Bang Chik Kebab The Maverlous N Delicious
Kebab yang menjadi idaman dan pujaan setiap lapisan masyarakat tak kira tua atau muda dan sudah pastinya The Marverlous and Delicious Kebab Bang Chik Aka Mat Nip.
Pernahkah anda berkunjung ke mana-mana pasar malam dilokasi tempat tinggal anda. Apa jenis makanan yang anda cari dan pernahkah anda beli dan makan Kebab yang menjadi makanan kegemaran anda sejak dahulu lagi. Adakah kebab yang anda makan itu memang sedap atau terliur melihatnya sahaja tapi bila masuk ke mulut mmmmmm anda sahaja hang mampu memberi ulasan.
Tetapi saya cadangkan anda berkunjung ke pasar malam Taman Pauh, hadapan Politeknik S.Perai dan anda boleh nikmati kebab paling hangat di Pulau Pinang. Kebab yang sentiasa dinantikan oleh setiap pelajar Uitm dan Politeknik setiap mendatangnya hari sabtu saban minggu.
Lihat saja gambar diatas betapa menyelerakan persediaan daging dan ayam sebelum diletak bersama roti untuk dibakar atas kuali besar. Sukar didapati di mana-mana pasar malam . Mungkin sama tapi tak serupa. Letak dimulut pasti kehangatan akan terasa, bibir terasa kelu dan hati berkata-kata tak dapat digambarkan kenikmatan yang teramat sangat.
Bang Chik Kebab atau Mat Anip pengusaha kebab yang berjiwa kental, mempunyai motivasi tinggi dalam perniagaan. Anak muda yang merupakan penyokong tegar bolasepak Pulau Pinang ini cukup ramah dan baik hati. Dihormati pelanggan dan amat disenangi kawan-kawan.
No comments :
Post a Comment