nuffnang1

.:)

Oct 29, 2012

Pasar Malam > Budi Bahasa > Tatasusila > Korban

Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat yang sering mengikuti perkembangan terkini Pasar Malam. Buat masa ini saya masih lagi bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Saya akan mula berniaga esok hari .

Saya amat jarang bercuti sebenarnya, namun bila tibanya sahaja sambutan Hari Raya Aidil Adha percutian saya akan memakan masa yang agak lama sedikit , kenapa???? hehehhe, pasti anda akan tertanya-tanya. Ini juga akan menjadi penduan buat anda sebagai peniaga pasar malam yang mengusahakan perniagaan berorientasikan daging yakni bihunsup.

Kebiasaanya bila sambutan hari raya Korban berlansung maka banyak lah daging yang di agihkan kepada golongan yang layak menerimanya namun penerima tidak semestinya dari golongan fakir miskin sahaja, ramai penerima sekarang yang terdiri dari golongan berkemampuan namun mengikut syarak anak yatim dan ibu tunggal juga layak menerima daging korban tersebut, jadi tidak perlulah di pertikaikan.



Berkaitan dengan budi bahasa dan tatasusila pada entry kita kali ini ada kena mengena pada diri saya. Sebentar tadi saya mengambil kupon yang di berikan kepada anak buah saya iaitu anak abang saya dan saya mewakili beliau untuk mengambil daging korban di Politeknik Seberang Perai. Apa yang ingin saya sampaikan adalah tentang sikap dan tingkah laku pengawal yang menjaga Balai Pengawal Politeknik tersebut yang cukup bersopan dan mempunyai sifat yang amat terpuji sekali. Pengawal tersebut cukup berbudi bahasa dalam melayan kunjungan orang-ramai yang datang mengambil daging korban tersebut, saya pasti akan menghantar ke ruangan forum Utusan Malaysia memuji tangkah laku pengawal tersebut yang cukup berbudi pekerti yang amat tinggi.

Panduan ini dan tingkah laku seperti pengawal tersebut sebenarnya kita sebagai peniaga pasar malam seharusnya mencontohi pekerti mulia tersebut. Sebagai peniaga kita benyak berurusan dengan pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai bangsa serta latar belakang ekonomi masing-masing. Lantaran itu sikap dan budi pekerti tinggi haruslah kita tunjukkan bagi menggambarkan seorang peniaga pasar malam yang berhemah dan mempunyai nilai budi bahasa dan pekerti yang tinggi selaras dengan ajaran agama Islam yang mulia .

Mungkin kita pernah dengar ada segelintir peniaga pasar malam yang terlalu susah melontarkan senyuman kepada pelanggan dan mereka juga sentiasa bermuka masam semasam cuka bak kata pepatah. Kenapa harus berlaku perkara ini, pernahkah kita selidik akan hal begini. Susah untuk kita kenal pasti punca dan sebab musababnya namun kita tidak mampu menegur orang sebegini kerana tidak semua orang dapat menerima teguran dari orang lain tentang sikap mereka. Apa yang mampu kita lakukan adalah mengubah diri kita sendiri menjadi lebih baik dan jika kita jarang senyum, maka senyumlah mulai hari ini dan jika kita rasakan kita jarang beramah mesra dengan pelanggan maka ubahlah sikap kita mulai hari ini... mungkin pelanggan agak merasa sedikit kelainan namun mereka akan tersenyum di atas perubahan diri kita, begitulah yang di anjurkan dalam Islam semperna Aidil Adha ini..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM UNTUK TINGKATKAN EKONOMI ANDA
Post a Comment