Awat Daging Hang Liat Sangat, Komen Pelanggan
Komen seorang pelanggan dalam fb saya pagi tadi dan saya pun tak kenal siapkah beliau, namun saya tetap reply positif dan saya maklumkan yang saya akan pastikan yang daging-daging akan dihidang dalam keadaan yang lembut lain kali.
Adakah anda rakan-rakan pasar malam pernah mendapat komen sebegitu oleh pelanggan samada online atau offline dan bagaimana pula reaksi anda terhadap komen tersebut.
Saya yakin anda juga pernah menerima komen atau pun reaksi dari pelanggan berkaitan menu jualan anda ataupun pekerja anda. Namun sebagai peniaga dan tauke yang mempunyai pekerja sebaiknya siasat dahulu akan kesahihan aduan pelanggan tersebut samada benar ataupun tidak, jangan tanpa usul periksa terus hentam pekerja anda.
Entri saya kali ini sedikit menarik tentang komen di fb yang pada mulanya saya anggap positif sebab ayat-ayat teguran itu normal bagi saya dan tak pernah saya ambik kisah pun atau melatah atas komen-komen membina.
Anda cuba rehat dulu, buat kopi dan baring atas sofa sambil menonton tv sebab cerita saya ini memang cukup menarik berkaitan kawan makan kawan dengan komen terbuka di facebook dan berpakat atau kroni.
Ianya tiada kaitan dengan saya tetapi kaitan dengan kawan-kawan guru seangkatan isteri saya.
DAPATKAN PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA
2 hari lepas saya ada approvekan seorang perempuan yang request friend dengan fb kami, bila saya tanya isteri maka katanya itu kawan di maktab dahulu. Saya pun approve. Sehari selepas saya approve terus di kondemnya kami dalam FB dan bila saya tanya maka jawab beliau yang tulis tu suami dia...saya tanya kenapa tak ada nama suami dia cakap suami dia selalu pinjam telefon dia dan guna fb....ok kat situ dah nampak penipu dah...
Kemudian kelmarin ada seorang lagi perempuan ad fb kami, saya tanya lagi isteri siapa maka isteri saya jawab itu guru juga tapi sekolah lain maka saya pun approve lah.
Kisahnya mulalah berlaku hari ni dimana saya macam biasa akan buat promosi jualan bihunsup di facebook setiap hari Sabtu Pasar Malam Taman Pauh.
Tup tup guru yang saya approve semalam terus komen mengatakan daging keras potong stim makan, so saya replylah dengan positif akan perbaiki kelemahan itu. Kemudian semakin menjadi-jadi plak komen-komen dia. Saya ok masih positif. Selang 12 minit masuk pula seorang guru perempuan yang baru 2 hari saya approve di fb komen sebab tu dia mahu makan bihunsup saya....
Kalaulah anda apa tindakan anda sedangkan baru 2 hari saja guru-guru ni jadi friend di fb ....yang dah bertahun jadi friend pun tak pernah nk komen macam tu. Saya boleh terima cara komen tetapi apa yang saya nampak mereka berdua mempunyai niat yang tidak dan ada konspirasi terancang berdua.
Saya maklumkan dahulu kepada Isteri saya tindakan kepada mereka...senang je bukanya kami unfriend tapi "block" terus hahahahaha...baru ada akai....banyak lagi benda lain boleh buat tapi nape nak kondem orang, adakah mereka cemburu.
Wallahualam ...
No comments :
Post a Comment