nuffnang1

.:)

May 23, 2011

SUKAR DI RAMAL



Salam dan selamat sejahtera buat saudara dan saudari sekalian...semoga hepi dan ceria hendaknye....

Pulau Pinang sekarang ini mengalami cuaca yang amat sukar di ramalkan, dah hampir seminggu hujan tidak menentu, adakalanya di waktu pagi atau petang tetapi kebanyakkanya pada sebelah malam antara jam 7 hingga 9 malam.

Jadi pastinya ramai di antara kita peniaga Pasar Malam mengalami kemerosotan dalam perniagaan pada minggu lepas dan minggu ini. Namun apa yang mampu kita lakukan sabar dan terus berniaga tanpa rasa jemu...tetapi andaikata tidak mampu nak bertahan..maka sebaiknya bercuti dahulu dalam sehari dua agar hilang sedikit tekanan.

Bagi saya juga terasa sedikit kemerosotan walaupun masih dapat keuntungan cuma lagi keuntungan agak nipis .Saya tidak boleh bercuti kerana semua pekerja saya makan gaji sepenuhnya dengan saya..jadi saya tidak sampai hati nak biarkan mereka alami keputusan wang..biarlah saya tanggung sedikit beban asalkan mereka rasa gembira...tidak salah andainya berbuat begini memandangkan mereka dah banyak membantu saya selama ini..

Apa yang saya harapkan kini biarlah cuaca berubah dan kembali pulih sediakala. saya doakan tuan tuan juga tabah hadapi situasi ini..dan sama-sama kita berdoa...kerana segalanya adalah kehendak Allah, tanpa rsetunya segalanya tidak akan berlaku ..maka bertawakal lah kita...insyallah pintu rezeki akan sentiasa terbuka di hadapan...

EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PERTAMA ON9 DI MALAYSIA DISINI..DAPATKAN SEGERA...DENGAN HARGA YANG CUKUP MURAH...