nuffnang1

.:)

May 20, 2013

Pendapatan Belasan Ribu $$$$ Hanya 1 Bulan

Salam dan selamat sejahtera, mahukah anda menjana pendapatan seperti tajuk entry kita hari ini. Belasan Ribu atau puluhan ribu hanya dalam masa 1 bulan. Mustahil atau tidak, kenapa... tak percaya?????

Ini bukanya skim cepat kaya atau perniagaan lepak depan Laptop dapat duit dan jauh sekali tidur dapat duit dan ini bukan SCAM...

http://www.wangpasarmalam.com
EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN BAZAAR RAMADAN 2013


Perniagaan yang saya maksudkan adalah perniagaan di Bazaar Ramadan nanti. Baru sahaja bulan Mei menjengah masing-masing sudah memperkatakan Bazaar Ramadan. Apa tidaknya didalam dada akhbar telah mendedahkan banyak tapak-tapak bazaar ramadan sudah di buka dan salah satunya di Sungai Petani , kedah...sejumlah tapak telah habis di jual kepada bakal peniaga.

Bazaar Ramadan memerlukan kita berusaha menyediakan jenis perniagaan yang bakal menghidangkan keuntungan yang sangat lumayan dalam masa satu bulan sahaja. Jenis menu perlu di caturkan dengan bijak dan berhati-hati agar tidak kecundang pada minggu pertama sahaja. Justeru itu ilmu dalam perniagaan ini amat di perlukan dan bukanya sambil lewa dengan niat setiap apa yang anda jual akan dibeli.

Pendapatan yang bakal anda perolehi pastinya bukan sedikit dan masa perniagaan juga terhad hanya sekitar 2 ke 3 jam sahaja setiap hari. Maka seharusnya anda merebut peluang yang datang setahun sekali sahaja dan bakal merubah nasib anda semasa menyambut Syawal nanti dan mungkin juga bakal mengubah nasib anda buat selama-selamanya .

Maka dengan rasa rendah diri kami ingin membantu anda dalam menjayakan apa yang anda impikan selama ini untuk menyambut 1 Syawal dengan lebih ceria bersama anak dan isteri tercinta.

Kami telah menyediakan sebuah ebook panduan yang cukup mudah di fahami dan cukup senang untuk di praktikan sebagai panduan buat anda yang kurang arif dengan bazaar ramadan. Anda tidak perlu risau atau gusar kerana ebook panduan yang kami sediakan telah membantu hampir ratusan ribu penduduk Malaysia termasuk di Brunei untuk membantu menjana pendapatan di Bazaar Ramadan.

DAPATKAN SEGERA EBOOK PANDUAN BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM ANDA DI SINI SECEPAT MUNGKIN SELAGI STOK MASIH ADA.

May 17, 2013

Cuaca Panas Di Jangka Sehingga Disember 2013 - TV3

TV 3 dalam rancangan Buletin Utama bertarikh 17/5/13 jam 8.00 malam menyatakan kemungkin besar cuaca panas yang di alami di Malaysia sekarang akan berterusan sehingga Disember nanti. Namun begitu hujan akan berlaku jua di kawasan pendalaman pada sebelah petang dan senja di semua kawasan .

Jumaat, 17/05/2013

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
Sabtu, 18/05/2013

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
Ahad, 19/05/2013

Ribut petir di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Mendung
 Petang : Mendung
 Malam : Ribut petir di satu dua tempat
Isnin, 20/05/2013

Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Pagi
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
Selasa, 21/05/2013

Hujan di satu dua tempat
Malam
 Pagi : Mendung
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Hujan di satu dua tempat
Rabu, 22/05/2013

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Mendung
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
Khamis, 23/05/2013

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan

Selamat Hari Guru Semalaysia

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang bergelar cikgu di Malaysia.

Semoga usaha mempertingkatkan lagi kemahiran anak murid dan warga Malaysia berjaya mencapai wawasan yang diimpikan dengan adanya guru-guru yang berdedikasi dan cemerlang.

Dan saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat isteri tercinta yang mengajar di SK Taman Senangan, Butterworth. Semoga tahun ini UPSR akan terus cemerlang di bawah bimbingan Cikgu Siti Aishah...


                                     

DAPATKAN EBOOK TERHANGAT PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DISINI

May 13, 2013

Pasca Pilihan Raya ke -13 Dan Pemulihan Pasar Malam

Selepas tamat dengan perang poster dan ceramah politik maka sedikit kelegaan mula dirasai oleh kami peniaga pasar malam apabila mulai tarikh mengundi 5 mei sehingga sekarang ini perniagaan mulai maju dan rasanya sedikit pemulihan akan berlaku.

