nuffnang1

.:)

Jan 11, 2010

2 Minggu Yang Penuh Cabaran


Salam sejahtera buat anda semua, moga sihat walafiat hendaknya.

Kebelakangan ni banyak penulisan saya berupa luahan perasaan namun sebenarnya ia terselit atau tersembunyi sejuta pengajaran buat anda semua termasuk diri saya sendiri. Dalam keadaan sedar atau tidak kita dapat belajar dari apa yang berlaku pada diri kita atau pada orang lain dan semua ini boleh di jadikan pengajaran yang amat berharga dalam kita mengharungi liku liku sebagai seorang peniaga tak kiralah samada Pasar Malam atau perniagaan lain.

Entah mengapa sejak 2 minggu kebelakangan ini banyak masalah timbul pada pekerja saya dan saya tidak pasti apa yang menjadi sebab musababnya. Petang tadi sorang lagi buat hal, last minit baru sms bagitau nak bercuti, adussss dah jam 3 petang baru nak bagi tau.... dalam hati saya bengkak lah jugak namun sebagai seorang majikan dan pengalaman luas yang saya ada, saya tidak melatah dan saya beri kebenaran pada budak tu nak bercuti sebab saya sedar hari ini adalah hari ahad dan sudah semestinya hari bagi muda mudi bercengkerama di bawah bulan purnama (Cam filem P. Ramlee he he he).

Di sebabkan saya ada ramai contact ..masalah nak cari pengganti tak timbul sangat ...dalam tak sampai 10 minit saya dah berjaya dapatkan pengganti...namun semuanya tidak semudah yang anda sangkakan. Kita perlu belajar dari semua sudut dan aspek bagaimana nak atasi setiap kemelut yang hadir dengan bijaksana dan profesional...

Nak tahu segalanya dengan lebih lanjut saya sarankan anda dapatkan ebook The Silent Pasar Malam Billionaire yang penuh dan padat dengan maklumat...di bawah >>

DAPATKAN SEGERA EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA...STOK HANYA ADA 3 SAHAJA LAGI

No comments :