nuffnang1

.:)

May 20, 2014

Peniaga Pasar Malam Yang Bijak

Sebagai peniaga pasar malam seharusnya anda sentiasa mempunyai idea-idea yang baru dan terkini untuk memantapkan lagi perniagaan anda kerana di zaman yang serba canggih ini pembeli terlalu cerewet dan sentiasa mengambil berat soal harga, mutu makanan dan kualiti barangan anda.

Pembeli juga akan sentiasa juga memerhatikan diri peniaga sendiri dari segi pakaian serta persembahan yang menarik agar mata sedap memandang dan dari situlah datangnya selera untuk menjamah makanan kita. Janggut yang terlalu panjang tanpa diurus akan menyebabkan pembeli merasa loya untuk makan serta misai yang berserabut menjadikan keadaan bertambah buruk. Jadi tidak hairanlah jika anda gagal menjual barangan anda dengan banyak dan memberi pulangan yang memberangsangkan.

Dari satu sudut pula anda perlu bijak menjadikan ruangan lokasi anda nampak cantik serta menarik, sebagai contoh anda mempunyai ramai pekerja jadi untuk menjadi lebih menarik anda seharusnya menyediakan uniform buat mereka dan jika untuk lebih mengagumkan lagi sebaiknya sediakan topi dan apron yang sama warna . Maka saya teramat yakin yang anda bakal melihat perubahan yang ketara setelah lonjakan pendapatan yang anda perolehi setiap hari.

Jika anda menjual produk makanan seperti laksa, bihunsup atau char koew teow serta mempunyai meja makan yang banyak di bawah kanopi , anda seharusnya memikirkan bagaimana untuk menarik pembeli masuk ke bawah kanopi anda  bagi menjamu selera.... saya cadangkan anda simpan balang air anda dan sediakan minuman panas seperti teh, kopi , milo dan sebagainya kerana minuman ini sudah pastinya mendapat sambutan yang hangat. Kalau anda kurang yakin sila ubah sekarang...dan lihat perkembanganya...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAAR RAMADAANN ANDA DISINI 

May 16, 2014

Selamat Hari Guru ke 43/2014



Selamat menyambut hari Guru yang ke 43 tahun 2014 buat seluruh warga pendidik seluruh Malaysia dan khasnya buat isteri tercinta Cikgu Siti Aishah Bt Safee Muhammad dan seluruh warga pengajar SKTS Butterworth....

Terima Kasih Cikgu....

EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI BUAT ANDA BAGI MELEDAKAN PENDAPATAN YANG LUMAYAN DISINI

May 13, 2014

Ragam Peniaga Pasar Malam Terlewat Ke Pasar Malam

Seperti yang pernah saya ceritakan kepada anda dalam penulisan yang lalu, peniaga pasar malam mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang sukar difahami.

Ada peniaga yang secara sepenuh masa berniaga dan ada yang sekadar hanya membuat separuh masa  sahaja berniaga di pasar malam. Bagi peniaga sepenuh masa mereka datang mendatangkan masalah ketika ke lokasi pasar malam. Yang sering menjadi masalah adalah peniaga yang "Part Time" kerana mereka akan datang lewat disebabkan baru selesai tugas sebenar samada sebagai penjawat awam atau pekerja swasta.

Minggu lepas hampir berlaku kekecohan bilamana seorang peniaga yang datang lewat cuba menimbulkan provakasi kerana laluan ke tempat beliau dihadang oleh sebuah motosikal pelanggan yang sedang membeli barangan.

Apa yang diceritakan kepada saya adalah, peniaga tersebut hanya duduk diatas van dengan membunyikan hon sehingga menarik perhatian orang sekeliling tanpa mahu turun dari Van untuk menolak motosikal tersebut dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sedap didengar. Apa akan terjadi sekiranya  peniaga berdekatan juga mengikut emosi kerana bingitnya hon dari van tersebut, tetapi nasib baik mereka masih mampu mengawal emosi.

Sepatutnya dalam kesesakan pasar malam kita haruslah mempunyai sikap tolak ansur dan bertimbang-rasa, tidak perlulah melenting disebabkan perkara yang remeh temeh.....bersabar adalah separuh daripada iman...

EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM YANG PENUH INFORMAS DISINI

EL NINO Bakal Melanda Asia Tenggara

Sejak 2 minggu yang lalu orang ramai mula berbicara tentang EL-NINO yang bakal melanda  Asia Tenggara dalam bulan Jun nanti. Berita-berita ini telah dimuatkan didada-dada akhbar hampir setiap hari.

Di kalangan orang ramai ada yang resah dan ada yang gembira. Apa yang di khabarkan apabila El Nino melanda  nanti ada negara yang akan mengalami hujan dan ribut manakala ada negara yang bakal mengalami kemarau yang panjang.

Malaysia termasuk didalam kumpulan negara yang bakal mengalami kemarau panjang dan dijangka boleh mencecah sehingga 6 bulan lamanya.

Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan perkara ini bakal berlaku pertengahan tahun ini. Fenomena tersebut pernah melanda negara ini 16 tahun lalu dengan suhu tertinggi mencecah 40.1 darjah celcius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Amaran ini perlu diambil tindakan segera oleh setiap kerajaan negeri di Malaysia untuk membuat persiapan dan sekiranya ia berlaku maka negeri-negeri sudah pun bersedia dan tidak menjadi kelam-kabut seperti kemarau 3 bulan yang lepas. Ubah sikap bila dah berlaku baru nak terngadah, eloklah membuat persiapan dari sekarang dikala hujan yang setiap hari melanda kini.

Bagi anda yang terfikir untuk memulakan perniagaan tak kira di pasar malam atau di mana sahaja maka bertindaklah dari sekarang kerana faktor El Nino adalah masa yang terbaik memulakan perniagaan anda. Jadilah orang yang bijak antara bijak.............................

EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN TERHANGAT DIPASARAN DISINI

May 8, 2014

Bazaar Ramadan Bandar Perda, Seberang Perai

Seperti tahun-tahun yang lalu , semua peniaga sentiasa menantikan khabar dari Masjid daerah Seberang Perai Tengah selaku penganjur Bazaar ramadan Perda yang telah diketahui umum merupakan sebuah bazaar ramadan yang mampu menjana pendapatan yang cukup hebat.

Namun pada tahun ini sedikit berita mengejutkan bilamana tapak yang disediakan hanya 100 tapak berbanding tahun tahun yang lalu sebanyak 180 ke 200 tapak. Ini disebabkan didalam kawasan masjid yang dijadikan tapak Bazaar Ramadan sedang dilakukan projek naik taraf bangunan masjid maka untuk mengelakan kesesakan maka penganjur terpaksa mengambil langkah bijak dengan mengurangkan tapak.

Walaupun borang yang diedarkan masih banyak namun pengundian pada 29 Mei 2014 ini jam 9 pagi bakal menentukan siapa yang bakal mendapat tapak atau tidak. langkah ini diambil bagi memastikan kepada mana-mana pemohon yang tidak mendapat tapak maka mereka masih lagi mampu mencari tapak berniaga di lokasi bazaar ramadan lain.


Sewa tapak juga dinaikan sebanyak RM550 bagi tapak berukuran 10' x 10' iaitu ukuran yang sama seperti tahun yang lalu cuma yang membezakanya adalah bayaran sewa kalau dahulu hanyalah RM365...termasuk bayaran untuk MPSP.

Tarikh akhir bagi menghantar borang permohonan adalah pada 15hb Mei 2014. Apa yang dimaklumkan oleh Pegawai Agama Masjid Perda adalah sistem yang diguna pakai untuk pengundian mengikut .... pertamanya adalah mesti Khariah Bandar Perda (Keutamaan), kedua adalah mereka yang telah lama berniaga kemudian baru dibuka kepada yang lain-lain....

Setiap pemohon hanya boleh memohon sebanyak 2 tapak sahaja, semasa menghantar borang diwajibkan berserta gambar ukuran passport dan salinan kad pengenalan pemohon.

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

May 1, 2014

Skim RM100 Juta Di Lancar Julai 2014

Skim Peniaga Pasar Malam (SPPM) dengan suntikan dana sebanyak RM100 Juta akan dilancarkan Julai ini dibawah kendalian Bank Simpanan Nasional (BSN).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata pada masa ini BSN sedang memperincikan syarat-syarat kemudahan pembiayaan itu yang di tawarkan dibawah pakej Islamik dan konvensional.

Pengumuman mengenai pewujudan SPPM diumumkan oleh Perdanan Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2014 bagi membantu peniaga pasar malam mendapat pembiayaan kewangan.

Pembiayaan ini di perlukan bagi membantu peniaga pasar malam menampung bebanan perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak dan bahan mentah. Skim pinjaman mudah itu menggunakan sepenuhnya modal dana dalaman BSN dana mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus dengan pinjaman antara RM5,000 hingga RM30,000.

Kadar faedah yang dikenakan adalah berbeza dan lebih rendah berbanding pembiayaan dibawah produk mikro kewangan lain ditawarkan bank berkenaan yang kadarnya pada 6.38 peratus.

Syarat yang di perlukan semasa mengemukan permohonan mestilah telah menjalankan perniagaan pasar malam selama 3 tahun dan keatas secara aktif dan sepenuh masa, selain itu pemohon perlulah mempunyai lesen perniagaan atas nama sendiri dan perniagaan mestilah 4 kali seminggu atau lebih dan mesti berdaftar dengan persatuan peniaga negeri.

Nota : Kalau sahabat kawasan Pulau Pinang yang belum berdaftar dengan Persatuan cepat daftar sekarang.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN DISINI SEGERA