pasar malam mulai mengeluh dan ada yang mengambil peluang bercuti berterusan antara 2 ke 3 hari. Tapi kekadang jangkaan mereka tidak tepat kerana semasa datang berniaga hujan dan bila bercuti tak hujan lah pulak.....

Bagi diri saya pulak , ujan ke, ribut ke saya tetap pergi berniaga kerana saya percaya pada rezeki yang telah Allah tetapkan untuk diri saya. Untung rugi dalam perniagaan adalah perkara biasa dan adat ...itu kata-kata orang bukan kata-kata saya kerana bagi saya segalanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita nak menyelamatkan perniagaan kita dan mengatasi kerugian dalam perniagaan tersebut tak kiralah jenis perniagaan apa sekali pun , besar atau kecil malahan kita mampu mengatasinya. Samalah juga seperti kita berjuang untuk memenangi sesuatu peperangan samada dalam hidup atau peperangan sebenarnya. Segalanya terletak kepada diri kita sendiri dan dengan ilmu yang kita miliki . Strategi itu amat penting , kalau kita "bantai" semberono atau redahhhh je pasti lah  kalah atau terlungkup dan saya yakin anda dan juga saya tidak mahu perkara ini terjadi dalam hidup kita.....

Panjang lebar kita berborak ni, jawapan kepada penyelesaian masih belum kita temui juga, bagaimanakah cara nak atasinya, ramai juga di kalangan kita membeli ebook atau buku-buku ilmiah yang tak kirang mahalnya dari RM10 sehingga ke RM100 atau lebih dengan niat mendapat ilmu bagi mengatasi masalah ini. Tetapi adakah semua itu berbaloi dengan harga yang anda bayar, tepuk kepala tanya minda, dah penuh ke ilmu aku dapat dari panduan buku tersebut yang rata-rata di tulis oleh pakar-pakar motivasi yang langsung tak pernah turun ke Pasar malam dan tidak tahu lansung bagaimana Perniagaan Pasar Malam itu berlansung dari jam 3 petang hingga ke 10 malam.

Segalanya terletak pada diri anda menilai dan meneliti bagaimana menyelesaikanya dengan penuh keilmuan yang jitu dan padat sehingga anda merasa kepuasan mengatasi Oktober ini....Jumpa lagi....byeeee

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PADAT DENGAN ILMU PASAR MALAM

Oct 3, 2012

Kebersihan Dalam Penyediaan Makanan

Salam sejahtera buat semua peminat blog pasar malam yang amat saya sayangi, semasa sedang memasak tadi fikiran saya teringatkan sesuatu tentang cara penyediaan makanan yang bersih yang perlu kita amalkan kerana bermula dari situlah rezeki kita akan mempengaruhi perniagaan kita tak kira di mana sahaja anda berniaga.

Setiap kali sebelum memulakan perniagaan anda yang beragama Islam seharusnya memulakan dengan bacaan kalimah Bismillahirrahmanirrahim sebagai pemula kerana pastinya akan mendapat berkat dari Allah dalam apa jua yang kita lakukan.



Sesudah itu sila pastikan tempat penyediaan barangan mentah mestilah bersih dari persekitaran yang kotor, maksud kotor yang ingin saya sampaikan adalah jangan menyediakan barang mentah seperti ayam, daging , ikan atau segalanya di atas lantai bilik air dimana kegunaan bilik air tersebut sebagai tempat membuang air kecil dan air besar ...kenapa saya tekan kan aspek ini?????, adakalanya bilik air digunakan membuang air kecil merata tempat dan selepas itu hanya di siram dengan air dan bagi saya ianya tidak suci menurut pandangan dari sudut agama (syarak). Dan mungkin kerana ini akan mempengaruhi perniagaan kita yang kurang laris. Seperti juga contoh mendidik anak dan kelakuan anak bermula dari rumah. Ianya tidak lari juga dari segi perniagaan segalanya bermula di rumah ataupun premis tempat memasak yang di sediakan secara patuh syariah.

Kejatuhan dan jualan yang kurang memberangsangkan juga mungkin merupakan faktor dari situ yang membuatkan rezeki kita tidak di mudahkan oleh Allah dan menjadikanya sukar untuk mendapat jualan yang tinggi dan hebat.

Justeru itu di harap segala penyediaan makanan hendaklah di sediakan di tempat yang bersih seperti membasuh daging atau ayam di dalam basin atau pun di sinki yang mana kita pastikan ianya bersih dari apa yang telah di terangkan di atas, maka pastinya segala urusan kita akan di berkati Allah dan rezeki pasti melimpah ruah, Insyaallah....aminnnn

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DI SINI SEKARANG JUGA