Sebagai peniaga pasar malam seharusnya anda sentiasa mempunyai idea-idea yang baru dan terkini untuk memantapkan lagi perniagaan anda kerana di zaman yang serba canggih ini pembeli terlalu cerewet dan sentiasa mengambil berat soal harga, mutu makanan dan kualiti barangan anda.
Pembeli juga akan sentiasa juga memerhatikan diri peniaga sendiri dari segi pakaian serta persembahan yang menarik agar mata sedap memandang dan dari situlah datangnya selera untuk menjamah makanan kita. Janggut yang terlalu panjang tanpa diurus akan menyebabkan pembeli merasa loya untuk makan serta misai yang berserabut menjadikan keadaan bertambah buruk. Jadi tidak hairanlah jika anda gagal menjual barangan anda dengan banyak dan memberi pulangan yang memberangsangkan.
Dari satu sudut pula anda perlu bijak menjadikan ruangan lokasi anda nampak cantik serta menarik, sebagai contoh anda mempunyai ramai pekerja jadi untuk menjadi lebih menarik anda seharusnya menyediakan uniform buat mereka dan jika untuk lebih mengagumkan lagi sebaiknya sediakan topi dan apron yang sama warna . Maka saya teramat yakin yang anda bakal melihat perubahan yang ketara setelah lonjakan pendapatan yang anda perolehi setiap hari.
Jika anda menjual produk makanan seperti laksa, bihunsup atau char koew teow serta mempunyai meja makan yang banyak di bawah kanopi , anda seharusnya memikirkan bagaimana untuk menarik pembeli masuk ke bawah kanopi anda bagi menjamu selera.... saya cadangkan anda simpan balang air anda dan sediakan minuman panas seperti teh, kopi , milo dan sebagainya kerana minuman ini sudah pastinya mendapat sambutan yang hangat. Kalau anda kurang yakin sila ubah sekarang...dan lihat perkembanganya...
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAAR RAMADAANN ANDA DISINI
No comments :
Post a Comment