Mydin Jalan Baru Bukit Mertajam Membantu Peniaga Kecil
Memang sudah tidak asing lagi bagi peniaga Pasar Malam mencari barang keperluan ditempat-tempat yang menawarkan dengan harga yang murah dan berpatutan. Modal pusingan kami peniaga pasar malam tidaklah sebanyak peniaga kedai-kedai makan dan restoran yang hebat-hebat.
Sebelum wujudnya Mydin Mall di Jalan Baru, Bukit Mertajam kebanyakan kami akan mencari stok di market B.Mertajam atau pun di Tesco Bandar Perda. Tapi akibat kenaikan harga ayam yang mendadak tingginya kami terpaksa mencari satu alternatif untuk tidak membebankan dari segi pengeluaran modal.
Selepas harga ayam naik sehingga RM8 sekilogram maka kami mula mengalih arah ke Mydin kerana tawaran harga yang cukup kompetetif dan cukup murah.
Sebagai pelanggan tetap Mydin anda boleh mendapatkan kad setia Mydin dengan setiap RM1 pembelian anda akan mendapat satu mata ganjaran, mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus dengan pembelian barang-barang terpilih.
Mydin juga mempunyai pelbagai barangan dan ianya tidak terhad kepada barangan basah sahaja tetapi terdapat juga pakaian, alatan kecantikan, makanan dan minuman. Anda juga boleh mendapatkan hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam yang disediakan oleh pihak Mydin Jalan Baru sendiri pada bahagian tingkat 1.
Lot-lot gerai juga disediakan ditingkat bawah "ground floor", dengan perkhidmatan Nasi Ayam Penyet, Mc Donaald, Kedai Kek dan lain-lain makanan yang cukup banyak dilot bawah.
Barang-barang basah seperti ikan, sayur, udang, ketam memang banyak dijual dengan harga yang cukup murah dan jangalah anda terpengaruh dengan hasutan yang mengatakan produk disini tiada kualiti.
Paling menarik apabila tibanya waktu solat akan kedengaran azan menandakan waktu solat fardu sudah pun masuk dan semua pekerja Mydin Mall wajib bersolat.
Kalau anda belum pernah berkunjung ke Mydin Mall Jalan Baru cepat-cepatlah berkunjung dengan keluarga kerana cukup rugi kalau tak pergi...
No comments :
Post a Comment