Di Taman Pauh sendiri dan Pasar Malam Mengkuang Titi, kehadiran pembeli dan pengunjung kini berpusu-pusu ramainya dari petang hinggalah ke malam hari dan tidak mustahil pada malam tadi kebanyakan peniaga menutup gerai masing-masing sekitar jam 8.45 malam dan itu menunjukan satu rekod yang cukup memberangsangkan.

                           

Apa yang di risaukan sekarang adalah demontrasi yang berlaku selepas pilihanraya oleh pihak-pihak tertentu... saya sarankan kepada sahabat-sahabat kita jangan risau tentang soal politik ini kita teruskan perniagaan kita macam biasa dan kalau boleh jangan terlibat sama sekali . Seperti yang saya pernah bicarakan dalam entry terdahulu sebagai seorang peniaga kita harus menghormati setiap pelanggan  walau apa pun  fahaman politik mereka. Tidak perlulah kita campur tangan soal mereka demi menjaga hati mereka kerana mungkin terdapat segelintir yang mogok untuk ke gerai kita andainya kita terlalu menyokong mana-mana parti politik. Justeru itu cara terbaik kita bersikap " Neutral ".

Sejak 2 ke 3 hari kebelakangan ini angin terlalu kuat di sesetengah kawasan terutamanya di lokasi pasar malam yang berhampiran dengan pantai . Ramalam cuaca meramalkan yang angin akan berterusan selama 2 seminggu lagi kerana pusaran angin telah terbentuk diluar kawasan pantai sebelah Barat Malaysia dan kawasan Pantai Barat akan menjadi sasaran sebelum menuju ke Pantai Timur. Namun saya pasti setiap peniaga kurang gusar tentang angin ...apa yang penting tidak disusuli dengan hujan.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN MULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI

May 6, 2013

Keputusan Rasmi PRU-13 ..Peniaga Pasar Malam Lega

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...setelah tamatnya proses pengundian untuk PilihanRaya Umum ke-13 Malaysia yang berlangsung pada 05/05/2013 amat melegakan semua peniaga pasar malam. Kelegaan ini bukanya disebabkan kemenangan calon-calon tetapi disebabkan peniaga pasar malam boleh berniaga dengan aman dan tenteram...

Bila tamat sahaja pilihanraya maka ceramah-ceramah politik juga tamat justeru tiada lagi kawasan-kawasan berdekatan Pasar Malam yang di adakan ceramah.

                Keputusan PRU13 Ahad 5 Mei


Berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri:
PERLIS (3):                                    BN (3)
KEDAH (15):                                  BN (10), PKR (4), Pas (1)
KELANTAN (14):                          BN (5), Pas (9)
TERENGGANU (8):                     BN (4), Pas (4)
PULAU PINANG (13):                BN (3), DAP (7), PKR (3)
PERAK (24):                                 BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)
PAHANG (14):                             BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)
SELANGOR (22):                        BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)
WP KUALA LUMPUR (11):       BN (2), DAP (5), PKR (4)
WP PUTRAJAYA (1):                 BN (1)
WP LABUAN (1):                        BN (1)
NEGERI SEMBILAN (8):          BN (5), DAP (2), PKR (1)
MELAKA (6):                              BN (4), DAP (1), PKR (1)
JOHOR (26):                               BN (21), DAP (4), PKR (1)
SABAH (25):                               BN (22), DAP (2), PKR (1)
SARAWAK (31):                        BN (25), DAP (5), PKR (1)



Johor (56 KERUSI ) \
BN,32 PR,13 BEBAS,0

Kedah (36 KERUSI)
BN,21 PR,15 BEBAS,0

Kelantan (45 KERUSI)
BN,12 PR,33 BEBAS,0

Melaka (28 KERUSI)
BN,21 PR,7 BEBAS,0

N.9 (36 KERUSI)
BN,22 PR,14 BEBAS,0

Pahang (42 KERUSI)
BN,30 PR,11 BEBAS,0

Penang (40 KERUSI)
BN,10 PR,30 BEBAS,0

Perak (59 KERUSI)
BN,30 PR,29 BEBAS,0

Perlis (15 KERUSI)
BN,13 PR,2 BEBAS,0

Sabah (60 KERUSI)
BN,42 PR,10 BEBAS,0

Selangor (56 KERUSI)
BN,18 PR,38 BEBAS,0

Ganu (32 KERUSI)
BN,17 PR,15 BEBAS,0

May 4, 2013

PRU-13 Cukup Hebat Dan Mantopppp

Masa yang di nanti-nantikan oleh seluruh warga Malaysia bakal tiba esok di mana semua warga Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas akan keluar beramai-ramai untuk memberi mandat kepada bakal pemerintah Malaysia yang baharu dan persaingan tahun ini terlalu hebat dan melakar sejarah baru bagi PRU Malaysia.
                                            

Calon-calon bebas yang terlalu ramai menggambarkan lanskap politik Malaysia yang semakin matang dan sistem demokrasi yang dijalankan di Malaysia begitu utuh dengan keamanan yang terjaga dan 2013 ini amat berbeza dari tahun 2008 dahulu jika di lihat dari segi sekatan jalanraya yang mana tahun 2013 tampak lebih santai dan lebih aman dan lebih meriah.

