nuffnang1

.:)

Mar 31, 2008

Rahsia Program Affiliate Yang Bayar Komisyen USD130 Sehingga USD256


Salam!, terima kasih buat pengunjung setia blog yang penuh dengan informasi dan maklumat terkini > segalannya hanya untuk anda!

Dan sekarang anda boleh join program affiliate yang membayar komisyen yang tiada program sebegini lagi?

Dan setelah anda SignUp secara automatik akaun anda akan dikreditkan bonus sejumlah USD15 dan teruskan promosi anda untuk mendapat komisyen yang lebih tinggi> Insyaallah atas berkat dan usaha , anda akan menjadi jutawan sedikit masa lagi> jom kita buat duit>>>>

1) Program ini memberikan komisyen sebanyak USD20 hanya dengan signup!

2) Program ini akan memberi 5% kepada komisyen anda, bila saya menjual produk!

3) Program ini akan memberi anda USD30 apabila anda dapat cari Downline!

Saya harap anda akan terus mempromosi produk ini dan ingat dapatkan sahabat anda kerana komisyen yang diberi adalah berterusan seumur hidup, walaupun anda tidak menjual tetapi sahabat anda berjaya menjual, anda tetap akan menerima komisyen.
Lawati blog ini selalu kerana saya akan sentiasa memberi teknik dan promosi yang berkesan>>>

Mar 29, 2008

Teknik Promosi Kedua


Salam buat semua pengunjung setia Blog ini! dan sekarang saya akan dedahkan kepada anda rahsia promosi untuk bahagian kedua???

Meninggalkan Komen Di Blog-Blog Terkenal Sudah pastinya anda mempunyai blog sendiri dan jika belum anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan melayari www.google.com dan cari keyword, freeblog.

Untuk kali ini saya akan bongkarkan bagaimana anda boleh tinggalkan komen anda diblog lain untuk memperkenalkan produk perniagaan anda. Pilih blog-blog yang terkenal dan mempunyai ramai pengunjung dan join blog tersebut sebagai pemberi komen tetap dengan memberikan posting-posting yang menarik dan berfaedah.
Melalui blog anda boleh meninggalkan URL laman web anda sama seperti di forum, iaitu melalui signature.
Sertai mereka dengan memberi komen yang bernas dan bermanafaat, blog yang terbaik saya cadangkan adalah www.afflinshauki.blogspot..

Semoga anda berjaya>>> nantikan teknik promosi yang ketiga>>> salam!

Mar 26, 2008

Buang Masa Baca Buku Jika..........?


TIP PILIHAN: BUANG MASA SAHAJA MEMBACA BUKU!
============================================

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak
aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak
manfaatkan apa yang dibaca

Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya
akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

Seperti buku "Business The Richard Branson Way", yang baru saya
habis baca beberapa hari lepas, saya sudah mula aplikasikannya dan
sudah melihat pulangan RM.

Jadi ingat... ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan
apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus
aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga
adalah banyak... memang tiada sebab anda untuk gagal!

"Ilmu yang dipelajari adalah untuk dimanfaatkan, bukan untuk
disimpan"

Ingat 5 Perkara Ini


Hai ,

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang
tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak
menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa
yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti
mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa
yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.
Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab
mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan
bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,
pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula
melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda
menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum
mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak
dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh
seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan
melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan
liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang
masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang
keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta
benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan
anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang
daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada
aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk
membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi
nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada
bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi
terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit
untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,
tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa
kekayaan diluar dugaan anda.


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut
daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga
ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak
bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya
sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda
mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,
tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi
punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus
mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai
peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk
mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup
anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang
lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.


Demi Kejayaan Anda,

 Zulkarnai


PS: Saudara/saudari, jika anda membaca sehingga ini, saya tahu
anda serius untuk mempunyai satu sistem menjana duit
secara automatik. Sila lihat bukti sistem yang saya
gunakan untuk buat duit ketika saya sedang lepak di
Starbucks, tengok DVD 'Transformers' dan Zzzz... ;)

Mar 21, 2008

Teknik Promosi Yang Berkesan

Seperti yang saya janjikan kepada anda kepada anda yang saya akan membongkar teknik tersembunyi cara-cara promosi yang berkesan untuk panduan anda!

