nuffnang1

.:)

Apr 24, 2016

Nak Senang Atau Nak Susah

Nak Senang Upah Pekerja Nak Susah Semua Buat Sendiri




Bila ada perlawanan bolasepak, kenduri kahwin dan acara lain mula pening kepala. Bagaimana nak uruskan semua itu. Nak nengok bola nanti rugi sebab tak boleh berniaga, nak pergi makan kenduri takut lambat. Serba salah dibuatnya maka akhirnya hidup kita menjadi sunyi...

Ada di kalangan kita yang langsung tak pedulikan apa berlaku disekeliling, yang dia tahu uruskan perniagaan dan jaga keluarga sendiri.Itu terpulang kepada individu dan siapa kita untuk menegur hal mereka takut nanti dikatakan menjaga tepi kain orang pula.

Setiap individu kisah kehidupan berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Ada yang join group whatups namun sekadar pemerhati dan langsung tak pernah pos apa-apa dan bila di tanya jawapan adalah "Silent Reader".



Hidup ini sebenarnya cukup mudah sekali untuk kita laluinya, terlalu mudah kalau kita berada di landasan yang betul dan hidup dalam prinsip yang rukun dengan kesederhanaan tanpa membebankan diri sendiri. Perancangan yang teliti memberi impak kepada kehidupan yang sejahtera dan damai.

Masing-masing mempunyai kawan rapat sendiri yang perlu di jaga dan mungkin juga yang tidak punya kawan rapat dan tak pernah ada siapa berkunjung ke rumah baik semasa musim perayaan setahun sekali apatah lagi untuk kunjungan pada hari biasa. Sebabnya diri sendiri yang kurang bercampur dengan rakan-rakan lain dan beranggapan itu semua menyusahkan.

Dan memang benar ada yang berkata, aku tak perlu itu semua maka hiduplah dia dalam kesunyian tanpa rakan taulan dan semakin tebal dilitupi kepongpong hitam membungkus hingga ke hari tua yang suram.

Renung-renungkan kebenaran cerita ini..adakah anda dalam kelompok ini. Hanya anda yang punya jawapan itu.

No comments :