Baru-baru ini didada akhbar heboh memperkatakan soal ALI BABA. Bagi mereka yang kurang memahami kerana terlepas keretapi adalah : bermaksud Mengaut Untung Atas Angin. Atau mungkin yang masih tak faham adalah seseorang yang mempunyai sesuatu gerai, kedai atau kemudahan yang di berikan telah menyewakan kepada orang lain selama sebulan atau kurang atau lebih tanpa perlu mengusahakan dengan tangannya sendiri.
Saya tidak pasti sama ada perkara ini orang tak nampak atau buat-buat tak nampak kerana ianya sudah lama berlaku apatah sekarang ini ramai rakyat Malaysia lebih gemar menyewakan kepada Warga asing. Kalau anda berkunjung ke " food court" anda boleh dapati ramai warga asing berniaga, tauke yang ampunya kedai tersebut tidur di rumah, cukup bulan semak akaun bank sahaja.
Mereka tidak mahu bersusah payah mengusahakan sendiri dan mereka gemar menyewakan sahaja kerana banyak permintaan dari warga asing ditambah pula dengan penguatkuasaan yang cukup lemah oleh Kerajaan . Di Pulau Pinang sahaja anda sendiri boleh saksikan gerai-gerai yang di kendalikan oleh warga asing bercambah macam cendawan seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil.
Bagi orang awam yang tidak berniaga mungkin mereka kurang menyedari dan sekadar melihat serta terus sahaja berlalu. Namun bagi kami peniaga pasar malam kami melihat perkara ini sebagai satu ancaman yang bakal kami atasi kerana mereka juga telah mulai berniaga di pasar malam serta Bazaar Ramadan.
Tidak pastilah sejauh mana kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tindakan susulan oleh kerajaan, sama-sama kita nantikan.
Di bawah adalah laporan Utusan Malaysia - Isnin 20/1/2014
60% premis disewa warga asing. Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan mendakwa
60 peratus peniaga di Lembah Klang bertindak menyewakan premis perniagaan mereka kepada orang lain terutama warga asing.
Yang Dipertuanya, Datuk Bahrin A. razak memberitahu majoriti kegiatan ' mengalibabakan' lesen dan lot perniagaan itu dikesan melibatkan peniaga Malayu.
Menurutnya kebanyakan kawasan perniagaan yang disewakan kepada warga asing ialah pasar basah, pasar malam dan medan selera yang menjadi tumpuan ramai.
Di bawah ini adalah kenyataan PM kepada Utusan bertarikh 19/01/2014 - Ahad
JANGAN BERI WARGA ASING - PM ingatkan peniaga tidak sewakan premis mereka.\
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada semua penjaja dan peniaga kecil supaya tidak menyewakan premis perniagaan mereka kepada orang lain terutama warga asing.
Beliau mengingatkan peniaga supaya tidak mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan dengan berbuat demikian.
Tegas beliau, mereka mesti bertanggungjawab dengan menjalankan sendiri perniagaan terutamanya yang mendapat bantuan daripada kerajaan.
Saya pantang sekali, kalau saya dengar, kalau ada kawasan premis perniagaan yang sangat baik tapi bila kita pergi sana, kita dengar bahasa ( yang digunakan oleh peniaga di situ ) lain ..tegas beliau.
NAJIB TUN RAZAK.
Perdana Menteri
DAPATKAN EBOOK PANDUAN ANDA BERNIAGA DI PASAR MALAM / UPTOWN
No comments :
Post a Comment