Salam dan saya ingin mengucapkan Takziah buat semua penumpang dan kru MH370 yang PM kita umumkan telah berakhir penerbangannya di Selatan Lautan Hindi tempohari.
Sebenarnya saya tidak ingin mengulas lanjut cerita MH370 ini atas dasar menghormati keluarga mereka yang terlibat namun jari jemari saya sekadar ingin menasihati kepada kawan-kawan blogger yang terlalu ingin sangat mengambil tahu dan terlampau ingin mendahului perkhabaran agar berhati-hati dalam soal sensitiviti kaum kerabat mereka yang terlibat.
Janganlah terlalu ghairah menulis apa sahaja yang didapati dari internet tanpa ada usul periksa terus sahaja menulis. Kalau orang cakap yang menulis itu otak tak betul pandai pulak marah..... namun dia sedap jer mengata orang itu dan ini.
Janganlah terlampau kebaratan kerana memang telah di ketahui negara barat ni apa sahaja mereka akan tulis kalau negara yang ditimpa sesuatu kesusahan itu dan sentiasa sahaja menyalahkan orang lain walaupun mereka sedar apa yang mereka tulis itu tidak benar sama sekali. Jadi kita sebagai warga Malaysia yang hidup dalam aman dan damai jangan terpengaruh dengan media-media mereka yang sentiasa memandang negara Islam sebagai lemah. Kita patut berbangga dengan daya usaha kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh menangani perkara ini siang dan malam.
Saya amat berbangga dengan apa yang telah Kerajaan Malaysia tunjukan sentiasa peka kepada situasi dan sentiasa mengorak langkah kehadapan berusaha memberi yang terbaik kepada mereka.
Tahniah Kerajaan Malaysia.....
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA
No comments :
Post a Comment