nuffnang1

.:)

Jan 1, 2009

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah Dan Tahun Baru 2009

Salam....di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru maal Hijrah dan selamat tahun baru 2009. Semoga azam tahun lepas sudah tercapai atau setengah daripadanya telah pun berhasil insyaallah.

Menjelang tahun baru ini saya percaya dan yakin ramai di kalangan anda yang sudah memasang pelbagai azam dan cita-cita untuk menjadikan tahun 2009 sebagai tahun yang membawa tuah bagi diri sendiri....walau apa pun yang anda azamkan saya sentiasa mendoakan agar anda berjaya dan mampu melakukannya. Apa yang penting anda harus berusaha dan cuba mendapatkannya dengan perancangan yang rapi dan tersusun...

Bagi saya pula..saya berazam pada tahun ini ingin mencapai simpanan terkumpul sehingga RM100K menjelang penghujung tahun 2009...walaupun kini simpanan saya memang cukup saya berpuas hati namun macam dikatakan ...tak sempat tambah simpanan kena keluarkan plak..ada jer yang tak kesampaian...tapi tahun ini insyallah saya akan cuba lebih mendisiplinkan diri dalam menjana simpanan yang saya idamkan....

Rumah saya di Sungai Petani telah berjaya saya jual dan buyer tu adalah rakan karib saya sendiri...harga saya jual cukup murah hanya RM90K sahaja...rumah teres 2 tingkat..walaupun market value telah mencecah RM130K....tapi saya puas sebab dapat berbakti pada seorang sahabat ....

Saya kini sedang mencari sebuah lagi rumah dalam kawasan sekitar Seberang Perai dan target utama saya di sekitar Taman Pauh atau Bandar Perda...anggaran kos adalah sekitar RM200K. Mudah-mudahan saya akan berjaya mencari rumah pada harga yang saya impikan...saya tak kisah walaupun rumah secondhand ..yang penting adalah lokasi yang saya impikan tu tercapai....

Oklah...semoga anda gembira menyambut kedatangan tahun 2009....salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG >> TERHAD
Post a Comment