nuffnang1

.:)

Jan 10, 2009

Harapan Baru Di Musim 2009

Salam...semoga anda ceria dan gembira di awal Januari 2009. Mungkin ramai yang sibuk dengan mengatur sistem kerja untuk di guna pakai menjelang 2009. Kalau di Jabatan Kerajaan pastinya yang diutamakan adalah sasaran kerja tahunan .

Kami peniaga pasar malam juga tak terlepas dalam meletakkan target sasaran jualan tahunan dari awal tahun sehingga akhir tahun...namun tak semua peniaga pasar malam yang mempunyai wawasan begitu...kerana ada juga segelintir peniaga pasar malam dalam kategori veteran yang masih lagi belum terbuka minda dan masih lagi menggunakan kaedah lama yang sudah tidak relevan lagi di guna pakai dalam zaman serba canggih ini.

Saya respect dan salute pada generasi baru peniaga pasar malam yang masih lagi muda dan mempunyai pelbagai idea yang serba menarik untuk meledakkan perniagaan mereka dan golongan muda ini lebih banyak berusaha dan berbeza dengan golongan veteran yang lebih banyak mengata, mengutuk dan hasad. Penulisan saya ini bukan rekaaan namun saya berkata dengan fakta dan bukti yang kukuh.

Golongan muda kini lebih banyak menjadi usahawan daripada peniaga ....maksudnya mereka lebih gemar mempelbagaikan perniagaan dan mengambil pekerja untuk mengusahakan perniagaan pasar malam mereka. Dengan cara ini mereka akan dapat mengembangkan perniagaan ini serta dapat melaksanakan perniagaan lain dan mereka telah mewujudkan peluang pekerjaan yang kalau dibandingkan dengan peniaga yang lebih veteran yang hanya gemar berniaga sendiri tanpa mengupah orang lain....bila ini berlaku maka mereka terpaksa melakukannya sorang diri ..justeru itu mereka akan terasa kepenatan....sampai bilakah minda mereka akan berubah....itulah penyakit peniaga veteran yang gagal meningkatkan taraf hidup mereka berbanding peniaga pasar malam dalam golongan muda....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM PERCUMA ANDA DISINI SEKARANG >?? TERHAD

No comments :