nuffnang1

.:)

Jun 20, 2008

Segalanya Sudah Selesai

Salam...alhamdulillah , segala-galanya sudah pun selesai dengan urusan saya di Kuala Lumpur dan kini saya telah bebas dan sebebas-bebasnya untuk meneruskan kehidupan ini setelah terbelenggu selama 22 tahun di alam yang mungkin anda tak pernah harungi .

Bagaimana kepayahan hidup saya harungi selama 22 tahun untuk membina suatu kerjaya yang mungkin agak sukar bagi anda semua ...kerana terpaksa membahagikan masa dengan secukup-cukupnya dan bagaimana saya "grabbed" masa selama 1 hari untuk dijadikan 2 hari...maksud saya kerja 2 hari saya dapat lakukan dalam masa 1 hari...rahsia yang cukup sukar anda perolehi untuk berjaya dalam kehidupan ini dan ternyata dengan berkat kegigihan dan nasihat kedua ibubapa ..maka saya berjaya harungi segalanya dan kini saya telah membuktikan yang saya mampu lakukannya..

Cuma saya sedikit sedih sebab arwah bapa saya tidak dapat melihat kejayaan saya ini ..untuk arwah bapa ku Harun Ar Rashid b. Mohd Darus , ku panjatkan surah Al-Fatihah mengiringi pemergian mu...Al-fatihah...dan semoga arwah bapa berada dalam golongan mereka-mereka yang soleh..amin
Post a Comment