nuffnang1

.:)

Oct 27, 2008

Pendapatan Pasar Malam Ku

Dugaan Dan Ujian Bagi Ku

Salam...ingin aku luahkan perasaan sedih yang tak terhingga atas kemalangan yang menimpa keluarga ku...namun aku pasrah kehendak Allah...petang tadi aku bawa family ke Batu Feringghi untuk picnic coz hari ni kan cuti umum Deepavali tambahan pulak hari ni aku tak berniaga..

Seronok punya seronok dan tak sedar cermin tingkap kereta ku di pecah dek malaun yang tak berhati perut dan beg tangan isteri ku hilang...barang yang terdapat dalam tu adalah seutas rantai tangan anak ku, telefon bimbit N 70, Maybank Card, Affin Bank Card, BSN Card , Kad Pengenalan isteri ku dan beberapa barang lain dan serta wang tunai dan kerugian di anggarkan sekitar RM2000...aku dah buat laporan polis kat Balai Polis Tanjung Bungah....sekitar jam 4.30 petang...

Semoga Allah melindungi perompak tersebut serta menginsafkan mereka....salam

Oct 24, 2008

Permulaan Berniaga Dan Harga Bihunsup Semangkok


                                              RM3.50 sahaja tahun 2008- RM5.50 tahun  2016
                                                        ( Bihunsup Campur)




                                         RM2.50 Tahun 2008- RM4.50 Tahun 2016

Musim Hujan

Salam sejahtera buat anda semua ...maafkan saya kerana dah hampir seminggu tak buat posting kat sini..bukannya apa cuma sibuk sedikit dalam seminggu ni...selepas raya ni biz pasar malam saya lihat rata-rata menunjukkan sedikit penurunan di semua tempat dan bukan saya seorang yang mengalami keadaan begitu tapi hampir kebanyakkan peniaga pasar malam .

Ramai di antaranya bercerita tentang kejatuhan perniagaan mereka ..bukanya tak untung tapi tak banyak sekadar lepas belanja harian jer..namun pun begitu perniagaan harus tetap di jalankan.

Untuk maklumat anda semua sekarang ni semua tapak pasar malam di Pulau Pinang dan Seberang Perai telah di ambil alih oleh PKR sebagai penganjur dan bukan lagi UMNO seperti dahulu....ini adalah berikutan peralihan kuasa antara BN dan PKR....setiap tapak pasar malam harus di daftarkan semula dan ada yang murah dan mahal....inilah yang hampir berlaku sedikit pergaduhan di Pasar Malam Guar Perahu ....maklumat ni di sampaikan oleh sahabat saya ang berniaga di sana.....pergaduhan ini tercetus akibat rasa tidak puas hati atas sikap penganjur baru yang menaikkan harga tapak ..

Bagi saya pulak..saya malas nak cakap banyak....ikut jer la.. yang penting boleh berniaga....he he he

Ok satu lagi pengumuman untuk anda yang berminat nak beli rumah di sekitar kawasan Sungai Petani, kedah... saya nak jual rumah saya di no 259, Jalan Anggerik 4/23, Taman Aman Jaya, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani , Kedah. Rumah Teres 2 Tingkat. Lantai Mozex, Bilik air dan tandas terdapat diatas dan bawah. 3 Bilik, Rumah berpagar besi ..pintu, tingkap semuanya mempunyai grill. Harga Pasaran sekarang RM130,000.00..
tetapi saya nak jual hanya dengan harga RM100,000.00. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 012-4635092 ( AREE )...Tawaran dibuka kepada>> first come first serve.....

Oct 17, 2008

Perniagaan Dah Bermula

Salam...aku dah mula start berniaga pada hari rabu minggu lepas ...cuti raya lebih kurang satu minggu...mula berniaga ni segala-galanya serba baru dan cukup meyakinkan..apa tidaknya payung aku beli baru, khemah aku beli baru...wow hebat.

Tapi dari segi sale lepas raya ni masih lagi tidak konsisten..disamping hujan turun hampir setiap malam...he he he apa nak buat majoriti orang ramai mungkin budget coz dah banyak duit dihabiskan masa raya hari tu....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI SEKARANG