nuffnang1

.:)

Jun 14, 2009

Perlu Perubahan Pada Pasar Malam Alma Rabu


Salam....semakin hari pengamatan saya, ramai peniaga Pasar Malam Alma hari rabu semakin kurang samada melarikan diri atau dah tak sanggup tanggung kerugian .

Saya juga peka dan sedar sejak semua peniaga makan di arah berniaga diluar dari kawasan parking ianya sedikit sebanyak menjejaskan jumlah jualan dan saya tak pasti apa silapnya. Besar kemungkinan jugak ianya terlalu kebelakang..tapi tak tau lah saya..

Apa yang saya nampak dan ingin cadangkan adalah..seeloknya penganjur...Pak Ya and The gang..ubah kedudukan peniaga ikan, daging dan sayur-sayuran agar mereka di letak bersetentang dengan kami peniaga makanan dan ini sudah pasti memberi peluang kepada orang ramai yg datang beli ikan dapat juga membeli makanan lain...dan begitulah sebaliknya...kerana jika dilihat sekarang...kedudukan itu nampak kurang sesuai dan tak mustahil akan lebih ramai lagi yang akan lari satu hari nanti jika kedudukan begini masih dikekalkan....

Ini hanya pendapat saya tetapi keputusan di tangan penganjur...saya tahu, penganjur dah cukup letih dengan kerenah peniaga peniaga...tetapi saya rasa mungkin ini adalah perubahan terakhir yang perlu Pak Ya lakukan....mudah mudahan ianya berjaya, insyallah...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG
Post a Comment