nuffnang1

.:)

Oct 31, 2012

Rezeki - Hujan - Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat dan di rahmati Allah selalu. Hari ini Rabu dan saya berniaga di pasar malam Stream Garden, Alma...masih di lagi di lokasi yang hampir sama dengan Pasar Malam Selasa, cuma bezanya penempatan yang berlainan dan jarak lebih kurang 2 Kilometer sahaja .

Perniagaan hari ini masih lagi mengikut rentak yang sama seperti semalam, bila mana hujan yang turun dari jam 3.30 petang berterusan sehingga ke malam hari dan semasa saya sedang menulis kisah ini pun hujan masih lagi berlarutan dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang ianya akan berhenti.

Peniaga yang hadir hari ini boleh di bilang dengan jari kerana hujan turun dengan agak lebat sebelah petang dan ada yang datang namun tidak membuka gerai mereka. Dan yang tinggal kebanyakkanya hanyalah peniaga berunsurkan makanan yang mahu atau tidak terpaksa juga membuka perniagaan memandangkan barangan telah pun dimasak atau telah di sediakan sejak awal pagi lagi.

Berikutan hujan masih berterusan sudah pastilah ramai di kalangan peniaga pasar malam akan mengalami sedikit kejatuhan dari segi keuntungan atau pun mencatatkan kerugian yang ketara bagi yang mengeluarkan modal yang tinggi. Apa yang mampu saya dan rakan-rakan seperjuangan lakukan , berdoa dan terus berdoa agar hujan tidak turun pada malam hati untuk kami meneruskan perniagaan ini .

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN ILMU DAN PANDUAN YANG BERGUNA
Post a Comment