nuffnang1

.:)

Oct 12, 2012

Tahniah ATM > Piala Malaysia 2012

Salam dan selamat sejahtera, malam tadi semasa berniaga di Pasar Malam Tasek Glugor hati saya resah gelisah yang teramat sangat, bukanya di sebabkan soal perniagaan tetapi di sebabkan Piala Malaysia ATM Vs Lion. Perlawanan ini amat penting di anggap oleh seluruh rakyat Malaysia kerana seolah-olah Malaysia Vs Singapore la rasanya dan rata-rata peminat bola sepak menyokong ATM dan keputusanya ATM berjaya layak ke Final dan saya yakin pastinya akan menentang Kelantan nanti.

Peduli apa orang cakap, ATM menang nasib lah dan bermacam-macam lagi .. apa yang penting berjaya ke final dan yang paling penting membenam Kelantan nanti di hadapan ribuan penyokong fanatik ATM dan Kelantan.



KUALA LUMPUR - Slot pertama final Piala Malaysia 2012 menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyingkirkan LionsXII dengan penuh dramatik melalui situasi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat pada masa tambahan.
Yasir Hanapi memusnahkan impian LionsXII apabila sepakan penalti ketujuh yang diambilnya terkena tiang, sekali gus membawa ATM ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1966.
Situasi penentuan penalti berlangsung dengan penuh debaran selepas pemain ATM, Aidil Zaquan Adha gagal menyempurnakan tendangan kedua, namun Saiful Esah meletakkan peluang kedua-dua pasukan kembali seimbang selepas tidak berjaya pada percubaan keempat.


LionsXII berpeluang muncul pemenang pada perlawanan itu selepas sepakan keenam A. Varanthan terkeluar apabila mengenai palang tetapi Baihakki Khaizan mensia-siakan peluang tersebut selepas Farizal Harun berjaya menampan kemas sepakan pemain tinggi lampai itu sebelum Fitri Omar kembali meletakkan ATM di hadapan.
Sebelum itu, LionsXII berjaya memimpin perlawanan dengan jaringan pada minit ke-26 melalui Agu Casmir, namun Marlon Alex James mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan jaringan di saat akhir perlawanan.
ATM memberikan amaran awal sebaik minit ketiga melalui percubaan Zaquan Adha Abdul Razak namun dapat diselamatkan oleh Izwan Mahbud.

Jaringan LionsXII hadir tanpa dijangka hasil percubaan Agu yang mengenai pertahanan ATM lantas mengelirukan Farizal Harun sebelum bola membias masuk ke dalam gawang pada minit ke-26.

Babak kedua memperlihatkan anak-anak buah B. Sathianathan terus menggandakan asakan dengan serangan bertali arus tetapi nasib ternyata menyebelahi LionsXII yang lebih banyak bertahan.

Bruno Marteloto melepaskan peluang keemasan menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila sepakannya di hadapan pintu gol sedikit tersasar ke sebelah kanan hasil hantaran silang Venice Elphi Danny Kaya.




Sepakan percuma Marlon Alex James dapat ditepis keluar oleh Izwan empat minit kemudian sebelum penyerang import itu sekali lagi hampa seminit kemudian, kali ini tiang menjadi penghalang hasrat ATM mendapatkan gol penyamaan.
Akhirnya tuah bersama ATM dengan Marlon muncul penyelamat pada minit terakhir masa kecederaan melalui tandukan menarik yang menggamatkan suasana penyokong di Selayang sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Walaupun begitu, gol berkenaan gagal menyuntik semangat ATM mencari gol kemenangan pada masa tambahan dengan peluang terbaik diperolehi oleh Marlon pada minit ke-117 tetapi Izwan membuktikan kecemerlangannya apabila berjaya menampan keluar percubaan pemain dari St. Vincent & Grenadines tersebut.

Sumber di petik dari:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121012/su_02/ATM-jejak-kaki-ke-final-selepas-46-tahun#ixzz295wkIX7o

© Utusan Melayu (M) Bhd   DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DENGAN DISKAUN 50% BAGI PESARA TENTERA

No comments :