nuffnang1

.:)

Jun 30, 2008

Penjualan Keropok Lekor

Salam....

Percayakah anda jika saya katakan dengan hanya menjual keropok Lekor, pendapatan sebulan boleh diperolehi antara RM3000 ke RM3500. Tentu ada yang tertanya-tanya...betul ke!

Jawapannya memang benar...sahabat saya Pak Chop sering berniaga di sebelah tapak bihunsup saya dan beliau menjana sebulan dalam jumlah yang saya sebutkan dan mungkin jumlah ini adalah lebih tinggi dari yang anda perolehi dengan pendapatan anda sekarang?

Keropok Lekor mudah didapati sekarang kerana kosnya yang murah dan mudah didapati di seluruh negeri ...rata-rata pengedar keropok Lekor sudah ada di setiap negeri dan mereka menghasilkannya sendiri tanpa perlu mendapatkan stok dari Pantai Timur..

Harga yang di perolehi antara RM100 ke RM1.50 sebatang mengikut saiz dan keuntungan anda jika anda pandai teknik memotongnya dan ia dijual dengan harga RM1.00 untuk 5 keping atau 4 keping dan cuba kira berapa keuntungan anda perolehi dengan hanya menjual sebatang sahaja...dan lebih menguntungkan sekarang ini penjual-penjual menggunakan trend baru dengan memasukkan Keropok Lekor di dalam "cup" seperti jagung..dan dijual dengan hanya RM1.00....bijak-bijak..inilah dikatakan strategi perniagaan berwawasan....


Takut Atau Risau Gagal Menjual

Salam....

Banyak rungutan atau kerisauan yang sering saya dengar pada mereka-mereka yang masih baru atau nak baru nak cuba berniaga...di kala ekonomi gawat, hujan dan pelbagai lagi alasan yang saya dengar...

Sebenarnya itu semua tidak menjadi masaalah bagi mereka yang benar-benar nak berniaga dan tak kiralah samada Pasar Malam atau kedai makan dan apa jua perniagaan yang anda minat dan cendurung ke arah sesuatu "Niche" atau produk.

Tidak timbul sebenarnya perkara diatas kerana segala-gala titik tolak adalah bermula dari dalam diri kita sendiri yang mengaturnya dan persembahan dari kita....orang akan berminat dengan produk kita seandainya kena gaya dan teknik yang dilakukan...dari segi mutu, rasa dan "Lay out" yang akan membuat orang berminat atau teruja untuk mrndapatkan produk kita.

Berkaitan dengan hujan...argh memang ler dah lumrah alam...ada kalanya pasti hujan tetapi dengan ilmu yang kita miliki, insyaallah kita tidak akan rugi dan kita dapat mengurangkan impak kerugian yang besar ke atas barang jualan kita...

Segala-galanya telah saya tulis di dalam ebook The Silent Pasar Malam Billionaire dan anda akan dapat mengelakkan kerugian sekiranya berlaku hujan..atau cuaca buruk!!!


Jun 29, 2008

Tawaran Hebat Dan Panas


Salam....maafkan saya kerana tidak dapat membuat post disebabkan kebelakangan ini agak sibuk dengan perniagaan offline dan online...rasanya dah tak cukup kakitangan dah ni...he he he namun disebabkan minat saya berniaga maka saya lupakan segala keletihan dan kepayahan ...walaupun saya terpaksa berjaga sehingga pukul 2 pagi.

Baik untuk hari ini saya akan bagi tawaran istimewa untuk anda ...dengan pembelian ebook The Silent Pasar Malam Billionaire

maka dengan pembelian ebook ini saya akan memberi ebook percuma Ledakkan Rahsia Bihun Sup Gear Box untuk Bazaar Ramadan anda....


Jun 26, 2008

Pening Bagaimana Cara Nak Bayar Gaji Pekerja Anda

Salam....mungkin timbul sedikit masalah bagi anda menetapkan jumlah dan cara pembayaran gaji untuk pekerja anda...jangan bimbang tentang perkara itu.

Apa yang perlu anda lakukan adalah nilaikan dari jenis produk perniagaan anda dan keuntungan yang anda dapat setiap hari dan jenis kerja yang pekerja anda perlu lakukan pada setiap hari...

Untuk maklumat lebih detail anda bolah dapatkan segalanya di dalam ebook The Silent Pasar Malam Billionaire segal-gala penerangan telah sedia ada dan pasti akan menyenangkan cara anda menyelesaikan masalah anda itu.....


Jun 23, 2008

Bingung Dalam Pemilihan Produk


Salam....saya percaya ramai dikalangan anda mungkin agak bingung atau keliru dalam pemilihan produk untuk di niagakan diPasar Malam.. mungkin jika anda perhatikan produk yang ada di Pasar Malam semuanya lebih kurang sama saja.

