nuffnang1

.:)

Oct 5, 2012

Oktober Kembali Lagi - Hujan AG

Salam dan selamat sejahtera, pastinya anda ceria dan ada yang masih belum tidur samada melayan kerenah anak kecil, kekasih, suami, isteri atau tv di pagi yang serba hening dan hujan sedang rancak di luar rumah.

Tajuk entri kita pada kali ini adalah Oktober, bukanya trajedi Oktober nyayian Awie Wing tetapi kenangan dan imbauan kita Oktober 2011 yang lalu di mana sebulan di genangi air mata sealiran dengan musim hujan ketika itu dan saya amat pasti ramai peniaga Pasar Malam amat " Alert" bulan Oktober, mana tidaknya ada yang terpaksa mengeluarkan wang simpanan dengan banyaknya dan kalau yang masih bekerja serta berniaga di Pasar Malam, sebulan gaji boleh habis asyik top up ke akaun ja....



Mungkin ramai di kalangan kita cuba mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah Oktober ini yang boleh juga di kata "MUSIM" atau trajedi bak kata Awie namun bukan dalam bercinta tetapi soal perniagaan Pasar Malam. Yang pastinya hujan ini adalah rahmat dari Allah untuk kesekelian penghuni bumi bertuah ini namun Allah tidak menyuruh kita sekadar berdiam diri dan mengenangkan nasib sepanjang Oktober ini. Kita di anjurkan berusahan dan berfikir bagaimana mengatasi keadaan ini. Dan kalau di ikutkan carta saya pada Oktober 2011, hujan turun selama 25 hari "Non Stop" , Bukanlah tak berhenti langsung tetapi berterusan setiap hari ... kekadang pagi dan adakalanya petang serta malam dan subuh...dan tidak menentu.

Apa yang bermain di benak fikiran anda bagi mengatasi masalah ini dan bagaimanakah penyelesaian terbaik kerana apa yang saya pandang sejak September dan Oktober ramai peniaga pasar malam mulai mengeluh dan ada yang mengambil peluang bercuti berterusan antara 2 ke 3 hari. Tapi kekadang jangkaan mereka tidak tepat kerana semasa datang berniaga hujan dan bila bercuti tak hujan lah pulak.....

Bagi diri saya pulak , ujan ke, ribut ke saya tetap pergi berniaga kerana saya percaya pada rezeki yang telah Allah tetapkan untuk diri saya. Untung rugi dalam perniagaan adalah perkara biasa dan adat ...itu kata-kata orang bukan kata-kata saya kerana bagi saya segalanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita nak menyelamatkan perniagaan kita dan mengatasi kerugian dalam perniagaan tersebut tak kiralah jenis perniagaan apa sekali pun , besar atau kecil malahan kita mampu mengatasinya. Samalah juga seperti kita berjuang untuk memenangi sesuatu peperangan samada dalam hidup atau peperangan sebenarnya. Segalanya terletak kepada diri kita sendiri dan dengan ilmu yang kita miliki . Strategi itu amat penting , kalau kita "bantai" semberono atau redahhhh je pasti lah  kalah atau terlungkup dan saya yakin anda dan juga saya tidak mahu perkara ini terjadi dalam hidup kita.....

Panjang lebar kita berborak ni, jawapan kepada penyelesaian masih belum kita temui juga, bagaimanakah cara nak atasinya, ramai juga di kalangan kita membeli ebook atau buku-buku ilmiah yang tak kirang mahalnya dari RM10 sehingga ke RM100 atau lebih dengan niat mendapat ilmu bagi mengatasi masalah ini. Tetapi adakah semua itu berbaloi dengan harga yang anda bayar, tepuk kepala tanya minda, dah penuh ke ilmu aku dapat dari panduan buku tersebut yang rata-rata di tulis oleh pakar-pakar motivasi yang langsung tak pernah turun ke Pasar malam dan tidak tahu lansung bagaimana Perniagaan Pasar Malam itu berlansung dari jam 3 petang hingga ke 10 malam.

Segalanya terletak pada diri anda menilai dan meneliti bagaimana menyelesaikanya dengan penuh keilmuan yang jitu dan padat sehingga anda merasa kepuasan mengatasi Oktober ini....Jumpa lagi....byeeee

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PADAT DENGAN ILMU PASAR MALAM

No comments :