Jika anda hanya mempunya 1 atau 2 sahaja cara mempromosi kemungkinan besar anda akan gagal untuk menjual sesuatu dan anda perlu mempunyai lebih dari itu cara untuk mempromosi samada produk anda atau affiliate.

Sekiranya anda mencuba 8 teknik promosi kemungkinan besar salah satu dari teknik itu akan menghasilkan ramai pelanggan dan mungkin ada produk anda yang terjual!

Perbanyakkan teknik promosi anda supaya peluang untuk pelawat menjumpai barang yang anda promosikan adalah tinggi.

1.Hari ini saya akan mengajar anda salah satu daripada teknik promosi yang paling mudah dan senang Cuma anda tidak perasan atau tidak tahu ianya hanya berada di depan mata anda iaitu di fronpage halaman email anda.
Anda hanya perlu klik butang “option” di sebelah atas kanan computer anda untuk mengakseskannya di signature atau di panggil “ Email Signature”.

Mungkin anda tidak sedar dengan mengedit signature anda dan meletakkan link-link produk anda secara tidak langsung ianya akan bergerak bersama-sama email yang anda hantar kepada sesiapa sahaja dan boleh dilihat di bahagian bawah setelah email di terima. Cara begini tidak dikira “SPAM”
Cara begini adalah amat senang tanpa anda perlu bekerja walau sedikit pun??

Selamat mencuba> jumpa lagi!!!

Berapakah Harga Semangkuk


Kalau Anda nak tahu berapakah harga makanan yang saya jual>

1. Bihunsup Biasa RM2.50
kandungan = hanya terdapat daging sahaja

2. Bihunsup campoq RM3.50
kandungan = Daging + Perut

3. Bihunsup special RM4.50
kandungan = Daging + Perut + Tulang + Limpa (Kelempung)

4. Bihunsup Gear Box RM4.50
kandungan = Isi tulang kaki dan lemak (Yammeee)

5. Bihunsup Ayam RM3.00
kandungan = Ayam aje le, he hehe

6, Bihunsup Perut RM3.00
kandungan = Perut

7. Dan Aneka Bihunsup harga dari RM4.50 sehingga RM7.00

Lokasi Perniagaan Di Pasar Malam Seluruh Seberang Perai!

1. Isnin - Cuti, hari berlibur
2. Selasa - Taman Janggus -Alma, B.Mertajam
3. Rabu - Taman Alma, hadapan LG - B. Mertajam
4. Khamis - Tasek Gelugor - Tempat selalu hujan > jem-jem - Duit susah mashuuuk
5. Jumaat - Ikut Islam - Bercuti le
6. Sabtu - Taman Pauh - Depan Politeknik n UiTM - paling mantap jualan RM1500 4jam.
7. Ahad - Mengkuang Titi - Memang mantap - Syok berniaga kat sini

Mai la pekena bihunsup gearbox > Diskaun kepada mereka yang jumpa saya.

MAI JANGAN TAK MAI>>>

Kikis Sikap Buruk Dalam Minda


Selain daripada ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga peluang… "sikap (attitude)" juga adalah merupakan salah satu faktor yang paling penting di dalam menentukan kejayaan anda. Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal dan mengubah sikap anda agar ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anda.

Jika hendak diceritakan tentang sikap-sikap baik yang perlu ada untuk membolehkan anda menjadi jutawan.. sudah pastilah ia terlalu banyak. Dari sikap suka berfikiran positif, baik hati, mesra, rendah diri, jujur, gigih, ikhlas hinggalah kepada sikap suka tolong-menolong.Memang terlalu banyak untuk disenaraikan…

Tapi pada kali ini, saya ingin bercerita tentang 3 sikap negatif yang perlu anda elak dan buang jauh-jauh dari dalam diri anda jika anda ingin menjadi jutawan. Jika anda berjaya mengikiskan 3 sikap ini dalam diri anda, insyallah.. jalan untuk anda menjadi jutawan, akan semakin mudah.

