nuffnang1

.:)

Jan 30, 2009

Tumbuh Macam Cendawan

Salam buat anda semua..semoga sihat walafiat.

Saya tak pasti samada anda peka atau tidak terhadap perkembangan perniagaan Pasar Malam ditempat anda tapi apa yang pasti samada anda perasan atau tidak setiap hari ada peniaga baru mula bertapak dipasar malam sekitar tempat anda dan rata-rata mereka ini ingin mengambil peluang menjana pendapatan di Pasar Malam .

Ada di antara mereka yang baru saja kehilangan pekerjaan, seperti contoh di Pulau Pinang ni , hampir kebanyakan kilang dah di tutup dan terbaru minggu lepas kilang Intel di tutup sepenuhnya yang melibatkan hampir 4 ribu pekerja termasuk isteri kawan baik saya. Inilah bahananya kemelesetan ekonomi peringkat global yang memberikan bukan saja di Malaysia namun serata pelusuk dunia.

Demi menyambung rezeki yang telah putus dan terpaksa menanggung pinjaman perumahan, kereta dan pelbagai lagi maka terpaksalah mereka mencari alternatif untuk mencari sumber kewangan....jadi jalan yang terbaik dan bijak adalah berniaga di Pasar Malam yang cukup mudah, murah dan senang tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi namun keuntungan yang di jana cukup hebat...

Anda bolah mendapatkan ebook The Silent Pasar Malam Billionaire yang saya karangkan berserta ebook Rahsia Resipi Sup Gear serta hadiah misteri anda HANYA PADA HARGA RM40 SAHAJA ...TAWARAN INI SAYA BUKA HANYA UNTUK 20 ORANG SAHAJA ..DENGAN SISTEM SIAPA CEPAT DIA DAPAT DAN GUNAKAN PASSWORD ( DISKAUN HEBAT ) SEMASA MEMBUAT PENGESAHAN PEMBEYARAN... ANDA BOLEH DAPATKANNYA DISINI SEKARANG

Jan 22, 2009

PALA PULAU PINANG/ PENANG PALA FRUITS




Jan 20, 2009

Buah Pala Pulau Pinang / Penang Pala Fruits

Buah Pala Pulau Pinang merupakan buah tradisional yang hanya boleh di perolehi di satu satunya kawasan atau negeri di Malaysia iaitu di Pulau Pinang . Ianya hanya tumbuh dan hidup segar di kawasan berbukit bukau sekitar Bukit Bendera dan Balik Pulau sahaja.

Ianya lebih terkenal di buat jeruk atau minyak pala. Cukup berkesan jika penggunaan minyak untuk sakit belakang, sakit lutut dan sengal-sengal serta pelbagai kegunaan lain. Jeruk di buat dalam pelbagai cara iaitu dalam bentuk asam atau kering... cukup murah dan mudah didapati....

Sekiranya anda berminat memperolehi jeruk atau pala kering yang telah di paket kan ..harga sekilo adalah RM10 sahaja dan penghantaran terus ke hadapan pintu rumah anda. Di jamin masih segar setelah tiba ke rumah anda.Jika anda ingin membeli lebih dari sekilo sila hubungi saya untuk mendapat harga yang lebih murah bagi kos penghantaran ke lokasi anda.

Berminat sila bank in RM10 untuk satu kilo ke akaun Maybank2u > 1010-666-93503 atas nama Zulkarnai Harun, setelah itu sila sms ke 012-4635092 atau hantar ke emel hzulkarnai@gmail.com dengan pemakluman pembelian buah pala Pulau Pinang.

Ini merupakan satu lagi multiple perniagaan saya selain Pasar Malam dan semoga saya berjaya, insyaallah.

Jan 10, 2009

Periuk Sup Gear Box Terbesar Di Pulau Pinang

Harapan Baru Di Musim 2009

Salam...semoga anda ceria dan gembira di awal Januari 2009. Mungkin ramai yang sibuk dengan mengatur sistem kerja untuk di guna pakai menjelang 2009. Kalau di Jabatan Kerajaan pastinya yang diutamakan adalah sasaran kerja tahunan .

