Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, pastinya semua yang beragama Islam baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat dan mudah-mudahan ibadat tersebut di terima Allah, insyallah.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Shut pemilik web Sempoihosting yang telah banyak membantu saya meningkatkan lagi traffic di wangpasarmalam dan update terkini yang telah di lakukan dan semoga jasa baik tuan dirahmati Allah serta di murahkan rezeki.
Malasnya nak berniaga di pasar malam? itulah tajuk entry kita pada hari ini yang saya rasa topik ini agak menarik dan perlu di hayati oleh setiap peniaga pasar malam seperti saya dan tuan-tuan. Pada hari rabu lepas semasa hujan sedang turun kami banyak berbual dan sembang punya sembang maka terkeluarlah tajuk seperti di atas. Kekadang ada di kalangan kita yang semakin hari semakin malas untuk keluar berniaga di pasar malam, kenapa dan mengapa ini berlaku?
Ada berbagai faktor dan penyebab yang mendorong terjadinya sikap dan keadaan begini dan cuba anda tenung dan renung pada diri anda sendiri... adakah perkara begini juga berlaku kepada anda atau jiran atau sahabat anda.
Banyak pendorong yang di kenal pasti berlakunya Sindrom Malas ini dan antaranya adalah:
1. Hari Hujan.
2. Badan Terlalu Letih.
3. Perniagaan Kurang Maju.
4. Kurang Rapat Dengan Rakan Perniagaan Di Pasar Malam.
5. Tidak mendapat galakan dari pasangan (suami atau isteri).
6. Dan banyak perkara lagi yang menjadi faktor pendorong .
Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai perkara yang boleh anda boleh laku dan yang paling penting motivasi diri dan lihat pada status yang mana satu menyebabkan anda malas.
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI TERKINI DAN TERHEBAT
No comments :
Post a Comment