Apakah 3 sikap buruk yang perlu dikikis dan dibuang tersebut?

1) Menyalahkan Orang lain

Perkara ini saya sudah nyatakan pada entri saya sebelum ini. Sikap yang hanya suka menyalahkan orang lain tidak akan membawa diri kita kemana-mana. Dengan menyalahkan orang lain.. bermaksud, kita enggan untuk meng"hasabah" diri, jesteru, ia akan menyebabkan kita tidak akan dapat melihat segala kekurangan diri dan memperbaikinya. Apabila tidak memperbaiki diri.. maka, susahlah nak jadi jutawan.

Oleh itu, sentiasa "take 100% responsibility" diatas segala hasil dan akibat yang anda terima dari usaha anda. Jika ia berjaya.. ia adalah disebabkan anda.. dan jika ia gagal.. ia juga adalah disebabkan anda.



2) Komplen tak sudah-sudah

Ini satu lagi sikap yang perlu anda hindarkan di dalam diri anda. Jangan terlalu mudah merungut dan membuat komplen. Membuat komplen menunjukkan fkiran anda sedang menumpu kepada "masalah".. dan ini akan menyebabkan hidup anda lebih tertekan. Untuk berjaya, fikiran dan fokus kita perlulah lebih kepada "penyelesaian masalah" dan bukannya kepada "masalah" tersebut.

Mungkin ada yang kurang faham.. tak mengapa.. saya bagi contoh.

Contohnya.. anda kini sedang berada di lapangan terbang dan ingin menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi. Tiba-tiba, satu pengumuman dibuat yang menyatakan penerbangan anda terpaksa ditunda sehingga 3 jam.

Bagi orang yang bersikap "un-jutawan" dan suka komplen… mereka akan mula..

memikirkan masalah baru yang akan muncul akibat kelewatan penerbangan tersebut
mereka akan fikirkan tentang meeting mereka yang akan terlepas
mereka akan fikirkan projek yang cuba mereka dapatkan akan terlepas
mereka akan fikirkan kesan buruk yang akan menimpa syarikat mereka akibat terlepas projek tersebut
mereka akan fikirkan syarikat mereka terpaksa membuang pekerja
mereka akan fikirkan pekerja-pekerja mereka memberontak
mereka akan fikirkan syarikat mereka kena saman dan terpaksa ditutup
mereka fikirkan mereka akan bangkrap
mereka akan fikirkan kekecewaan serta kesusahan hidup yang mereka akan hadapi
Akhirnya.. mereka mengambil keputusan untuk membuat komplen kepada syarikat penerbangan dan minta ganti rugi kepada keseluruhan kerugian yang akan mereka alami di dalam hidup mereka.

Lihat.. itu contoh orang yang suka menumpukan fikiran mereka kepada masalah. Mereka akan fikirkan apakah masalah seterusnya yang akan mereka hadapi disebabkan masalah yang mereka hadapi sekarang.. mereka hanya akan fikirkan masalah.. masalah.. masalah.. dan masalah..

Berbeza dengan orang tidak suka membuat komplen, pemikiran mereka lebih fokus kepada "bagaimana hendak menyelesaikan masalah" tersebut… fikiran mereka dengan pantas akan mula mencari-cari kaedah penyelesaian yang terbaik yang boleh mereka lakukan.

Mereka akan mula mencari-cari option yang lain seperti, menaiki bas? kereta? LRT? komuter? feri? teksi? helikopter? dan sebagainya.. yang penting mereka akan berusaha sendiri dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. dan bukannya hanya menunggu. melihat.. dan kemudian membuat komplen.

Jadi.. berhenti membuat komplen. Ia hanya akan membuatkan diri berasa tertekan dan terus berada di dalam situasi yang lemah dan tidak berdaya.



