nuffnang1

.:)

Jan 17, 2014

Sekalung Tahniah Buat Sekolah Kebangsaan Taman Senangan , Butterworth - Pasar Malam


Baru-baru ini sekolah tempat isteri saya mengajar telah melakarkan satu sejarah bertaraf dunia yang pastinya membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah di laporkan oleh Harian Metro bertarikh 16 Jan 2014.


                PESERTA dari SKTS menunjukkan coklat herba yang meraih pingat perak.
Butterworth: Idea menghasilkan coklat ‘sihat’ untuk kanak-kanak membolehkan pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Senangan (SKTS), Teluk Air Tawar, di sini meraih pingat perak keseluruhan menewaskan enam sekolah menengah lain dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi 2013 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, baru-baru ini.
Pasukan sekolah itu dibarisi lima murid iaitu, Nur Liyana Sabrina Mazlan, Nurul Ain Nabila Azman, Nurul Afiqah Jazman Shahar, Muhammad Hareez Fitri Annuar dan Muhammad Farhan Roslee dibantu ketua penyelidik Dr Azman Seeni Mohamed, pensyarah kanan dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM).


Idea murid berkenaan yang ketika itu berada di tahun enam boleh dianggap bertaraf dunia kerana belum ada coklat seumpamanya dihasilkan dan mampu mengurangkan kolesterol dalam badan sekali gus mencegah penyakit berbahaya dalam kalangan kanak-kanak.

Azman berkata, projek menghasilkan coklat herba bermula awal tahun lalu hasil idea murid SKTS, manakala USM dan UiTM menyediakan formula dengan kos permulaan RM3,000.


“Idea menghasilkan coklat herba dinamakan 4KF kerana menggunakan empat bahan asas utama iaitu madu, minyak zaitun, habbatus sauda dan gam Arab.

“Berdasarkan penyelidikan, semua bahan digunakan mampu merencatkan kolesterol dalam badan, sekali gus mencegah penyakit ‘tiga serangkai’ iaitu jantung, darah tinggi dan kencing manis selain mencegah penyakit buah pinggang,” katanya.

Semalam, Azman dan lima murid SKTS menerima sijil penghargaan disampaikan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Prai Utara Supian Paimin.
Dan tahniah juga Buat Cikgu Siti Aishah Bt Safee Muhammad yang telah mengacarakan majlis tersebut dengan cukup hebat....


No comments :