nuffnang1

.:)

Feb 20, 2014

Bermasam Muka Sesama Peniaga Pasar Malam

Saya sungguh teruja dengan tajuk entry pada hari ini bila mana memang berlaku apa yang sering diperkatakan oleh setiap peniaga pasar malam. Masing-masing ada yang tak berpuas hati dengan sesetengah peniaga samada sakit hati atau pelbagai masalah yang timbul.

                               

Saya tidak berani mengatakan hal sebenarnya sebab siasatan dalaman saya masih belum menemui bukti kukuh apa sebab musabab yang mengakibatkan ada antara peniaga yang bermasam muka sesama sendiri.

Kalau nak diulaskan pasti banyak alasan yang logik dan tidak logik bakal dilontarkan oleh mereka mengikut pendapat masing-masing. Namun pemerhatian saya adalah sebab utama mungkin akibat terlalu kerap berjalan dan melepak disesetengah gerai di pasar malam. kekadang perkara yang remeh temeh pun boleh menjadi pergaduhan dan isu yang mengakibatkan berlakunya sifat tidak puas hati di antara satu sama lain.

Dari segi barang jualan yang sama juga tidak dapat dinafikan seperti menjual nasi lemak dan seorang lagi juga menjual nasi lemak....maka sudah pastinyalah masing-masing akan mengatakan barang jualanya lah yang terbaik. Sikap memburuk-burukkan peniaga lain juga berlaku di kalangan peniaga pasar malam. Mereka sebenarnya silap jika memburukkan sahabat yang lain kerana kawan yang mendengar akan memaklumkan kepada sahabat yang di kutuk tadi....maka akan berpotensi lah berlakunya pertengkaran , atau setidak-tidaknya akan bermasam muka.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DIFAHAMI DISINI

Feb 14, 2014

Baru Sebulan Setengah Tak Hujan Dah Kecoh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pada pengamatan saya masuk Januari 2014 hujan sudah agak kurang turun dan pada pertengahan Januari agak ketara dan sehingga sekarang hujan tidak turun dan bolehlah di kategorikan dalam keadaan kemarau atau sedikit kemarau....

Rata-rata orang berbicarakan soal musim kemarau dan panas disana-sini namun terfikir jugak saya kenapa semasa bulan Ogos 2013 sehingga Disember 2013 tiada yang mempertikaikan hujan turun setiap hari tanpa berhenti dan banjir dimerata tempat. Bila panas sedikit sahaja sudah mula bising dan dah mula nak catukan air.

Dan lagi satu perkara yang paling saya benci isu menghina di sana sini yang cukup berleluasa dan kekadang tu dah malas nak dengar kat TV dan pelbagai aduan di buat ...memang benarlah bagai di katakan...Malaysia ni banyak undang-undangnya namun penguatkuasaan ...entah ler....malas nak bicara...jom kita lena lagi bagus....

EBOOK PASAR MALAM ANDA , DAPATKAN SEGERA DISINI SEKARANG 

Feb 7, 2014

Susah Ker Berniaga di Pasar Malam

Dah agak lama bermain di minda saya untuk posting entry tajuk seperti di atas kerana sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya dan cuba selidik kehidupan peniaga pasar malam dari pelajar Universiti, pekerja swasta dan mereka yang telah bersara dari tentera.



Soalan yang kerap di timbulkan meliputi pelbagai perkara dan aspek yang orang tidak pernah terlibat dalam dunia perniagaan pasti bermain di minda mereka.

Soalan Lazim :

1.  Boleh ker dapat untung sampai RM3000 sebulan.

2.  Ada masa ker nak pergi kenduri kendara.

3.  Tak letih ker.

4.  Kalau hujan macam mana ?

5.  Kalau Rugi Macam Mana ?.

6.  Saya nak jual apa !.

7.  Modal banyak ker !.

8. Ada masa ker dengan keluarga !.

9.  Saya tak pandai berniaga .


Dan pelbagai lagi soalan dari mereka yang sentiasa ingin tahun tentang pasar malam namun tidak yakin melakukannya.

Jawapan daripada saya serta ulasan di bawah......namun saya kurang pasti samada mereka dapat menerimanya atau pun tidak .