Ok, jangan susah hati...kerana terdapat hampir 70 ke 80 produk yang anda boleh niagakan di Pasar Malam...segala-galanya bergantung kepada minat anda. Tetapi saya nasihatkan jangan hanya sekadar untuk menyenangkan anda berniaga makan anda mengambil keputusan untuk menjual produk yang mudah sahaja walhal pulangan atau keuntungan tidak seberapa...

Dibawah ini saya senaraikan produk terhangat dan terlaris yang mampu buat duit:

1. Bihunsup
2. Nasi Ayam
3. Laksa
4. Mee, Koteow, Bihun goreng longgok kuali besar
5. Char Koew Teow
6. Kueh Talam/tepung talam
7. Nasi Lauk
8. Murtabak
9. Satay
10.Ayam Goreng/Panggang
11.Keropok Lekor
12.Ikan hidup
13.Ayam/Daging basah

Dan terdapat banyak lagi yang anda boleh fikirkan....


Jun 22, 2008

Kegawatan Ekonomi

Salam...benarkah kini impak daripada kenaikkan harga minyak telah menyebabkan kegiatan perniagaan menurun...

Ada benarnya!..tetapi dari keluaran produk makan masih lagi seperti dulu justeru itu anda tidak perlu risau atau bimbang kerana....saya pernah katakan dulu bahawa produk makanan di labelkan sebagai International Produk..dimana setiap orang antara kita perlu makan.

Dalam ekonomi sekarang ramai kalangan pengguna akan mencari produk termurah dan tempat paling ideal di kunjungi adalah Pasar Malam.

Cuba bayangkan jika nasi ayam dijual dikedai makan dengan harga RM4.00 tetapi di Pasar Malam ianya dijual hanya dengan harga RM2.50 ke RM3.00 sahaja..murah bukan!

Jadi cuba anda renung dan fikirkan...


Jun 20, 2008

Segalanya Sudah Selesai

Salam...alhamdulillah , segala-galanya sudah pun selesai dengan urusan saya di Kuala Lumpur dan kini saya telah bebas dan sebebas-bebasnya untuk meneruskan kehidupan ini setelah terbelenggu selama 22 tahun di alam yang mungkin anda tak pernah harungi .

Bagaimana kepayahan hidup saya harungi selama 22 tahun untuk membina suatu kerjaya yang mungkin agak sukar bagi anda semua ...kerana terpaksa membahagikan masa dengan secukup-cukupnya dan bagaimana saya "grabbed" masa selama 1 hari untuk dijadikan 2 hari...maksud saya kerja 2 hari saya dapat lakukan dalam masa 1 hari...rahsia yang cukup sukar anda perolehi untuk berjaya dalam kehidupan ini dan ternyata dengan berkat kegigihan dan nasihat kedua ibubapa ..maka saya berjaya harungi segalanya dan kini saya telah membuktikan yang saya mampu lakukannya..

Cuma saya sedikit sedih sebab arwah bapa saya tidak dapat melihat kejayaan saya ini ..untuk arwah bapa ku Harun Ar Rashid b. Mohd Darus , ku panjatkan surah Al-Fatihah mengiringi pemergian mu...Al-fatihah...dan semoga arwah bapa berada dalam golongan mereka-mereka yang soleh..amin

Jun 17, 2008

Permohonan Maaf

Salam...buat semua peminat blog ini..maafkan saya kerana tidak dapat membuat post terbaru kerana sekarang ni saya sedang berada di Kuala Lumpur atas urusan penting yang saya nantikan selama 22 tahun....


Jun 15, 2008

Musim Cuti Semester


Salam...sekarang ni dah musim cuti bagi pusat-pusat pengajian tinggi...lokasi saya berniaga juga tidak terlepas di hadapan politeknik Seberang Perai dan Uitm Permatang Pauh.

Semua student dah balik kampung halaman masing-masing...namun kami peniaga Pasar Malam kat sini masih tetap menjual pada hari sabtu dan saya percaya pada rezeki yang Allah tetapkan dan malam ni walaupun keuntungan bersih turun sedikit tetapi saya masih berjaya mengekalkan ke tahap yang cukup baik dalam RM300.....

Jun 14, 2008

Kesibukkan Orang Berbicara Soal Kenaikan Harga Barangan

Salam....sekarang ni ramai orang berbicara soal kenaikkan harga minyak dan barang-barang keperluan harian...bagi saya peniaga lagi masalah ..kerana kami terpaksa juga membeli untuk meneruskan perniagaan harian!

Saya tak nafikan ini amat memeritkan namun saya terpaksa hadapi jua...dan insyaallah setakat ni masih lagi mengekalkan keuntungan seperti biasa...tetapi saya perlu melihat kawan-kawan yang seangkatan dengan saya menjual bihun sup..jika mereka menaikkan harga maka saya pun terpaksa naikkan harga cause untuk balancekan dengan diaorang...jika tidak saya akan di pinggirkan....

