nuffnang1

.:)

Jun 29, 2009

Kandungan Ebook Pasar Malam



Salam buat semua, disini saya ingin menerangkan serba sedikit kandungan ebook The Silent Pasar Malam Biliionaire saya.

Saya dapati ramai yang salah faham tentang kandungan ebook tersebut,kebanyakkan mereka menganggap yang kandungan ebook tersebut mempunyai resipi tetapi sebenarnya saya tidak langsung menjual resipi atau menu makanan atau minuman.

Ebook The Silent Pasar Malam Billionaire sebenarnya menceritakan bagaimana memulakan perniagaan Pasar Malam dan mengajar anda tentang kaedah dan teknik perniagaan ini yang merangkumi:

1. Bagaimana memulakan perniagaan yang anda tidak tahu langsung apa itu sebenarnya Pasar Malam.

2. Bagaimana mendapatkan tapak Pasar Malam.

3. Bagaimana mendapatkan lesen berniaga.

4. Bagaimana memilih lokasi terbaik.

5. Bagaimana memilih kenderaan.

6. Bagaimana memilih generator/lampu.

7. Teknik meledakkan perniagaan anda.

8. Mengurangkan risiko kerugian di kala hujan.

Disamping itu juga anda akan menerima sebuah ebook bertajuk Rahsia Resipi Bihun Sup Gear Box Pulau Pinang yang anda kandunganya adalah:

1. Teknik memilih Lokasi berniaga di Bazaar Ramadan.

2. Menu jualan utama Bazaar Ramadan.

3. Resipi terhebat Bazaar Ramadan.

4. Pelbagai lagi teknik hebat dan resipi Sup Gear Box Pulau Pinang yang saya dedahkan dengan 100% cara membuatnya tanpa menyembunyikan walau satu inci pun rahsianya...

Dapatkanya sekarang dengan kadar segera...kerana hanya tinggal kurang dari 2 bulan lagi Ramadan akan menjelma....jangan hanya merancang, tapi teruskan mula dari sekarang...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG TERHEBAT ANDA DAN JUGA EBOOK BAZAAR RAMADAN SEKARANG

Jun 24, 2009

Cuaca Berubah Trend


Salam..semalam dengan tidak dijangka hujan turun cukup lebat kat Bukit Mertajam. Malam tadi saya berniaga di Taman Janggus Alma. Tak sangka pulak hujan turun dengan lebat sekali dan di ikuti angin cukup kencang. Tapi kawasan lain tak hujan pun...arghh mungkin tak ada rezeki saya semalam...apa apa pun saya redha dengan anugerah Allah SWT...

Namun perniagaan tetap di teruskan walaupun saya mengalami kerugian hampir RM150 namun saya masih mampu tersenyum sebab dh 2 bulan tak hujan dan banyak keuntungan yang telah di kumpul.....inilah namanya perniagaan....kalau tak untung , balik modal tapi kalau tak balik modal rugi la..he he he..sabar sabar

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA DAN HADIAH EBOOK BAZAAR RAMADAN PERCUMA

Jun 19, 2009

Cuaca Panas El-Nino

Salam..cuaca panas El-Nino ni dijangka akan berterusan sehingga bulan Ramadan nanti dan pastinya ramai yang menghadapi dugaan pada ramadan nanti, namun sebagai umat Islam kita harus redha dan bertakwa sepanjang masa dengan setiap dugaan dari Allah yang mendatang....Insyallah sebagai seorang umat Islam yang baik dan berpegang teguh pada agama ..saya yakin anda mampu melakukanya.

Berbalik pada peniaga peniaga pulak..inilah masa yang terbaik jika anda bercadang atau merancang untuk memulakan perniagaan anda yang mana pastinya anda tidak perlu risau menghadapi suasana hujan atau ribut pada awal permulaan anda menceburi bidang perniagaan Pasar Malam atau juga Bazaar Ramadan.

Setiap orang takut mengalami kerugian , apatah lagi kerugian yang berterusan. Namun ianya boleh dikurangkan dengan tindakan bijak anda mengatur langkah dan strategi. Kerana strategi amat penting dalam dunia perniagaan baik perniagaan secara kecil kecilan mahupun bersifat global. Segalanya bermula dengan langkah pertama anda. Tapi bilakah langkah pertama akan dimulakan. Masa bila yang sesuai??????

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM / BAZAAR RAMADAN ANDA DISINI...

Jun 14, 2009

Perlu Perubahan Pada Pasar Malam Alma Rabu


Salam....semakin hari pengamatan saya, ramai peniaga Pasar Malam Alma hari rabu semakin kurang samada melarikan diri atau dah tak sanggup tanggung kerugian .