Pasar Malam hari ini juga cukup meriah kerana ramai pengundi yang tinggal di luar telah mula kembali ke kampung halaman dan masing-masing berpusu-pusu ke Pasar Malam untuk menikmati hidangan kegemaran masing-masing.

                                          
Begitu juga dengan Parti Politik yang bertanding pada malam ini masing-masing "ALL OUT" berkempen sebelum jam 11.59 tarikh tamat berkempen. Memang cukup meriah malam ini dan pelbagai warna-warni bendera kelihatan di jalan raya sekitar Bandar Perda, Permatang Pauh , Jalan Baru dan boleh di katakan keseluruhan Seberang Perai dan Pulau Pinang seperti berpesta malam ini dan kedengaran juga "hon" yang di bunyikan dari Kereta  dan juga Hon Mulut.

                                                 
Saya harapkan kepada pengundi-pengundi yang layak mengundi, berfikir secara matang sebelum mengundi dan pilihlah calon yang terbaik untuk masa depan Malaysia ...serta mengundilah dengan aman dan damai tanpa mencetuskan sebarang huru-hara. Dan berlapang hati serta menerima keputusan yang bakal diumumkan pada sebelah malamnya nanti. Dan saya sendiri juga akan mengundi di sini ...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT DISINI

May 3, 2013

RM1 Semangkuk Majlis Makan Parti Politik

Saya teruja ingin berkongsi dengan anda semua al kisah tempahan untuk satu perhimpunan jamuan sebuah parti politik yang memang ntah apa-apa.

Dua hari yang lalu saya telah dihubungi untuk menyediakan bihunsup untuk dihidangkan kepada lebih kurang 2000 jemputan. Cukup teruja saya dan gembira sangat-sangat sebab kuantiti yang ditempah memang cukup banyak.

Pada hari perbincangan tersebut setelah berbincang pihak tersebut meletakkan semangkuk bihunsup dengan harga RM1.50 hahahahha, saya tergelak jugak pada mulanya. Kemudian saya up lagi kepada RM2 untuk mangkuk Polistrine yang akan saya beli untuk 2000 mangkuk. Setelah segalanya selesai saya pun menghubungi tauke daging untuk pesanan stok daging anggaran 100 Kilo bagi kegunaan hari sabtu ini termasuk mangkuk polistrine tersebut.

Memanglah kalau di congak keuntungan dengan harga tersebut memang tidak hebat tetapi boleh la sebab bihun akan dikira setengah sahaja dari mangkuk asal...kata orang sekadar ada bagi menanggung kos yang agak tinggi sekarang ini, anda bayangkan cili padi di Pulau Pinang sekarang ini sekilo harga RM10.

Awal pagi tadi saya telah dihubungi oleh penganjur tersebut memaklumkan mereka inginkan harga baru iaitu semangkuk hanya RM1.00 dan kalau saya tidak setuju tempahan tersebut akan di batalkan. Kalau setuju mereka akan teruskan. Saya amat terkejut dan terlalu merasa amat kecewa sebab mereka ini seolah-olah macam mempersendakan tempahan tersebut.

Zaman sekarang ini mana ada RM1 semangkuk, ada akai ka... kemudian saya dengan rendah diri membatalkan tempahan tersebut dan saya cakap saya lebih rela berniaga di pasar malam daripada menanggung kerugian atau pun buat letihhhh ja ..yang dapat nama mereka dan saya akan di keji sebab dengan RM1 semanggkuk hanya boleh di letakkan Bihun dan sup sahaja tanpa ada daging....berbincang dengan isteri saya kami mengambil keputusan adalah lebih baik mengundur diri kerana cemuhan orang di belakang hari pasti akan menjejaskan perniagaan bihunsup saya di pasar malam yang saya telah dikenali si Seberang Perai ini.

Kawan-kawan yang seangkatan memang ketawa terbahak-terbahak tentang tempahan tersebut...dan mereka dengan selambanya menyatakan " Ni ada yang ASYUKKKKK" huhuhuhuh, kemudian kami sama-sama tertawa......

Nasihat saya kepada mereka-mereka yang terlibat, kalau nak makan pun jangan banyak sangat.....tak berkat...sikit-sikit cukuplah.......Pilihan Raya hanya 5 tahun sekali ..selepas hari ahad ini maka kembalilah mereka menggigit jari......

Sabar aje lahhhhh...huhuhu

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG LEBIH BARAKAH