nuffnang1

.:)

Nov 6, 2016

Apa Itu Kebebasan Kewangan

Persepsi Setiap Orang Pastinya Berbeza Perihal Kebebasan Kewangan Dan Kebebasan Mutlak
Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat.


Saya memang suka membaca status-status facebook yang dicatatkan oleh anak-anak muda yang

sudah berjaya mengisahkan prinsip kewangan mereka.


Mula-mula kau berusaha gila-gila buat banyak duit. Ya, buat banyak duit.Kemudian dengan duit yang

 banyak itu, kau selesaikan semua masalah duit yang patut kau selesaikan.Baki itu, kau beranakkan

duit itu dengan kategori pelaburan yang kau faham (Bukan ikut orang lain tanpa faham permainan

yang jelas. Itu bodoh namanya)Kemudian kau hidup bebas tanpa ada masalah duit. Atau masalah duit yang sangat minimum.

(Dan bukan masalah duit yang bagus seperti terlalu banyak duit)Dan akhirnya, kau sedar serta jelas bahawa duit adalah alat terbaik untuk membebaskan diri daripada masalah dan nafsu dunia yang sementara.


Kita bukan dari Guru yang sama tetapi mempunyai prinsip kewangan yang sama seperti di atas

. Bezanya saya perlu berusaha gila-gila lebih daripada sepuluh tahun untuk mendapat kebebasan 

duit dan kebebasan masa tak macam anak-anak muda sekarang yang umur dua puluhan ramai yg

 sudah berjaya. Ini kelebihan zaman teknologi dan internet, kepada yang pandai mengambil

kesempatan akan mendapat manafaat. Kita dapat leverage kan teknologi dan compounding kan duit

dengan lebih mudah dan cepat. Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan.


Seronoknya apabila sudah ada kebebasan duit, fokus hidup kita pasti berbeza. Matlamat nak

membantu kawan-kawan menjadi lebih pandai bukan lagi bermotivasikan duit. Tak perlu nak

kenakan yuran yang mahal-mahal apabila buat kelas untuk mengajar ilmu menjadi usahawan berjaya.


 Dengan kebebasan kewangan dan kebebasan masa kita boleh peruntukan banyak masa untuk bisnis 

sosial membantu ummah bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Apa yang perlu

bersusah-susah dengan cara yang betul dan jemaah yang betul dalam tempoh beberapa tahun untuk

 mencapai misi kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Ramai rakan-rakan yang datang berkongsi kegagalan mereka dalam bisnis. Saya tanya berapa lama

dah buat. Ada yang kata enam bulan, ada yang kata satu tahun, ada yang kata dua tahun dan ada yang

 kata tiga tahun. Saya jawab itu bukan kegagalan tetapi PUTUS ASA kerana ramai mereka yang

berjaya perlu bekerja kuat dan gila-gila lebih daripada lima tahun. Tak percaya bacalah buku biografi

usahawan dan jutawan terkenal pasti kawan-kawan akan dapat jawapannya. Mereka yang rapat

dengan saya tahulah bagaimana gilanya saya bekerja suatu masa dahulu.


Paling sedih ada juga sahabat yang sudah kerja gila-gila, dapat duit yang banyak akhirnya perlu ulang kerja lebih gila lagi kerana tersalah langkah menguruskan kewangan dan tersalah mendapat nasihat

kewangan. Bila kita ada banyak duit berbagai proposal akan sampai untuk mengabiskan duit kita jadi

 berhati-hati dan perlu ilmu untuk menilai semua peluang bisnis yang sampai.

Semua itu ujian susah, senang dan kegagalan tiada yang akan terlepas.