nuffnang1

.:)

Mar 15, 2016

Filem Munafik 5 Bintang

5 Bintang Buat Filem Munafik Arahan Shamsul Yusoff

Saya baru balik melayan kehendak anak-anak ingin menonton filem Munafik yang kini hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Minggu depan kami ke pawagam jam 9 malam tapi tiket dah sold out, jadi petang tadi ke pawagam jam 4 petang untuk booking tiket bagi show jam 9.45 malam.

Filem ini mula ditayangkan pada 25hb Feb 2016, filem berunsur seram dan penonton berumur 13 tahun sahaja boleh menonton. Pengarah yang tak asing dengan filem aksi dan seram, Shamsol Yusof. Terbitan Skop Production Sdn Bhd.

Pelakon adalah terdiri daripada:
Shamsol  Yusof, Nabila  Huda, 
Sabrina  Ali, Pekin Ibrahim,
Fizz  Fairuz, Dato Rahim Razali,
A.Galak, Zarina Zainordin dan Ruzlan Abdullah.


Filem ini berkisar tentang cerita Adam(Shamsol Yusof) yang kematian isteri dan anak akibat kemalangan Jalanraya. Adam merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang menjadi seorang tulang belakang dalam kampungnya. 

Apabila kematian isterinya Adam mulai mempertikaikan qada dan qadar Allah serta semakin menjauhkan diri dari Masyarakat dan meninggalkan alam perkerjaan mengubati pesakit yang terkena sihir buatan manusia. Keimananya mula tergugat dan rapuh, beliau lebih senang beribadat di rumah bersama anaknya, Amir.

Pada ketika itu, seorang penduduk kampung Maria ( Nabila Huda ) telah dirasuk oleh Syaitan/jin sehingga perlakuanya menimbulkan kesangsian oleh Ibu tirinya Zati
 ( Sabrina Ali ) dan mengalami tekanan mental hingga terpaksa mengambil ubat tekanan jiwa.

Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan bahasa Arab yang digunakan semasa berinteraksi dengan jin/syaitan amat menarik sekali dengan kelincahan dan kepetahan Adam melontarkan nada cukup membuat saya dan penonton teruja.

Kalau tanya saya, memang 5 bintang saya bago buat filem Munafik...tahniah buat Shamsol Yusof.

No comments :