3 ) Membuat alasan.. untuk menyedapkan hati

Anda mesti pernah dengar orang kata..

"Ala.. kekayaan itu tak penting! Tak kaya pun tak kisah!"..

Orang yang berkata begini memang confirm tidak akan jadi kaya. Cuba anda tukarkan perkataan "kekayaan" itu kepada keluarga ataupun "sahabat"..

Ia akan berbunyi.. "Alaa.. keluarga itu tidak penting! Tak ada keluarga pun tak kisah!"..

Eee.. teruk bukan bunyinya? Jika anda berkata begitu, sudah pastinya keluarga anda akan menjauhi anda.. begitu juga jika anda mengatakan "sahabat itu tidak penting".. sudah pastinya sahabat-sahabat anda juga akan mula menjauhi anda. Sebab anda tidak tahu menghargai mereka dan menganggap mereka tidak penting di dalam hidup anda. Jadi, mengapa mereka perlu menghampiri anda?

Begitulah juga dengan kekayaan.. jika anda rasa kekayaan itu tidak penting.. maka.. sudah pastinya kekayaan itu akan menjauhi diri anda. Sebab itu saya kata.. orang yang berkata begitu, confirm takkan kaya!.

Ada juga sesetengah orang suka mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian dan segala-galanya..".. betul ke?

Memang betul! Setiap benda perlu digunakan pada tempatnya yang betul.. begitu juga wang.. anda perlu menggunakan ia pada tempat yang betul bersesuaian dengan fungsinya. Wang memang tidak boleh membeli kebahagian tetapi ia boleh membeli rumah yang besar, keta yang besar, perabot yang cantik dan sebagainya untuk membina kehidupan yang bahagia.

Begitu juga dengan cinta & kebahagian.. anda rasa anda boleh beli makanan, minuman, pakaian dan rumah hanya dengan cinta?.. Cubalah ambil makanan di kedai dan kemudian cium makcik gerai tu sebagai tanda anda membayar makanan anda dengan cinta & kasih sayang. Ho! ho! ho! Boleh jadi anda kena pelangkung dengan tong gas nanti..

Jadi.. bagi saya, alasan yang mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian.." hanyalah alasan untuk menyedapkan hati dan memaksa diri untuk tidak bergerak dari zon selesa… yang akhirnya.. membuatkan diri kita hanya "begitu-gitu" sahaja disitu.



Akhir kata, jika anda ingin menjadi jutawan @ orang yang berjaya.. anda perlulah kikis dan buang jauh-jauh 3 sikap buruk yang saya nyatakan diatas. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti merungut dan berhenti membuat alasan. Fikirkan perkara yang positif dan usahakan… insyallah cita-cita & impian anda akan tercapai!

Jangan Katakan Anda Dah Tahu Semua

Dalam buku “The Secret Of Millionaire Mind” ada menyatakan, apabila seseorang mengatakan bahawa beliau sudah tahu tentang semua perkara.. maka, ia mengambarkan.. beliau adalah seorang yang miskin dan sombong.

Orang kaya tidak akan pernah berhenti untuk belajar dan menimba ilmu. Mereka sedar, proses pembelajaran adalah sesuatu yang berterusan dan sebab itu.. mereka akan mengakui.. mereka tidak tahu semua perkara.

Berbeza dengan orang yang miskin kurang kaya, mereka beranggapan mereka sudah tahu mengenai semua perkara.. cakap je apa-apa pun..”aku dah tahu dah semua tu..” . Disebabkan tanggapan dan sikap mereka itu, maka proses pembelajaran mereka akan terbantut, sekaligus.. daya pemikiran serta kekayaan mereka (jika ada) juga akan terbantut.

Menurut T. Harv (penulis buku The Secret Of Milionaire Mind) , anda hanya tahu sesuatu perkara itu apabila anda melakukannya secara rutin di dalam kehidupan anda. Jika anda tidak melakukannya.. anda sebenarnya tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. anda mungkin hanya pernah melihat.. pernah membaca.. pernah mendengar dan juga mungkin pernah bercakap mengenainya.. tetapi hakikatnya anda tidak “tahu” mengenainya.