Jun 13, 2008

Ebook The Silent Pasar Malam Billionaire Kini Sudah Terbit


Dapatkan segera ebook yang membongkar Tip, rahsia dan panduan perniagaan Pasar Malam yang pertama di Malaysia... Dengan hanya RM39.99 sahaja...EBOOK PASAR MALAM PERTAMA DI MALAYSIA DISINI

Sekarang ini RM69.99

Jun 12, 2008

Cuaca Kembali Pulih


Salam...maafkan saya ..cause semalam tak dapat update blog kerana serber down...ok ..nampaknya keadaan cuaca sekarang ni dah semakin pulih dan perniagaan saya semakin lancar denagn ledakkan malam tadi untung bersih RM400 ......malam tadi kawasan perniagaan saya di Alma, Bukit Mertajam...Lokasi tepi jalan yang cukup strategik.....tapi saya sedih gak sebab tak dapat subsidi minyak cause kereta yang saya gunakan 2.5 CC....tapi tak per 2 buah lagi kereta saya dapat RM625 jadi ler

Jun 11, 2008

Cuaca Masih Tak Menentu


Salam...buat kawan-kawan yang dah membeli ebook The Silent Pasar Malam Billionaire..
Buat masa sekarang ni cuaca masih lagi dalam keadaan tidak menentu dan kita patut berada dalam keadaan "alert" sentiasa bersedia segala kemungkinan samada untung atau rugi namun itu semua dapat kita elakkan ....

Tip dari saya...perhatikan suasana dan jangan terlalu mengikut ramalan kaji cuaca kerana itu hanyalah ramalan..takut anda menyesal kalau hujan tak turun..cuba kurangkan sedikit modal dan kalau boleh barang yang tak habis cuba recycle dan jual semula esok tapi pastikan keenakkan dan kelazatannya tidak berubah dari asalnya...

Kerugian anda dapat dikurangkan dengan cara ini dan anda akan mengaut keuntungan dengan cara ini kos modal anda hari ini dah di kurangkan...

Jun 10, 2008

Suasana Dan Kehebatan Aree BihunSup Gear Box





Salam...sentiasa berikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan anda dan lemparkan senyumana sokmo....

Pekerja-pekerja Ku Yang Cukup Setia




Salam.....pastikan anda memberi bayaran yang setimpal pada pekerja anda..

Kemeriahan Suasana Tapak Pasar Malam KU


Jun 9, 2008

Murah Rezeki


Salam...hari ini 8/6/08 (Ahad)

Hari ni kawasan Pasar Malam aku adalah di Mengkuang Titi, Penanti yang mana kawasan ni terkenal dengan kawasan tadahan hujan yang sentiasa saja akan turun..tambahan pula musim hujan ni...

Minggu lepas hujan turun disini tapi tak lah lebat sangat namun jualan amat berkurangan sekali....hari ini anakbuah aku si Anas tu minta cuti satu hari cause ada kerja katanya...ok lah aku luluskan !

Aku lepas sebab aku nampak cuaca pun tak elok cantik sangat so tak ader masalah...hari ni entah pasai apa aku tergerak nak turun meniaga awal nak bantu anak buah yang tak cukup orang tu...memang instinct aku ni Allah bagi dapat merasai sesuatu dan setibanya aku kat sana .. masyaallah..tak menang tangan anak buah aku...mangkuk dan gelas bersepah tak sempat dibasuh cause customer hari ni luarbiasa sekali ..dan aku apa lagi, terus jer lompat membantu sampailah habis semua bihun dan sup dalam pukul 9.30 malam...

Aku pun kira untunglah cam biasa ....syukur Alhamdullilah memang meledak sungguh hari ni ...untung lumayan dengan bersih RM550....pasal selalu kat sini aku boleh dapat bersih hanya RM400 ke RM450 jer....maka aku bermurah hati hari ni semua pekerja aku bayar extra sallary....he he h RM40 seorang hari...apa lagi ...senyum lebar ler diaorang he he he...bila aku nak balik, diaorang pun bodek la.." bos, selamat jalan.... jalan elok-elok....bye bye bos" ....nak tergelak pun ada he he he...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM PERTAMA DI MALAYSIA DISINI

Jun 7, 2008

Perniagaan Ku Meledak Kembali


Salam...hari ini 7/6/08 (Sabtu)

Macam yang pernah saya katakan sebelum ini dalam dunia perniagaan..pokok pangkala adalah keberanian di samping mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan yang kita ceburi.
Dalam musim hujan yang tak menentu kita harus bijak menangani situasi dalam meledakkan perniagaan kita.

