nuffnang1

.:)

May 3, 2013

RM1 Semangkuk Majlis Makan Parti Politik

Saya teruja ingin berkongsi dengan anda semua al kisah tempahan untuk satu perhimpunan jamuan sebuah parti politik yang memang ntah apa-apa.

Dua hari yang lalu saya telah dihubungi untuk menyediakan bihunsup untuk dihidangkan kepada lebih kurang 2000 jemputan. Cukup teruja saya dan gembira sangat-sangat sebab kuantiti yang ditempah memang cukup banyak.

Pada hari perbincangan tersebut setelah berbincang pihak tersebut meletakkan semangkuk bihunsup dengan harga RM1.50 hahahahha, saya tergelak jugak pada mulanya. Kemudian saya up lagi kepada RM2 untuk mangkuk Polistrine yang akan saya beli untuk 2000 mangkuk. Setelah segalanya selesai saya pun menghubungi tauke daging untuk pesanan stok daging anggaran 100 Kilo bagi kegunaan hari sabtu ini termasuk mangkuk polistrine tersebut.

Memanglah kalau di congak keuntungan dengan harga tersebut memang tidak hebat tetapi boleh la sebab bihun akan dikira setengah sahaja dari mangkuk asal...kata orang sekadar ada bagi menanggung kos yang agak tinggi sekarang ini, anda bayangkan cili padi di Pulau Pinang sekarang ini sekilo harga RM10.

Awal pagi tadi saya telah dihubungi oleh penganjur tersebut memaklumkan mereka inginkan harga baru iaitu semangkuk hanya RM1.00 dan kalau saya tidak setuju tempahan tersebut akan di batalkan. Kalau setuju mereka akan teruskan. Saya amat terkejut dan terlalu merasa amat kecewa sebab mereka ini seolah-olah macam mempersendakan tempahan tersebut.

Zaman sekarang ini mana ada RM1 semangkuk, ada akai ka... kemudian saya dengan rendah diri membatalkan tempahan tersebut dan saya cakap saya lebih rela berniaga di pasar malam daripada menanggung kerugian atau pun buat letihhhh ja ..yang dapat nama mereka dan saya akan di keji sebab dengan RM1 semanggkuk hanya boleh di letakkan Bihun dan sup sahaja tanpa ada daging....berbincang dengan isteri saya kami mengambil keputusan adalah lebih baik mengundur diri kerana cemuhan orang di belakang hari pasti akan menjejaskan perniagaan bihunsup saya di pasar malam yang saya telah dikenali si Seberang Perai ini.

Kawan-kawan yang seangkatan memang ketawa terbahak-terbahak tentang tempahan tersebut...dan mereka dengan selambanya menyatakan " Ni ada yang ASYUKKKKK" huhuhuhuh, kemudian kami sama-sama tertawa......

Nasihat saya kepada mereka-mereka yang terlibat, kalau nak makan pun jangan banyak sangat.....tak berkat...sikit-sikit cukuplah.......Pilihan Raya hanya 5 tahun sekali ..selepas hari ahad ini maka kembalilah mereka menggigit jari......

Sabar aje lahhhhh...huhuhu

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG LEBIH BARAKAH


No comments :