Jadi.. usah berlagak… kalau tak tahu.. cakap je tak tahu.. tak perlu nak buat-buat tahu. Lebih baik makan tahu.. tidak lah nanti terlalu malu.. oh!

Kesimpulannya… usah berlagak dan hormatilah setiap ilmu yang anda terima .. walaupun ilmu itu sememangnya anda sudah tahu dan sudah sedia maklum, anggaplah ia sebagai satu ulangkaji dan peringatan.

P/s:- Ada sesetengah orang sangat sombong dan berlagak lalu berkata..”saya datang dari jauh dan susah payah ke sini, jadi.. sila berikan ilmu yang saya tidak pernah tahu.. ilmu yang saya dah tahu.. saya tak mahu tahu”..

Apa ilmu yang ko tak tahu? manalah aku tahu? budusssss… syoh! syoh! nyah ko dari sini.. Oh!

Jenama Perniagaan Internet Berbeza

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, jangan samakan cara pengiklanan jenama perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet.

Jenama perniagaan bukan Internet mendapat pengiklanan dari segi produk (atau kedai) yang boleh dilihat orang ramai.

Contoh, Coca-cola boleh dilihat di kedai-kedai… showroom NAZA boleh di lihat di tepi jalan raya… Colgate boleh dilihat apabila kita berus gigi…

Apabila dilihat, ia menjadi pengiklanan.

Tetapi, jenama perniagaan Internet TIDAK BOLEH DILIHAT di kedai, tepi jalan raya ataupun apabila kita membuat sesuatu kerja. Jenama perniagaan Internet hanya boleh dilihat apabila seseorang MEMILIH untuk pergi ke sesuatu laman web tersebut seperti jenama BUAT DUIT SAMBIL TIDUR AREEZUL Oleh itu, pendekatan perniagaan Internet untuk memaksimakan keuntungan adalah mempunyai “JENAMA” sedia ada didalam fikiran orang ramai.

Contoh, bila sebut buku, jenama Amazon.com tertera di fikiran.
Bila sebut search engine, Google tertera di fikiran
Bila sebut bunga, Blooming.com.my tertera di fikiran
Bila sebut perniagaan Internet, AREEZUL tertera di fikiran (harapnya lah!

Mar 11, 2008

Pengalaman Jual Bihun Sup


Salam!


Kepada kawan-kawan yang baru je masuk kat sini , baca le story ni dari bawah dulu kerana dah memang tradisi blog, cerita baru mesti dok kat atas.

Ok, aku mula-mula sekali berniaga bihunsup ni 13 tahun yang lalu dan tak sangka pulak aku nak jual bihun sup hehehhe.
Mulanya aku buka , modal pusingan tak lah banyak sangat cuma lebih kurang RM5 ribu termasuk beli van 2nd hand, asal boleh jalan dah le.

Hari permulaan punya le fikir kat mana nak cari lokasi yang strategik untuk mulakan perniagaan ini. Fikir punya fikir, abang aku sarankan kat pantai bersih, Butterworth.
Masa tu Pantai Bersih jangan cerita le, mak oiiii punya le ramai orang , siang dan malam macam pesta Pulau Pinang.
Yang berpasangan tu lagi le ramai dan yang kereta rosak malam-malam tu lagi le ramai, aku selalu gak tengok wayang free,heeeeee heeee!.

Hari pertama bermula, aku ingat adalah pada hari sabtu dari jam 9 pagi sampai jam 12malam. U all nak tau apa jadi, punya le tebal muka ni, setebal tembok besar China tu! tapi pasal abang aku pun ada sama, aku pun teruskan juga ketebalan muka ni.

Yang paling menyedihkan jualan pada hari tu, jeng jeng , ha ha ha cuma RM90 sahaja padahal modal aku masa tu ingat-ingat RM300 ada le?
Tapi abang aku kata " tak pa ,sabar,ni baru hari permulaan.