Soal menjana keuntungan yang banyak sebenarnya bergantung kepada usaha anda sendiri samada untuk anda mencapai pendapatan bulanan dari RM1000 ke RM 10,000 atau lebih. Usaha yang berterusan akan menjadikan perniaagaan anda bertambah maju dan anda akan pasti menjana keuntungan melebihi dari apa yang anda  dapat sekarang.

Sebagai contoh untuk melayakkan anda mencapai pendapatan RM2,200 sebulan anda perlu memiliki segulung ijazah namun berniaga di pasar tanpa ijazah pun anda mampu meraih lebih dari itu malah pendapatan anda adakalanya melebihi orang yang mempunyai Phd atau gelaran Dr Falsafah, mungkin anda terfikir sejenak, apa kah benar kata-kata saya ini. Silakan anda "survey" sendiri peniaga pasar malam namun anda tidak perlu bertanya kepada mereka kerana mereka tidak akan menyatakan jumlah sebenarnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat disebalik tabir kehidupan mereka di luar pasar malam.

Sebagai contoh adalah kenderaan yang mereka miliki, rumah kediaman dan perbelanjaan harian mereka melebihi dari apa yang anda ada. Anda mungkin kalau keluar bersama famili bajet makan sekadar RM40 ke RM50 namun mereka mampu berbelanja sehingga RM200 dengan sekali keluar makan.

Mungkin dikalangan bukan peniaga pasar malam terfikir adakah golongan kami mempunyai masa untuk bermasyarakat seperti menghadiri kenduri kendara atau menziarahi mayat dan berkunjung ke rumah sahabat handai serta saudara mara.

Segalanya bergantung kepada diri individu itu sendiri, kalau yang makan gaji sekali pun jika ada sifat malas ianya tetap akan berlaku jadi perkara ini adalah isu sikap dan bukan hanya peniaga pasar malam sahaja. Dalam kelompok kami peniaga pasar malam jika mengadakan kenduri kahwin adalah cukup meriah kerana pengalaman saya , kawan-kawan peniaga yang hadir cukup ramai sehinggakan pernah suatu ketika nasi dan lauk pauk tidak cukup menampung disebabkan ada yang menjangkakan kami tidak akan hadir disebabkan kekangan masa .

Soal keletihan atau kepenatan berniaga sama jugalah dengan anda yang makan gaji samada yang menggunakan tenaga/tulang 4 kerat atau yang menggunakan otak. Sebagai contoh saya katakan isteri saya seorang guru yang bekerja menggunakan otak namun keletihan yang di pamerkan tidak banyak bezanya dengan orang yang menggunakan tenaga.

Anda sebenarnya harus bijak menangani perkara ini kerana tidak selamanya anda akan bekerja sendiri, bila mana anda telah mempunyai pekerja maka dengan sendirinya bebanan anda akan berkurangan dan anda mempunyai masa rehat yang lebih berbanding makan gaji.

Kelebihan dan kekurangan berniaga di pasar malam sama juga seperti anda yang bekerja makan gaji . Kami mungkin juga menghadapi masalah sekiranya hujan turun dengan lebat dan jika datangnya musim hujan atau banjir tetapi sebagai peniaga kami telah bersedia untuk menghadapi situasi ini dan kami telah mempunyai sedikit simpanan buat persediaan perbelanjaan. Namun perlu di tegaskan pendapatan sebelum musim hujan sudah mampu mengaut keuntungan 3 bulan jika dibandingkan dengan makan gaji.

Sering kali timbul persoalan nak berniaga apa? kenapa harus timbul perkara ini. Buka minda anda sedikit kerana di zaman serba canggih ini tidak susah untuk mendapatkan ilmu berkaitan pelbagai perniagaan samada online atau offline kerana banyak buku dan ebook dijual bagi mendapatkan pengetahuan perniagaan pasar malam....dan sebagai contoh seperti EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR.


