nuffnang1

.:)

Mar 21, 2008

Jangan Katakan Anda Dah Tahu Semua

Dalam buku “The Secret Of Millionaire Mind” ada menyatakan, apabila seseorang mengatakan bahawa beliau sudah tahu tentang semua perkara.. maka, ia mengambarkan.. beliau adalah seorang yang miskin dan sombong.

Orang kaya tidak akan pernah berhenti untuk belajar dan menimba ilmu. Mereka sedar, proses pembelajaran adalah sesuatu yang berterusan dan sebab itu.. mereka akan mengakui.. mereka tidak tahu semua perkara.

Berbeza dengan orang yang miskin kurang kaya, mereka beranggapan mereka sudah tahu mengenai semua perkara.. cakap je apa-apa pun..”aku dah tahu dah semua tu..” . Disebabkan tanggapan dan sikap mereka itu, maka proses pembelajaran mereka akan terbantut, sekaligus.. daya pemikiran serta kekayaan mereka (jika ada) juga akan terbantut.

Menurut T. Harv (penulis buku The Secret Of Milionaire Mind) , anda hanya tahu sesuatu perkara itu apabila anda melakukannya secara rutin di dalam kehidupan anda. Jika anda tidak melakukannya.. anda sebenarnya tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. anda mungkin hanya pernah melihat.. pernah membaca.. pernah mendengar dan juga mungkin pernah bercakap mengenainya.. tetapi hakikatnya anda tidak “tahu” mengenainya.

Jadi.. usah berlagak… kalau tak tahu.. cakap je tak tahu.. tak perlu nak buat-buat tahu. Lebih baik makan tahu.. tidak lah nanti terlalu malu.. oh!

Kesimpulannya… usah berlagak dan hormatilah setiap ilmu yang anda terima .. walaupun ilmu itu sememangnya anda sudah tahu dan sudah sedia maklum, anggaplah ia sebagai satu ulangkaji dan peringatan.

P/s:- Ada sesetengah orang sangat sombong dan berlagak lalu berkata..”saya datang dari jauh dan susah payah ke sini, jadi.. sila berikan ilmu yang saya tidak pernah tahu.. ilmu yang saya dah tahu.. saya tak mahu tahu”..

Apa ilmu yang ko tak tahu? manalah aku tahu? budusssss… syoh! syoh! nyah ko dari sini.. Oh!

No comments :