nuffnang1

.:)

May 13, 2013

Pasca Pilihan Raya ke -13 Dan Pemulihan Pasar Malam

Selepas tamat dengan perang poster dan ceramah politik maka sedikit kelegaan mula dirasai oleh kami peniaga pasar malam apabila mulai tarikh mengundi 5 mei sehingga sekarang ini perniagaan mulai maju dan rasanya sedikit pemulihan akan berlaku.

Di Taman Pauh sendiri dan Pasar Malam Mengkuang Titi, kehadiran pembeli dan pengunjung kini berpusu-pusu ramainya dari petang hinggalah ke malam hari dan tidak mustahil pada malam tadi kebanyakan peniaga menutup gerai masing-masing sekitar jam 8.45 malam dan itu menunjukan satu rekod yang cukup memberangsangkan.

                           

Apa yang di risaukan sekarang adalah demontrasi yang berlaku selepas pilihanraya oleh pihak-pihak tertentu... saya sarankan kepada sahabat-sahabat kita jangan risau tentang soal politik ini kita teruskan perniagaan kita macam biasa dan kalau boleh jangan terlibat sama sekali . Seperti yang saya pernah bicarakan dalam entry terdahulu sebagai seorang peniaga kita harus menghormati setiap pelanggan  walau apa pun  fahaman politik mereka. Tidak perlulah kita campur tangan soal mereka demi menjaga hati mereka kerana mungkin terdapat segelintir yang mogok untuk ke gerai kita andainya kita terlalu menyokong mana-mana parti politik. Justeru itu cara terbaik kita bersikap " Neutral ".

Sejak 2 ke 3 hari kebelakangan ini angin terlalu kuat di sesetengah kawasan terutamanya di lokasi pasar malam yang berhampiran dengan pantai . Ramalam cuaca meramalkan yang angin akan berterusan selama 2 seminggu lagi kerana pusaran angin telah terbentuk diluar kawasan pantai sebelah Barat Malaysia dan kawasan Pantai Barat akan menjadi sasaran sebelum menuju ke Pantai Timur. Namun saya pasti setiap peniaga kurang gusar tentang angin ...apa yang penting tidak disusuli dengan hujan.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN MULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI
Post a Comment