Berbalik semula kita kembali kepada zaman kanak-kanak dahulu, kita dilahirkan tanpa mengetahui apa-apa pun tentang dunia kehidupan ini dari makan, minum dan sebagainya. Kemudian secara perlahan-lahan kita berlajar mengenali huruf A hingga Z ......alif hingga Yaa. Dari sekokah rendah ke sekolah menengah kemudian ke Universiti. Begitulah perumpamaanya, kalau tidak belajar mencari sedikit maklumat atau ilmu pasti kita tidak akan mengetahui apa-apa pun maka dengan itu apa sahaja bidang yang anda ceburi pasti tidak berjaya dan anda hanya akan berada di takuk lama semasa anda berusia 18 tahun hingga ke umur 60 tahun hanya dengan perbezaan kenaikan gaji tidak sampai pun RM1000.....adakah itu yang anda banggakan..

Fikir dan renung-renungkan......entry ini hanya sebagai motivasi kepada anda bukan untuk menjatuhkan sesiapa....salam sayang dari saya... AREE BIHUNSUP EX-SERVICE.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PANDUAN ANDA BERMULA SEKARANG




Feb 3, 2014

Peniaga Pasar Malam Yang Lupa Diri - Iktibar Buat Semua

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua.. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina ..... Gong Sze Fa Cai    2014.

Ramai yang pulang ke kampung halaman menziarahi sanak saudara dan kesempatan cuti ini diambil oleh semua kaum di Malaysia dan inilah sebuah masyarakat majmuk 1Malaysia.

Namun bagi kami peniaga pasar malam tetap meneruskan perniagaan macam biasa kerana berniaga sendiri perlu ada sedikit komitmen dan cuti hanya pada hari yang biasa bercuti . Tidak perlu mengikut cuti-cuti di kalendar.

Semalam semasa berniaga di Pasar Malam Taman Pauh, suasana sedikit lengang namun tidak kurang hebatnya walaupun ketiadaan penuntut Uitm dan Politeknik namun perniagaan masih rancak seperti biasa di sebabkan kunjungan orang ramai dari luar sempena cuti Tahun Baru Cina.

Dalam kami berehat maka ada seorang kawan bercerita tentang seorang peniaga pasar malam di kalangan kami yang mempunyai ramai pekerja dan menjalankan perniagaan di 3 ke 4 lokasi dalam sehari. Dan ramai menjangkakan perniagaan beliau cukup hebat dan menakjubkan serta pastinya memberi keuntungan yang cukup besar.

Walaupun semasa kami semua berada dalam keadaan perit ketika musim hujan sekitar Ogos hingga November 2013 namun beliau mengatakan perniagaannya kurang terjejas. Semasa borak-borak kosong seorang kawan berkata yang beliau mempunyai banyak hutang . Saya hanya mendengar dan tidak masuk campur kerana saya tidak mahu menokok tambah takut nanti dikatakan fitnah.

Saya tunggu sehingga esok pagi dan saya sendiri bertanya kepada tauke kedai barang yang dikatakan oleh sahabat saya ...  pertanyaan saya dijawab oleh tuan punya kedai " Ya Memang Benar, Si Polan masih berhuntang sebanyak ribuan ringgit ". Namun sekarang beliau tidak pernah berkunjung ke kedai tersebut lagi disebabkan tidak membayar hutang. Bila di talipon beliau akan mematikan talipon. Tuan punya kedai pernah menghantar orang untuk meminta hutang namun tidak berjaya. 

Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa disini tetapi sekadar ingin berkongsi dengan anda pengalaman yang boleh memberi sedikit manafaat serta keinsafan dalam diri kita . Iktibar yang amat besar dan kita perlu belajar dari kisah benar ini agar kita sendiri tidak tersasar dan menjadi sebagai pesalah yang sentiasa melarikan diri.

Fikir dan renung-renung kan, hari ini kita untung besar namun esok lusa belum tahu lagi jadi berniagalah dengan jujur dan ikhlas. Layan pelanggan dengan senyuman, hutang wajib dibayar tidak kira jumlah yang kecil atau besar, jangan ada niat berdengki sesama peniaga bila ada yang lebih maju dari kita.....dan jangan menghina sahabat yang tidak tidak sehaluan dengan kita kerana " KETAYAP DI ATAS KEPALA BUKAN MENCERMINKAN MUSLIM SEJATI"..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH INFORMASI TERKINI DISINI