nuffnang1

.:)

May 4, 2013

PRU-13 Cukup Hebat Dan Mantopppp

Masa yang di nanti-nantikan oleh seluruh warga Malaysia bakal tiba esok di mana semua warga Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas akan keluar beramai-ramai untuk memberi mandat kepada bakal pemerintah Malaysia yang baharu dan persaingan tahun ini terlalu hebat dan melakar sejarah baru bagi PRU Malaysia.
                                            

Calon-calon bebas yang terlalu ramai menggambarkan lanskap politik Malaysia yang semakin matang dan sistem demokrasi yang dijalankan di Malaysia begitu utuh dengan keamanan yang terjaga dan 2013 ini amat berbeza dari tahun 2008 dahulu jika di lihat dari segi sekatan jalanraya yang mana tahun 2013 tampak lebih santai dan lebih aman dan lebih meriah.

Pasar Malam hari ini juga cukup meriah kerana ramai pengundi yang tinggal di luar telah mula kembali ke kampung halaman dan masing-masing berpusu-pusu ke Pasar Malam untuk menikmati hidangan kegemaran masing-masing.

                                          
Begitu juga dengan Parti Politik yang bertanding pada malam ini masing-masing "ALL OUT" berkempen sebelum jam 11.59 tarikh tamat berkempen. Memang cukup meriah malam ini dan pelbagai warna-warni bendera kelihatan di jalan raya sekitar Bandar Perda, Permatang Pauh , Jalan Baru dan boleh di katakan keseluruhan Seberang Perai dan Pulau Pinang seperti berpesta malam ini dan kedengaran juga "hon" yang di bunyikan dari Kereta  dan juga Hon Mulut.

                                                 
Saya harapkan kepada pengundi-pengundi yang layak mengundi, berfikir secara matang sebelum mengundi dan pilihlah calon yang terbaik untuk masa depan Malaysia ...serta mengundilah dengan aman dan damai tanpa mencetuskan sebarang huru-hara. Dan berlapang hati serta menerima keputusan yang bakal diumumkan pada sebelah malamnya nanti. Dan saya sendiri juga akan mengundi di sini ...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT DISINI

No comments :