nuffnang1

.:)

Apr 4, 2016

Satay Pak Chat Generasi Paling Mantap di Pasar Malam

Hebatnya Satay Pak Chat Terlaris Di Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam

Kalau anda peminat satay dimanakah akan anda kunjungi untuk mencari satay idaman anda!.

Adakah gedung-gedung besar yang berhawa dingin, atau restoran dengan pelayan dari Siam. Dan mungkin juga ke pasar malam berdekatan rumah anda. Semua itu terpulang kepada anda sendiri kerana saya tidak boleh menyekat kehendak seseorang individu.

Tetapi saya mampu memberi cadangan buat anda mendapatkan satay yang paling hebat dan paling sedap di Pulau Pinang juga tidak keterlaluan saya katakan di Malaysia.

Baiklah hari ini saya ingin membawa.anda berkunjung ke pasar malam yang cukup terkenal iaitu Pasar Malam Alma hari ahad bersebelahan pasaraya Wonderful lokasi Bukit Mertajam.

Disini terdapatnya penjual satay yang cukup hebat yang belum pernah anda nikmati resipi satay warisan turun temurun yang menjadi kegilaan ramai.

DAPATKAN PANDUAN EBOOK BERNIAGA DIUPTOWN DAN PASAR MALAM

Pewaris satay generasi ini diteruskan lagi oleh sahabat saya Mie yang cukup terkenal dikalangan rakan-rakan peniaga di pasar malam. Beliau merupakan seorang peniaga yang cukup berdedikasi dan tidak pernah mengenal erti jemu atau putus asa. Kerana itulah beliau dikenali diseluruh Pasar Malam Pulau Pinang, sifatnya yang cukup peramah tidak kedekut dalam soal belanja kawan-kawan menambahkan lagi murahnya rezeki beliau.


Resipi satay beliau dicipta sejak zaman berzaman dengan rempah ratus terpilih yang berkualiti dan tidak terdapat pada satay jenama lain . Diperap dengan masa yang cukup ideal menyebabkan bila masuk ke mulut anda..wowwwww yummmyyyy sukar nak diucapkan betapa enak dan lazatnya, ditambah pula pencicah kuah kacang satay yang cukup hebat dan saya antara pelanggan kuah kacang beliau yang sentiasa menempahnya 10 kilo setiap menjelangnya hariraya atau rumah terbuka anjuran keluarga saya.


Setiap hari jualan satay warisan ini paling kurang pun 7 ribu batang dijual....anda bayangkan banyak mana 7 ribu batang dengan 4 dapur dimasak tanpa henti......pelanggan yang tidak pernah putus-putus datang membeli dan sanggup menunggu panjang mendapatkan satay yang mereka tempah. Wak pembantu Mie pula cukup peramah dan pandai melayan pelanggan . Senyuman yang tidak pernah putus itu tidak mustahillah satay mereka menjadi tumpuan di pasar malam seluruh Seberang Perai dan Pulau Pinang.

"Setiap kali saya balik ke Penang, setiap hari saya akan datang membeli satay depa ni sebab keluarga saya suka sangat dan kadang-kadang tu saya sanggup drive 4 jam dari KL ke Penang semata-mata nak beli satay kat Mie" kata Tong Siang seorang pelanggan berbangsa Tiog Hua.

Setiap tahun semasa menyambut Syawal hampir 30 ribu cucuk satay ditempah sehinggalah tamatnya Syawal. Tempahan untuk rumah terbuka Kerajaan negeri atau orang perseorangan.

Kalau anda belum pernah merasai kelazatan satay warisan ini saya cadangkan set temujanji anda sekarang kerana anda dalam kerugian kalau tidak merasai kelazatan Mike Echo Echo..

No comments :