Dah agak lama bermain di minda saya untuk posting entry tajuk seperti di atas kerana sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya dan cuba selidik kehidupan peniaga pasar malam dari pelajar Universiti, pekerja swasta dan mereka yang telah bersara dari tentera.
Soalan yang kerap di timbulkan meliputi pelbagai perkara dan aspek yang orang tidak pernah terlibat dalam dunia perniagaan pasti bermain di minda mereka.
Soalan Lazim :
1. Boleh ker dapat untung sampai RM3000 sebulan.
2. Ada masa ker nak pergi kenduri kendara.
3. Tak letih ker.
4. Kalau hujan macam mana ?
5. Kalau Rugi Macam Mana ?.
6. Saya nak jual apa !.
7. Modal banyak ker !.
8. Ada masa ker dengan keluarga !.
9. Saya tak pandai berniaga .
Dan pelbagai lagi soalan dari mereka yang sentiasa ingin tahun tentang pasar malam namun tidak yakin melakukannya.
Jawapan daripada saya serta ulasan di bawah......namun saya kurang pasti samada mereka dapat menerimanya atau pun tidak .
Soal menjana keuntungan yang banyak sebenarnya bergantung kepada usaha anda sendiri samada untuk anda mencapai pendapatan bulanan dari RM1000 ke RM 10,000 atau lebih. Usaha yang berterusan akan menjadikan perniaagaan anda bertambah maju dan anda akan pasti menjana keuntungan melebihi dari apa yang anda dapat sekarang.
Sebagai contoh untuk melayakkan anda mencapai pendapatan RM2,200 sebulan anda perlu memiliki segulung ijazah namun berniaga di pasar tanpa ijazah pun anda mampu meraih lebih dari itu malah pendapatan anda adakalanya melebihi orang yang mempunyai Phd atau gelaran Dr Falsafah, mungkin anda terfikir sejenak, apa kah benar kata-kata saya ini. Silakan anda "survey" sendiri peniaga pasar malam namun anda tidak perlu bertanya kepada mereka kerana mereka tidak akan menyatakan jumlah sebenarnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat disebalik tabir kehidupan mereka di luar pasar malam.
Sebagai contoh adalah kenderaan yang mereka miliki, rumah kediaman dan perbelanjaan harian mereka melebihi dari apa yang anda ada. Anda mungkin kalau keluar bersama famili bajet makan sekadar RM40 ke RM50 namun mereka mampu berbelanja sehingga RM200 dengan sekali keluar makan.
Mungkin dikalangan bukan peniaga pasar malam terfikir adakah golongan kami mempunyai masa untuk bermasyarakat seperti menghadiri kenduri kendara atau menziarahi mayat dan berkunjung ke rumah sahabat handai serta saudara mara.
Segalanya bergantung kepada diri individu itu sendiri, kalau yang makan gaji sekali pun jika ada sifat malas ianya tetap akan berlaku jadi perkara ini adalah isu sikap dan bukan hanya peniaga pasar malam sahaja. Dalam kelompok kami peniaga pasar malam jika mengadakan kenduri kahwin adalah cukup meriah kerana pengalaman saya , kawan-kawan peniaga yang hadir cukup ramai sehinggakan pernah suatu ketika nasi dan lauk pauk tidak cukup menampung disebabkan ada yang menjangkakan kami tidak akan hadir disebabkan kekangan masa .
Soal keletihan atau kepenatan berniaga sama jugalah dengan anda yang makan gaji samada yang menggunakan tenaga/tulang 4 kerat atau yang menggunakan otak. Sebagai contoh saya katakan isteri saya seorang guru yang bekerja menggunakan otak namun keletihan yang di pamerkan tidak banyak bezanya dengan orang yang menggunakan tenaga.
Anda sebenarnya harus bijak menangani perkara ini kerana tidak selamanya anda akan bekerja sendiri, bila mana anda telah mempunyai pekerja maka dengan sendirinya bebanan anda akan berkurangan dan anda mempunyai masa rehat yang lebih berbanding makan gaji.
Kelebihan dan kekurangan berniaga di pasar malam sama juga seperti anda yang bekerja makan gaji . Kami mungkin juga menghadapi masalah sekiranya hujan turun dengan lebat dan jika datangnya musim hujan atau banjir tetapi sebagai peniaga kami telah bersedia untuk menghadapi situasi ini dan kami telah mempunyai sedikit simpanan buat persediaan perbelanjaan. Namun perlu di tegaskan pendapatan sebelum musim hujan sudah mampu mengaut keuntungan 3 bulan jika dibandingkan dengan makan gaji.
Sering kali timbul persoalan nak berniaga apa? kenapa harus timbul perkara ini. Buka minda anda sedikit kerana di zaman serba canggih ini tidak susah untuk mendapatkan ilmu berkaitan pelbagai perniagaan samada online atau offline kerana banyak buku dan ebook dijual bagi mendapatkan pengetahuan perniagaan pasar malam....dan sebagai contoh seperti EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR.
Berbalik semula kita kembali kepada zaman kanak-kanak dahulu, kita dilahirkan tanpa mengetahui apa-apa pun tentang dunia kehidupan ini dari makan, minum dan sebagainya. Kemudian secara perlahan-lahan kita berlajar mengenali huruf A hingga Z ......alif hingga Yaa. Dari sekokah rendah ke sekolah menengah kemudian ke Universiti. Begitulah perumpamaanya, kalau tidak belajar mencari sedikit maklumat atau ilmu pasti kita tidak akan mengetahui apa-apa pun maka dengan itu apa sahaja bidang yang anda ceburi pasti tidak berjaya dan anda hanya akan berada di takuk lama semasa anda berusia 18 tahun hingga ke umur 60 tahun hanya dengan perbezaan kenaikan gaji tidak sampai pun RM1000.....adakah itu yang anda banggakan..
Fikir dan renung-renungkan......entry ini hanya sebagai motivasi kepada anda bukan untuk menjatuhkan sesiapa....salam sayang dari saya... AREE BIHUNSUP EX-SERVICE.
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK PANDUAN ANDA BERMULA SEKARANG
No comments :
Post a Comment