Kami peniaga pasar malam juga tak terlepas dalam meletakkan target sasaran jualan tahunan dari awal tahun sehingga akhir tahun...namun tak semua peniaga pasar malam yang mempunyai wawasan begitu...kerana ada juga segelintir peniaga pasar malam dalam kategori veteran yang masih lagi belum terbuka minda dan masih lagi menggunakan kaedah lama yang sudah tidak relevan lagi di guna pakai dalam zaman serba canggih ini.

Saya respect dan salute pada generasi baru peniaga pasar malam yang masih lagi muda dan mempunyai pelbagai idea yang serba menarik untuk meledakkan perniagaan mereka dan golongan muda ini lebih banyak berusaha dan berbeza dengan golongan veteran yang lebih banyak mengata, mengutuk dan hasad. Penulisan saya ini bukan rekaaan namun saya berkata dengan fakta dan bukti yang kukuh.

Golongan muda kini lebih banyak menjadi usahawan daripada peniaga ....maksudnya mereka lebih gemar mempelbagaikan perniagaan dan mengambil pekerja untuk mengusahakan perniagaan pasar malam mereka. Dengan cara ini mereka akan dapat mengembangkan perniagaan ini serta dapat melaksanakan perniagaan lain dan mereka telah mewujudkan peluang pekerjaan yang kalau dibandingkan dengan peniaga yang lebih veteran yang hanya gemar berniaga sendiri tanpa mengupah orang lain....bila ini berlaku maka mereka terpaksa melakukannya sorang diri ..justeru itu mereka akan terasa kepenatan....sampai bilakah minda mereka akan berubah....itulah penyakit peniaga veteran yang gagal meningkatkan taraf hidup mereka berbanding peniaga pasar malam dalam golongan muda....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM PERCUMA ANDA DISINI SEKARANG >?? TERHAD

Jan 1, 2009

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah Dan Tahun Baru 2009

Salam....di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru maal Hijrah dan selamat tahun baru 2009. Semoga azam tahun lepas sudah tercapai atau setengah daripadanya telah pun berhasil insyaallah.

Menjelang tahun baru ini saya percaya dan yakin ramai di kalangan anda yang sudah memasang pelbagai azam dan cita-cita untuk menjadikan tahun 2009 sebagai tahun yang membawa tuah bagi diri sendiri....walau apa pun yang anda azamkan saya sentiasa mendoakan agar anda berjaya dan mampu melakukannya. Apa yang penting anda harus berusaha dan cuba mendapatkannya dengan perancangan yang rapi dan tersusun...

Bagi saya pula..saya berazam pada tahun ini ingin mencapai simpanan terkumpul sehingga RM100K menjelang penghujung tahun 2009...walaupun kini simpanan saya memang cukup saya berpuas hati namun macam dikatakan ...tak sempat tambah simpanan kena keluarkan plak..ada jer yang tak kesampaian...tapi tahun ini insyallah saya akan cuba lebih mendisiplinkan diri dalam menjana simpanan yang saya idamkan....

Rumah saya di Sungai Petani telah berjaya saya jual dan buyer tu adalah rakan karib saya sendiri...harga saya jual cukup murah hanya RM90K sahaja...rumah teres 2 tingkat..walaupun market value telah mencecah RM130K....tapi saya puas sebab dapat berbakti pada seorang sahabat ....

Saya kini sedang mencari sebuah lagi rumah dalam kawasan sekitar Seberang Perai dan target utama saya di sekitar Taman Pauh atau Bandar Perda...anggaran kos adalah sekitar RM200K. Mudah-mudahan saya akan berjaya mencari rumah pada harga yang saya impikan...saya tak kisah walaupun rumah secondhand ..yang penting adalah lokasi yang saya impikan tu tercapai....

Oklah...semoga anda gembira menyambut kedatangan tahun 2009....salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG >> TERHAD