nuffnang1

.:)

Jan 26, 2010

Jutawan Pasar Malam


Salam dan selamat sejahtera!!!!!

Bila orang cakap pasal jutawan, semua orang pasti nak jadi jutawan...tapi bagaimana cara nak jadi jutawan????

Ramai yang berminda negatif, huh kalau nak jadi jutawan kena buat bisnes besar, impot dan ekspot. Adakah itu semua benar ...ya saya pasti segalanya pasti bermain atau berlegar di minda anda...namun tidak pernah pun tergambar di minda anda yang peniaga Pasar Malam juga merupakan jutawan yang senyap....tidak pernah nak bermegah-megah dan apa yang mereka ada, mereka tetap dengan cara dan kehidupan mereka yang "Low Profile". tepuk dada tanya selera...apa kah matlamat anda dalam kehidupan ini, nak makan gaji atau kerja sendiri.

Kalau makan gaji mudah dan senang, tak perlu pening kepala..masuk jam 8 pagi balik jam 5 petang , cukup bulan bawa kad singgah di mesin ATM...cucuk duit pun keluar...tapi berbaloikah pendapatan yang anda perolehi sekarang!!!

Jika anda berniaga di Pasar Malam tak perlu tunggu cukup bulan, hari-hari pergi Bank masuk duit bukan keluar duit...debit kad pun tak kotor ...???

Segalanya terpulang pada diri anda....jika anda berminat atau ingin belajar saya dengan berbesar hati sanggup mengajar anda..sila klik Jutawan Pasar Malam di sini...

Jan 11, 2010

2 Minggu Yang Penuh Cabaran


Salam sejahtera buat anda semua, moga sihat walafiat hendaknya.

Kebelakangan ni banyak penulisan saya berupa luahan perasaan namun sebenarnya ia terselit atau tersembunyi sejuta pengajaran buat anda semua termasuk diri saya sendiri. Dalam keadaan sedar atau tidak kita dapat belajar dari apa yang berlaku pada diri kita atau pada orang lain dan semua ini boleh di jadikan pengajaran yang amat berharga dalam kita mengharungi liku liku sebagai seorang peniaga tak kiralah samada Pasar Malam atau perniagaan lain.

Entah mengapa sejak 2 minggu kebelakangan ini banyak masalah timbul pada pekerja saya dan saya tidak pasti apa yang menjadi sebab musababnya. Petang tadi sorang lagi buat hal, last minit baru sms bagitau nak bercuti, adussss dah jam 3 petang baru nak bagi tau.... dalam hati saya bengkak lah jugak namun sebagai seorang majikan dan pengalaman luas yang saya ada, saya tidak melatah dan saya beri kebenaran pada budak tu nak bercuti sebab saya sedar hari ini adalah hari ahad dan sudah semestinya hari bagi muda mudi bercengkerama di bawah bulan purnama (Cam filem P. Ramlee he he he).

Di sebabkan saya ada ramai contact ..masalah nak cari pengganti tak timbul sangat ...dalam tak sampai 10 minit saya dah berjaya dapatkan pengganti...namun semuanya tidak semudah yang anda sangkakan. Kita perlu belajar dari semua sudut dan aspek bagaimana nak atasi setiap kemelut yang hadir dengan bijaksana dan profesional...

Nak tahu segalanya dengan lebih lanjut saya sarankan anda dapatkan ebook The Silent Pasar Malam Billionaire yang penuh dan padat dengan maklumat...di bawah >>

DAPATKAN SEGERA EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA...STOK HANYA ADA 3 SAHAJA LAGI

Jan 7, 2010

Pengurusan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Hari ini merupakan satu detik yang amat bersejarah buat diri saya yang telah pun berniaga selama 15 tahun, bukannya hari sejarah yang menggembirakan tetapi yang mendukacitakan.

Mana tidaknya 2 pekerja yang baru saya ambik bekerja boleh kencing ( tak datang kerja ). Hari ini macam biasalah saya bergerak ke lokasi Pasar Malam jam 5.30 petang , dalam perjalanan hujan turun agak lebat . Tanpa perasaan syak atau wasangka saya terus bergerak dengan hati yang tenang memandangkan hari ini Rabu, lokasi perniagaan saya di Alma dan tempat ini merupakan tempat ke dua jualan tertinggi saya dalam satu minggu.