Saya juga peka dan sedar sejak semua peniaga makan di arah berniaga diluar dari kawasan parking ianya sedikit sebanyak menjejaskan jumlah jualan dan saya tak pasti apa silapnya. Besar kemungkinan jugak ianya terlalu kebelakang..tapi tak tau lah saya..

Apa yang saya nampak dan ingin cadangkan adalah..seeloknya penganjur...Pak Ya and The gang..ubah kedudukan peniaga ikan, daging dan sayur-sayuran agar mereka di letak bersetentang dengan kami peniaga makanan dan ini sudah pasti memberi peluang kepada orang ramai yg datang beli ikan dapat juga membeli makanan lain...dan begitulah sebaliknya...kerana jika dilihat sekarang...kedudukan itu nampak kurang sesuai dan tak mustahil akan lebih ramai lagi yang akan lari satu hari nanti jika kedudukan begini masih dikekalkan....

Ini hanya pendapat saya tetapi keputusan di tangan penganjur...saya tahu, penganjur dah cukup letih dengan kerenah peniaga peniaga...tetapi saya rasa mungkin ini adalah perubahan terakhir yang perlu Pak Ya lakukan....mudah mudahan ianya berjaya, insyallah...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG

Jun 9, 2009

Panas Berpanjangan

Salam...apa khabar anda diluar sana..moga sihat walafiat.

Kini kalau di perhatikan cuaca agak panas dan terik...tak pasti pulak saya di tempat anda...tetapi di Pulau Pinang cukup panas...sampai aircond pun naik cair..he he he..

Apa yang pastinya , suasana panas ini memberi banyak kelebihan bagi kami peniaga pasar malam kerana sudah pastinya lah orang ramai mudah keluar untuk membeli belah barang harian mereka di pasar malam...

Alhamdulillah , dari awal Mei hingga sekarang jualan bihunsup serta air saya meledak..dan begitu juga saya tengok dengan rakan-rakan yang lain...opsss saya sebenarnya baru jer balik dari bercuti di Lumut dengan family....tenang rasanya lepas bercuti ni...dan malam ni saya baru mula berniaga....arghhh apa lagi ramai customer merungut tak dapat makan bihunsup dah seminggu.....he he he he.

Yang paling saya seronok..mula jer berniaga malamni saya dapat durian runtuh..tapi sebenarnya suit saya gak...saya dapat kutu di 3 tempat berlainan yang saya main dan jumlahnya hampir RM4200....alhamdulillah...

Ok...kita jumpa lagi...salammmmmmmmm

Jun 3, 2009

Ekonomi Makin Nampak Pemulihan

Salam..apa khabar anda semua disana...semoga sihat walafiat hendaknya!!!!

Bagaimana dengan perniagaan semalam??? saya harap semuanya memperolehi keuntungan yang anda targetkan, insyallah.

Kalau dilihat dari sudut pandangan mata kasar, boleh la dikatakan kini yang ekonomi sedang menampakkan pemulihan kerana dari segi jualan kini semakin meningkat dan saya perhatikan rata-rata pekerja- pekerja di kawasan Pulau Pinang yang dulu di buang kerja kini sudah kembali bekerja seperti biasa samada di Kilang asal atau di tempat yang baru.

Jadinya ..inilah masa yang cukup sesuai bagi anda yang ingin memulakan perniagaan pasar malam anda bagi menjana pendapatan tambahan atau untuk menjadikannya pendapatan tetap anda sekeluarga.

Jangan terlalu membuat persepsi negatif terhadap apa yang anda nampak dalam perniagaan pasar malam kerana rata-rata peniaga pasar malam mampu hidup dalam kesenangan...biar saya kisahkan sebuah cerita pada anda bagaimana seorang rakan saya telah pergi ke bank untuk buka " current account ". Che Ard atau nama penuh beliau Azhar ...adalah seorang peniaga keropok lekor yang terkenal di Pulau Pinang, suatu hari beliau telah ke Maybank Bandar Perda untuk membuka akaun semasa bertujuan membuat pembayaran keropok lekor beliau, pegawai bank yang berurusan dengan beliau amat terkejut bila beliau menyatakan yang hasil jualan keropok lekornya sebulan mencecah RM5000 sebab itu Che Ard ni rasakan yang dia patut ada akaun semasa.

Nahhhh! cuba anda ambil ikhtibar dari cerita ini yang mungkin ramai daripada anda tak percaya atau kurang yakin, tapi itulah hakikatnya...

Jadi apa yang anda tunggu lagi...dapatkan ilmu untuk anda memulakan perniagaan pasar malam anda sekarang >>> DI SINI EBOOK PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT!!