nuffnang1

.:)

Apr 11, 2016

Skim Cepat Kaya Melanda Pasar Malam

Elakkan Diri Anda Wahai Peniaga Pasar Malam Dengan Skim Nak Cepat Kayapp Dari Orang Terdekat Anda Sendiri
Hindari diri anda dari menjadi mangsa!!!
Skim cepat kaya bukan perkara baru di Malaysia dan ia mula dikesan memperdaya pengguna sejak tahun 70-an lagi dengan skim pertama dikenali sebagai Pak Man Telo.
Selepas lebih 30 tahun, skim seumpama ini masih terus berleluasa, dengan modus operandi yang diberi suntikan baru namun, masih mencapai tujuan sama iaitu menipu wang orang ramai.


                            

Ketika Facebook (FB) mula mendapat tempat, muncul skim cepat kaya menggunakan medium berkenaan dengan yang paling terkenal menggunakan slogan “Login FB Dapat Duit”. Ia mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga 2011, malah ia dipercayai masih bertahan sehingga kini. Modus operandinya, menawarkan pulangan apabila kita berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru.

Sekitar 2012, ketika harga emas mula memuncak, maka muncul pula skim berasaskan emas. Yang paling mencuri perhatian ialah skim emes Geneva yang kes mahkamahnya masih berjalan sehingga sekarang, selepas ia diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) pada penghujung 2012.

Melewati tahun 2013, apabila pasaran saham mula meningkat, muncul pula skim saham dan Forex yang pelik-pelik menawarkan pelbagai pulangan menggiurkan.
Ketika kerajaan mempromosi bidang pertanian dan penternakan, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan penternakan seperti ikan arowana, penternakan lembu malah penternakan burung unta. Keadaan sama berlaku ketika industri e-book mula berkembang, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan e-book.

Walaupun muncul pelbagai skim dengan nama berbeza, namun tidak sukar untuk mengenali skim seumpama ini kerana ia mempunyai ciri yang sama iaitu menawarkan pulangan yang tinggi tanpa risiko, menjana keuntungan melalui rekrut orang baru dan tidak memiliki produk atau produk yang ada hanya bersifat kosmetik. Ciri pertama skim ini ialah menawarkan pulangan tinggi 10 peratus 15 peratus sebulan. Ia lebih tinggi daripada Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) malah lebih tinggi daripada pasaran saham indeks Bursa Malaysia.

Secara logiknya, ia boleh mencecah sehingga 120 peratus hingga 180 peratus setahun. Namun, ia mustahil untuk dicapai dengan cara melabur dan membiarkan wang beranak-pinak saja.
Ciri kedua skim ini ialah menjanjikan keuntungan melalui aktiviti merekrut orang baru, bukan melalui jualan produk. Melalui ciri ini, para pelabur dikehendaki mencari orang baru untuk melabur atau menyertai skim ditawarkan.

Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid.

Kedua-dua skim ini mempunyai persamaan iaitu menawarkan pulangan tinggi dengan kemasukan orang baru. Skim piramid adalah sebahagian daripada skim cepat kaya.



Ciri ketiga skim cepat kaya adalah tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual, tetapi yang ada hanyalah sebagai hiasan semata-mata. Malah, jika ada produk sekalipun, ia akan dijual pada harga tidak munasabah. Sebagai contoh, jika sekotak kopi yang berharga di pasaran sekitar RM15, di dalam skim ini ia akan dijual pada harga RM80 dan disertakan senarai khasiat perubatan ajaib untuk justifikasi harga yang melampaui batas itu.
Sedangkan harga yang dibayar itu adalah untuk menampung bonus ‘orang atas’. Yang menariknya, masih ada orang yang mempercayai penipuan secara terang-terangan ini.
Mereka yang berhasrat menambah pendapatan disaran supaya berhati-hati dalam setiap skim yang diceburi. Jika ia skim pelaburan, pastikan kita semak kedudukannya melalui agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan BNM. Untuk mengetahui status halal produk pula boleh semak melalui JAKIM.
Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ia datang daripada sahabat atau saudara rapat. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, namun sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu.




Jangan terburu-buru dengan ayat ‘tawaran terhad’ kerana percayalah bahawa peluang yang baik itu umpama bas, jika terlepas satu bas akan datang bas yang lain. Dalam hal ini, prinsip biar lambat asal selamat terpakai.

Dalam hal pelaburan, satu prinsip konservatif yang boleh diguna pakai ialah “biar tersalah tidak melabur skim yang menguntungkan, dari tersalah labur skim yang merugikan”.

Ringkasan tips bagaimana nak elak skim penipuan emas ini ;

1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan.
4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu diserahkan kepada syarikat
5. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
6. Elakkan membuat bayaran penuh atau lebih 30% ketika membeli emas dalam plan ‘Delay Order’ seperti bayar dan tunggu selepas 30 hari baru dapat barang kerana ia berisiko tinggi.




7. Anda akan diberi manisan, gula-gula terlebih dahulu.
8. Anda diberi produk untuk mengaburi mata anda. Dalam masa yang sama anda diberi janji akan diberi pulangan setiap bulan.
# Melabur di dalam kes ini adalah anda menyerah wang anda dan menunggu pulangan bulanan (goyang kaki). Kalau ada produk sekali pun, hanya sekadar untuk mengaburi mata pelanggan..




Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Antara faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya adalah:

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu dan ingin cepat untung – Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat semua nak cepat.
3. Ingin mengaut keuntungan tanpa bekerja.
5. Duit masuk dengan goyang kaki.
6. Tarikan dari rakan-rakan sekeliling. Pihak A bagitahu yang rakan beliau B sudah dapat pulangan. Pihak B juga bagitahu yang saudara beliau C juga sudah dapat pulangan. Jadi ini menyebabkan kita kelabu mata tanpa memikirkan akibatnya atau tanpa menyiasat. Hanya sekadar keyakinan dari orang sekeliling sahaja.
Kesimpulannya disini, untuk berjaya, kaya raya, anda memerlukan usaha dan titik peluh anda sendiri serta tanpa menyerahkan wang anda kepada pihak ketiga untuk diniagakan. Nasihat kami, lengkapkan dada dengan ilmu, siasat setiap syarikat tersebut dimana wang kita diniagakan atau sebolehnya elakkan terus. Mari berniaga sendiri tanpa menyerahkan wang anda kepada pihak ketiga. Beli emas, mesti dapat emas.
Percayalah, sudah ramai yang terkena. Jangan jadikan diri anda salah seorang dari mangsa. Belajar dari sejarah dan dari orang yang pernah terkena.




Bagaimana saya sendiri berpengalaman terlibat dengan skim cepat kaya ini sekitar tahun 2008 dan saya ramai dikalangan bekas pesara tentera yang mengalami pengalaman yang sama seperti saya. Apabila setiap anggota tentera bakal bersara imbuhan sedang menanti ratusan ribu ringgit dan ketika inilah ramai ejen-ejen skim cepat kaya akan datang kepada kita menjanjikan kemewahan dan bulan serta bintang ke ribaaan.

Termasuklah sahabat kita sendiri ada juga saudara terdekat namun ingin saya ingatkan kepada anda, jangan mudah terpengaruh dan pegang satu prinsip " Tiada Jalan Mudah Dapat Wang Selain Berusaha".

Rujuklah kepada orang yang berpengalaman dan jangan anda jadi mangsa seterusnya...sebab ramai peniaga pasar malam yang saya dengar sudah terkena kebelakangan ini.

Setkan dalam minda anda " Hanya Pasar Malam Yang Boleh Menjadikan Anda Kaya Raya Tapi Perlu Rajin Berusaha".

No comments :