Sampai sahaja ke lokasi saya sedikit terkejut kerana segala layout meja jualan belum siap, biasanya bila saya sampai semuanya sudah teratur dengan rapi sekali, mulanya saya menjangkakan mungkin sebab hujan bebudak ni lambat siap sikit.

Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali kerana 2 orang pekerja saya tidak datang , adusssssssss punya la hangat hati saya, belum pernah sejarah selama ini saya berniaga pekerja tidak datang tanpa memaklumkan pada saya. Tapi apa boleh buat terpaksalah saya ambil jalan alternif telefon partimer punya budak....

Nasib baik lah diaorang boleh datang, mungkin juga dengan kuasa Allah yang ingin membantu saya di turunkannya hujan.... hujan ini juga menjadi penyelamat pada saya disebabkan kurang pelanggan dan perniagaan saya tidak kelam kabut dan saya bersyukur, walaupun lembab namun masih mencatatkan keuntungan walaupun tidak banyak yang pentingnya untunggggg he he he.

Tindakkan saya selanjutnya terus memecat bebudak 2 orang tu tanpa sebarang notis dan saya mengarahkan mereka memulangkan uniform esok juga. Saya tidak pasti kenapa mereka gagal datang bekerja, malas nak tanya atau soal selidik!!!!!

DAPATKAN EBOOK PENDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN PALING TOP DISINI

Jan 4, 2010

BenarKah Anda Sudah Mantap


Salam dan selamat sejahtera... selamat menyambut tahun baru 2010 dan moga kedatangan tahun baru ini akan lebih menyedarkan anda tentang kehidupan sebenar di dalam dunia yang lebih nyata dan penuh dengan cabaran.

Pasti atau yakinkah anda yang perniagaan anda benar-benar mantap dan hebat?????? soalan ini saya ajukan kepada peniaga Pasar Malam yang dah lama berniaga!!!!

Mungkin jawapan dari anda...... ya aku sudah mantap namun ada juga yang sekadar diam dan dalam keadaan serba tidak yakin!!!!

Semua ini saya akui terjadi pada setiap peniaga Pasar Malam, jika tidak masa kan ada yang usia perniagaan sekadar 3 ke 4 bulan sahaja malahan ada yang terus kecewa setelah baru bermula tak sampai pun 2 bulan. Kenapa???? Kenapa???? dan Kenapa??? ini harus berlaku, cuba tanya pada diri anda sendiri dan renung-renungkan!!!!

Ramai yang berlagak sombong dan angkuh sebelum masuk ke Pasar Malam sebab ada antaranya bersikap enteng...ala niaga kat Pasar Malam apa yang susah sangat!!! begitulah kata-kata mereka yang baru nak terjun ke Pasar Malam...namun di sebalik sikap angkuh itu lah mereka akan terjerat dan mengelupur di sekerat jalan...dengan seribu penyesalan .Tidak semudah yang anda sangkakan seperti mudahnya anda berjalan-jalan di pasar Malam dan membeli belah semahunya ...Keadaan akan cukup berbeza setelah anda bergelar peniaga Pasar Malam...

Justeru itulah saya telah memikirkan perkara ini sejak lama dulu untuk berkongsi maklumat dengan anda bagi memantapkan perniagaan Pasar Malam anda...sama lah juga macam anda nak menduduki peperiksaan , tak kira lah, UPSR, PMR, SPM , STPM atau peperiksaan kenaikan pangkat...segala-galanya memerlukan Ilmu serta kajian serta pelajaran yang dapat anda jadikan pedoman.

Justeru itulah saya telah menerbitkan sebuah ebook yang penuh bermaklumat tentang perniagaan Pasar Malam untuk anda mendalami ilmu Pasar Malam , tak kiralah anda yang masih baru atau sedah lama dalam Pasar Malam...ubah minda anda dan bersikap terbuka bagaimana ingin menjadi seorang Peniaga Pasar Malam yang berjaya dan dapat membina kekuatan ekonomi anda....walaupun pendapatan pasar Malam anda tidak sehebat perniagaan export dan import namun anda bakal memiliki kebebasan kewangan yang maha hebat dari mereka yang makan gaji....Kenapa??? TAK PERCAYA????

Kalau anda masih ragu sila klik sini >>> THE SILENT PASAR MALAM EBOOK