nuffnang1

.:)

Mar 21, 2008

Jenama Perniagaan Internet Berbeza

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, jangan samakan cara pengiklanan jenama perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet.

Jenama perniagaan bukan Internet mendapat pengiklanan dari segi produk (atau kedai) yang boleh dilihat orang ramai.

Contoh, Coca-cola boleh dilihat di kedai-kedai… showroom NAZA boleh di lihat di tepi jalan raya… Colgate boleh dilihat apabila kita berus gigi…

Apabila dilihat, ia menjadi pengiklanan.

Tetapi, jenama perniagaan Internet TIDAK BOLEH DILIHAT di kedai, tepi jalan raya ataupun apabila kita membuat sesuatu kerja. Jenama perniagaan Internet hanya boleh dilihat apabila seseorang MEMILIH untuk pergi ke sesuatu laman web tersebut seperti jenama BUAT DUIT SAMBIL TIDUR AREEZUL Oleh itu, pendekatan perniagaan Internet untuk memaksimakan keuntungan adalah mempunyai “JENAMA” sedia ada didalam fikiran orang ramai.

Contoh, bila sebut buku, jenama Amazon.com tertera di fikiran.
Bila sebut search engine, Google tertera di fikiran
Bila sebut bunga, Blooming.com.my tertera di fikiran
Bila sebut perniagaan Internet, AREEZUL tertera di fikiran (harapnya lah!

No comments :