Tentera Darat Tunjang Barisan Pertahanan Malaysia
Hari ini 1 Mac 2016 merupakan Hari Tentera Darat Malaysia, ramai dikalangan kami peniaga pasar malam dan uptown terdiri dari warga ATM yang sudah bersara .
Ramai dikalangan kami pada mulanya menjalankan perniagaan pasar malam sejak masih berkhidmat dalam ATM hanya secara sambilan untuk mencari wang lebih sedikit untuk membantu keluarga.
Almaklumlah ketika itu gaji seorang anggota tentera berapa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan sekarang ini yang jauh lebih banyak dan cukup ketara perbezaanya. Sebagai contoh zaman saya pencen tahun 2008 pencen bulanan RM2100 tetapi sekarang ini mereka perolehi RM2400 , saya redha dan bersyukur dengan apa yang Allah kurnia kan.
Dibawah ini saya ceritakan serba ringkas sejarah penubuhan Tenteea Darat Malaysia
Tentera Darat Malaysia - Salah satu ikon ketenteraan yang utama dalam Angkatan Tentera Malaysia
Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera.
Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
No comments :
Post a Comment