Hari ini jangkaan saya dan modal yang telah saya kurangkan telah meledakkan perniagaan saya pada malam ini dengan cukup hebat.... Malam ni hujan hampir nak turun dan saya mula mengarahkan anak buah persiapan cuaca buruk...tapi dengan izin Allah hujan tak jadi turun maka dengan itu terrrrrrrmeledaklah income saya malam ni.

Malam ni untung bersih setelah di tolak modal dan gaji pekerja ...saya dapat RM700...he he he eh..sapa nak bagi beb..!!

EBOOK PASAR MALAM PERTAMA DI MALAYSIA DILANCARKAN DISINI

Jun 6, 2008

Minggu Yang Kurang Memberangsangkan

Salam...Minggu ni merupakan ...minggu yang penuh dengan dugaan dan cabaran..mana tidaknya, setiap hari hujan akan turun dengan lebatnya.

Adakala hujan turun tak lah lebat sangat tapi meleret jer dan tak nak berhenti..maka customer pun apa lagi, tidur ler...Malam ni nasib aku sungguh baik...perhitungan yang aku buat cukup tepat kerana aku dah kurangkan bajet modal hari ni..dan hujan turun lagi hari ni..habis niaga tolak gaji, tolak modal ...he he he aku masih untung RM100 ...jadi ler ...


Jun 4, 2008

Dah Lama Tak Rugi


Salam.....malam ni secara jujur dan ikhlas aku nak bagitau kat semua rakan-rakan...aku alami kerugian sebanyak RM50. Mungkin faktor cuaca tidak mengizinkan penjualan malam ni ...tapi apa nak buat, itu semua kuasa Allah..

Tak jadi masalah sebab semalam dan hari-hari yang lain aku dah sapu untung yang banyak..kalau tak rugi bukan nama berniaga tu he he eh..

EBOOK PASAR MALAM PERTAMA SUDAH TERBIT

Jun 2, 2008

Kegagalan Bukan Pengakhiran Bisnes Anda

Salam....Dalam membina sesuatu perniagaan...anda perlulah bersabar dan terus berusaha meningkatkan jualan anda dan cuba menarik perhatian pembeli agar berminat dengan produk anda .

Jangan mudah berputus asa sekiranya anda gagal diawal permulaan perniagaan anda kerana pembeli kebiasaannya akan melanggan orang yang dah lama menjual atau yang lebih mereka kenali...saya juga macam anda dulu...terpaksa mencari pelbagai kaedah untuk meledakkan perniagaan saya... tetapi anda kini beruntung kerana saya telah menyediakan segala-galanya didalam ebook saya untuk anda ikuti dan ini akan memudahkan anda membuat jualan dengan lebih tinggi dan cepat.

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE DISINI

Kecekalan Semasa Memulakan Bisnes Ini

Salam.... saya sedar ramai dikalangan anda yang masih teragak-agak atau kurang yakin yang perniagaan Pasar malam ini memberi pulangan yang lumayan. Semua ini adalah kerana mungkin anda melihat sendiri keadaan peniaga yang menjaja di pasar malam tetapi saya ingin menyedarkan anda bahawa apa yang anda lihat itu sebenarnya ....
tidak menggambarkan keadaan realiti peniaga itu kerana mereka ini sebenarnya rata-rata mempunyai kenderaan yang hebat-hebat dan rumah yang besar.

Cuba anda lihat mereka dalam keadaan mereka tidak berniaga pada hari tersebut...


DAPATKAN EBOOK MEMBINA PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DISINI

Lucu Dan Kasihan


Salam...hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang satu cerita benar kat Tapak Pasar Malam saya di Mengkuang Titi, kisah seorang wanita yang kurang siuman yang sering datang ke tempat saya meminta bihunsup dan air teh o ais...

Sebenarnya dah hampir 4 bulan saya tak nampak kelibat perempuan ni dan secara tak semena-mena tadi beliau timbul dengan kelibat wajah yang cukup berbeza dan nampak terlalu kurus, cuma fizikal jer berubah tapi perangai cam la jugak... kesian saya tengok minah.. ni

Rupa-rupanya beliau telah dirogol oleh manusia durjana yang berhati binatang sehingga melahirkan seorang anak... patutlah lama tak nampak... kesian sungguh tapi dia macam tak ada apa pun.. selamba jer..... nak buat cam mana dah nasib dia....

EBOOK PASAR MALAM PERTAMA DIMALAYSIA SUDAH TERBIT , DAPATKAN SEKARANG

Jun 1, 2008

Bertuahnya Badan

Salam...hari ni saya rasa cukup gembira cause ada seorang IM online yang cukup terkenal dan cukup hebat telah meletakkan ebook Pasar Malam ni kat blog dia dan dia telah membawa ebook ni ke Ranking ke 2 enjin carian google...