Moto atau cogankata yang sentiasa diungkapkan dimana sahaja oleh semua orang tak kira samada peniaga atau pun pelanggan... ayat ini merupakan ayat keramat bermaksud agar setiap peniaga mendahulukan pelanggan. Namun adakah ia benar-benar dipraktikan atau sekadar kata-kata kosong.
Yang benar-benar akan merasainya adalah pelanggan kerana mereka yang membeli dari kita. Setiap tingkah laku dan tindak tanduk kita peniaga di perhatikan oleh pelanggan. Baik buruk sikap dan layanan akan menjadi kayu pengukur buat pelanggan menilai diri seseorang peniaga itu. Semua ini akan diterjemahkan oleh pelanggan samada kunjungan ini adalah kali pertama dan terakhir atau akan ada kunjungan kedua dan ketiga serta seterusnya.
Peniaga hanya mampu memberi perkhidmatan yang secukupnya tetapi pelanggan adalah bos yang akan memberi markah samada 5A atau 5D...setakat kita peniaga yang mengatakan kita telah memberi perkhidmatan terbaik tidak memberi apa-apa perngertian langsung dan sekadar syok sendiri seperti sesorang menulis di FB dan tiada sebarang like maka itulah di katakan syok sendiri...
Justeru itu saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan kawan-kawan yang lain agar mempraktikan senyuman manis bila berurusan dengan pelanggan dan yang amat amat penting adalah , bila barang jualan kita hampir nak habis ...dengan segera info kepada pelanggan yang sedang berbaris dengan mengatakan " Abang, bihun ada 2 bungkus sahaja lagi, maka dengan ini yang lain lain akan terus beredar. Jika mereka menunggu maka mereka akan cukup kecewa sebab tidak dapat membeli kerana sudah habis....
EBOOK PANDUAN BELAJAR BERNIAGA DIPASAR MALAM DISINI, DAPATKAN SEGERA
No comments :
Post a Comment