Hanya RM5 Sewa Satu Tapak
Entri kali ni saya dapat idea dari seorang pelanggan yang mempertikaikan harga segelas teh tarik RM1.20 semasa minum di warung pasar malam kami semalam.
Ayat yang dia cakap "Tak kena sewa kedai pun letak harga mahal nak mampoosss" wow ayat power dari seorang pelanggan berusia sekitar 60an yang tak pernah saya lihat berkunjung ke gerai kami dan mungkin datang bersama anaknya sebab saya kenal anak beliau.
Saya akui sewaan tapak pasar malam yang dikenakan kepada peniaga-peniaga memang agak murah dan tidak semahal mereka yang menyewa sebuah lot kedai yang mencecah ratusan ringgit malah ada yang ratusan ringgit. Namun jangan itu dijadikan perbandingan kerana mungkin anda tidak terfikir sesuatu perkara lain.
Maksud saya pembelian barang mentah, adakah peniaga pasar malam membeli dengan harga lebih sebungkus serbuk teh seberat satu kilogram dan peniaga restoran pula harga yang berbeza.
Untuk maklumat anda sebungkus teh cap masjid adalah RM9.50 maka kami dan peniaga restoran juga beli pada harga yang sama dengan sedikit pun tiada beza harga. Bagitu juga dengan ais kiub tetap sama harga RM3 sebuah bag.
Janganlah ini dijadikan satu isu kerana anda tidak akan merungut jika minum teh tarik berharga RM1.50 di kedai mamak sebab anda rasa harga itu berbaloi dengan restoran besar dan tidak berbaloi berada di pasar malam. Jangan mudah melatah kerana harga yang kami letakkan cukup setimpal dengan gelas kami berukuran 10 aun berbanding restoran mamak hanya bersaiz 8 aun. Ini mungkin pakcik itu tak berapa perasan.
Begitu juga harga bihunsup kami masih murah pada harga RM4 semangkok berbeza dengan kedai atau restoran yang mencecah RM5 ke RM7.50 semangkok yang bersaiz sama macam kami.
Jadi jangan terus melatah atau mempertikaikanya. Ya betul pelanggan berhak bersuara tetapi bersuaralah kalau ada kebenaran bukan tanpa menyiasat atau membuat tuduhan melulu.
Apa pun kami tidak pernah melatah malah mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda dan pakcik tersebut ke gerai Aree Bihunsup Ex Service.
No comments :
Post a Comment